d u a e n a m

491 67 0
                                    

Aku mencuba berbagai cara bagi mengelak dari bersemuka dengan lelaki bernama Kim Taehyung itu. Sebab aku tahu, mulutnya pasti tidak akan berhenti bertanya berkaitan jawapan aku untuk lamarannya itu. Aku tidak mahu melukakan hati dia berulang-ulang kali, kerana di setiap pertanyaannya aku pasti akan menjawab tidak.

Meskipun begitu, aku juga berasa hairan dengan sifat dia yang memang tidak kenal maksud berputus asa. Sering kali aku mengelak dari membincangkan soal itu, bahkan aku menolak dia beberapa kali tetapi tetap sahaja dia akan menanya lagi.

Sebenarnya aku yang sakit melihat dia terluka kerana aku. Dia cuma, terlalu baik. Aku berat hati walau hanya untuk bertatapan mata dengan dia sahaja sekalipun, inikan pula terpaksa membuat dia kecewa berkali-kali. Aku tahu itu menyakitkan, meski dia sering berusaha selindungkan ia melalui senyuman.

Aku tahu dia sakit hati.

Tetapi aku tidak dapat berbuat apa-apa juga, aku tidak mungkin menerima lamaran dia. Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik. Dan aku, langsung tidak layak untuk lelaki seperti Kim Taehyung. “Kim Taehyung. . .” Aku memanggil namanya perlahan sebelum menghembus nafas malas.

Sekarang ini sudah jauh malam, dan kini dia masih terpacak di hadapan pintu rumah aku semata-mata mahu bertemu dengan aku.

“Iya. .jadi?” Dia pandang tepat ke dalam mata, dengan pandangan penuh pengharapan yang membuat aku serba salah.

“Saya tak— saya tak tahu nak bagi awak jawapan seperti apa lagi. Sebab awak tetap akan bertanya lagi, dan lagi. Saya sendiri tidak faham dengan awak.”

Dia menganggukkan kepala. “Tentu sahaja. Selagi awak tolak saya, selagi itu saya akan terus bertanya. Saya tahu awak tidak ada alasan untuk menolak saya, jadi saya akan terus mencuba.”

“Saya ada alasan,” Mulutnya yang terbuka tadi perlahan-lahan tertutup sambil matanya terkedip-kedip. Tidak percaya, mungkin. “Saya ada alasan kenapa saya perlu tolak awak.”

“Oh iya, apa alasan awak?”

“Banyak, salah satunya adalah kerana saya langsung tidak ada perasaan terhadap awak. Jadi apa gunanya awak mahu berkahwin dengan saya, kan?”

“Cinta boleh dipupuk selepas kita kahwin. Tidak penting kalau awak tak sukakan saya, yang penting adalah saya sayangkan awak, Shin Jung.”

Aku terdiam seketika sebelum berdehem janggal. Ya Tuhan, lelaki ini memang tidak tahu berhenti ya. “Bagaimana jika saya cakap yang saya mencintai lelaki lain, huh?”

“Saya akan kecewa jika begitu.”

“Jadi kalau begitu, iya saya cintai lelaki lain. Dan saya tidak mahu berkahwin dengan sesiapa melainkan dia.”

Dia berjeda beberapa saat. “Bohong, saya tak percaya.”

“Terpulang pada awaklah mahu percaya atau tidak. Sebaiknya awak pulang sekarang sebab saya penat, saya perlukan rehat, tolong.”

“Saya akan pergi sekarang, tapi saya tetap akan cari awak esok, lusa dan hari-hari seterusnya, faham? Selagi belum terbukti awak ada lelaki lain.” Ucapnya untuk kali terakhir sebelum memasukkan kedua tangannya ke dalam poket jaket tebalnya dan berlalu pergi.

Aku hanya memerhatikan belakang badannya yang semakin jauh.

Saya minta maaf, Taehyung.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now