e m p a t e n a m

417 52 2
                                    

“Sayang. . .hey bangunlah.”

Pipi aku terasa ditampar lembut, dan suara Taehyung sering kali kedengaran untuk mengejutkan aku. Terkebil-kebil aku membuka mata sambil menggumam kecil tanda tidak selesa dengan keadaan aku sekarang. Leher aku rasa lenguh sebab mengiring buat masa yang lama. Perkara pertama yang aku lihat selepas penglihatan aku jelas adalah perkarangan rumah aku.

Lantas mata aku membulat besar dalam tidak percaya. Aku menoleh pantas melihat Taehyung. “A-awak. .”

“Kan saya sudah cakap, saya tahu,” Dia tersengih lebar sebelum mengusap kepala aku. Tali seatbelt yang melilit di badan aku, dibuka oleh dia. “Jom turun, pergi sapa ibu awak. Mesti dia terkejut dengan kedatangan kita.”

Aku mengangguk lalu pembuka pintu aku tarik untuk membukanya. Langkah aku perlahan sahaja, masih tidak percaya yang aku berdiri di hadapan rumah aku sekarang ini. Sudah agak lama aku tidak berpijak di sini. Aku rindukannya, bau rumah aku, bau masin air pantai, dan bau wangian ibu. Melihatkan keadaan rumah, aku jadinya segan dengan Taehyung. Bolehkah dia bertahan dengan rumah seperti ini, iyalah rumah dia mewah. Macam mana kalau dia tak selesa?

Aku mengerling sekilas Taehyung yang sedang menurunkan bagasi kami dari bonet belakang. Sementara aku, dari tadi memerhatikan sekeliling mencari kelibat ibu. Sehinggalah mata aku tertancap pada figura wanita berusia di tepi rumah, sedang menjemur ikan. Senyuman aku terus melebar.

Ya Tuhan, rindunya aku pada dia.

“Ibu. . .” Aku memanggilnya.

Pergerakannya menjadi statik, lalu perlahan-lahan dia berpaling melihat aku. Sebaik sahaja matanya bertemu dengan mata aku, bibir tuanya lantas mengukirkan senyuman manis. Dengan kadar segera aku menerpa ke arahnya, lantas memeluk dia seerat-eratnya.

“Shin Jung. . .Nak, bila balik ini huh? Kenapa tak bagitahu ibu? Buat ibu terkejut tahu,” Katanya sambil menggosok belakang badan aku. Hidung aku terhidu bau lain pada ibu, bau minyak angin. Dan juga, aku perasan tadi ada plaster berubat di tepi kepalanya. Mesti ibu sakit. “Rindunya ibu pada kamu, nak.”

Aku turut mengusap belakang kepala dengan lembut dan berhati-hati. “Shin pun rindukan ibu, sangat-sangat.” Mata aku terasa sarat dengan airmata.

“Kamu kenapa balik—” Belum sempat ibu menghabiskan ayatnya bila dia terbatuk-batuk beberapa kali. Aku terus leraikan pelukan dan tenung wajah ibu. Nampak pucat. “Uh. . .kenapa balik mengejut ini, huh?”

“Ibu sakitkah? Kenapa buat kerja semua ini kalau tak sihat huh?” Mengabaikan pertanyaannya, aku malahan memberikan dia soalan pula. Aku betul-betul risau tentang kesihatan ibu. “Adik mana, ibu?”

Ibu mengeluh halus. “Biasalah nak, orang sudah tua memang ada sahaja sakitnya. Hm, adik ada di dalam. Berehat, penat mungkin balik dari hospital tadi. Kamu datang sini naik bas iya?”

Aku terus menggaru kepala. Rasa ragu-ragu pula mahu terangkan pada ibu soal Taehyung. Soal hubungan kami. Sudahlah dia tidak sihat, nanti dia malahan tambah terkejut pula. “T-taklah ibu. . .Shin da—”

“Hai, ibu Han. . Sihat ibu?”

Taehyung tiba-tiba menghampiri terus menyapa ibu. Aku menutup mata seketika, habislah aku. Mahu jawab apa ini?

Ibu tarik lengan aku sambil tersenyum nipis. Melalui pergerakan matanya aku tahu dia tertanya-tanya soal Taehyung. Iyalah, aku mana pernah rapat mahupun bawa pulang ke rumah mana-mana lelaki sekalipun. Taehyung adalah orang pertama yang aku bawa jumpa ibu.

“Siapa itu, Shin?”

Aku menggaru leher pula. “Errr. . .Dia Taehyung, k-kawan sekerja Shin.”

Taehyung terus terlopong.

Maafkan saya, Tae.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now