t i g a e n a m

451 64 0
                                    

Aku menarik dan menghembus nafas beberapa kali, hanya untuk menenangkan diri yang dilanda kegusaran. Telapak tangan aku terasa basah dan juga dahi aku merenik peluh dingin. Semenjak tadi, aku tidak senang duduk sepertinya ada rama-rama sedang berkepak di dalam perut aku. Aku gementar, sungguh!

Cuma perlukah semua ini?

Oh tidak, aku belum bersedia lagi. .

Hey, Shin. .” Aku endahkan Taehyung yang memanggil aku, bukan sebab aku tidak dengar cumanya aku betul-betul takut sekarang ini! “Shin Jung, awak okay tak ini? Muka awak pucat. .”

Aku menoleh pandang Taehyung yang berada di sebelah aku dengan bibir yang diketap. Tangannya yang dinaikkan untuk mengusap pipi aku, aku biarkan sahaja. Aku perlukan semangat sekarang ini, aku terdesak mahukan semangat.

“Taehyung, saya takutlah. . . Perlukah semua ini? Maksud saya, macam mana kalau, em macam mana ka—”

“Shh. .” Taehyung berjaya senyapkan aku dengan meletakkan hujung jari telunjuknya pada bibir aku. Dia tersenyum kecil, sebaliknya aku langsung tidak mampu untuk senyum. “Awak ada saya, kenapa pula awak mahu takut? Lagi pula, mama dan papa saya sahaja pun bukannya kita mahu berjumpa dengan gergasi atau dinosaur.”

Boleh pula dia berlawak iya? Sedang aku mahu bernafas pun terasa sukar apa lagi mahu bertenang. Aku bukan mahu menjadi seorang yang berfikiran cetek bila melabel orang tua Taehyung yang bukan-bukan padahal aku belum lagi bertemu dengan mereka. Aku cuma. . .gementar. Aku ada mendengar banyak rumor tentang mertua yang bengis dan tegas, aku hanya takut sahaja jika ia terjadi pada aku.

Lagipun, aku ada alasan lebih untuk perasaan takut aku ini. Anak. . .ini.

Shin. . .hey Shin, pandang saya,Perlahan-lahan pandangan aku menaik bila dia tarik bawah dagu untuk memandang dia. “Saya ada dengan awak, jadi jangan takut.”

“Macam kalau mereka tahu apa-apa tentang saya, tahu tentang kandu—”

“Shin,” Aku terdiam seketika. Nada suara Taehyung menjadi serius yang membuat aku gentar tanpa sebab. “Saya tak mahu dengar lagi awak cakap pasal itu, saya tak suka. Ingat ini, dari saat pertama saya melamar awak, saya tidak pernah fikirkan tentang keadaan awak itu. Saya tak kisah langsung, yang penting saya dapat menjadi pelindung awak.”

“Taehyung. .”

“Dan lagi satu, anak itu adalah anak saya. Faham?”

“Tapi—” Mata aku membesar bila tiba-tiba dia melekapkan bibirnya pada bibir aku. Nafas aku tahan, sementara tangan aku menggenggam bahunya. Cuma,apakah ini. . .

Tidak lama kemudian, Taehyung lepaskan bibir aku sebelum tersenyum nipis. Aku pula, masih lagi terpaku dengan tindakannya tadi.

“Sekali lagi saya dengar awak cakap ‘tapi’, dan bagi alasan yang bukan-bukan, saya tak akan teragak-agak untuk senyapkan awak seperti tadi.”

“Dasar gatal.”

“Saya gatal dengan bakal isteri saya sahaja.”

Senyuman petak Taehyung buat aku berasa tenang.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now