t u j u h

670 91 0
                                    

“Berhenti mengikut saya, Taehyung.” Aku hentikan langkah, lalu berpaling ke belakang untuk melihat dia. Aku perasan semenjak tadi dia mengikut aku secara senyap. “Dan satu lagi, berhenti menyibuk dalam urusan saya. Saya tak perlukan bantuan awak, saya okay.”

Taehyung terpaku seketika di mana dia berdiri. Matanya hanya menumpu pada aku. “Saya minta maaf, kalau saya menggangu. Saya— saya pergi sekarang.”

Wajahnya terpancar kekecewaan, yang aku sendiri tidak faham kenapa. Tangannya dia selukkan ke dalam poket seluarnya, dan dia membuka langkah menjauhi ke belakang. Baru sahaja dia mahu berpaling badan, apabila aku memanggilnya semula. Bibirnya sedikit terkuntum senyuman kecil.

“Terima kasih, sebab tolong saya tadi.”

“Oh, tidak mengapa..”

“Tapi tolong, jangan campur urusan saya lagi selepas ini.”

Taehyung hanya menganggukkan kepalanya, dan tersenyum hambar.

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now