d u a d u a

509 74 7
                                    

Aku menopang diri menggunakan lengan di tepi sinki, sementara aku memuntahkan semua isi perut aku keluar. Tidak tahulah kenapa, semenjak pagi tadi lagi perut aku mulai rasa tidak selesa. Tekak aku terasa loya dan mual sahaja. Mungkin sahaja masuk angin, sebab semalam aku lambat makan.

Selepas selesai, aku membasuh mulut sebelum meluruskan belakang badan aku. Nafas aku rasa berat dan bahagian ulu hati aku terasa perit yang amat sehingga memaksa aku untuk memicitnya dengan kuat.

“Eh, Shin Jung,” Aku menoleh ke arah suara itu, terpampang sesusuk tubuh kecil Kak Minhee di situ, menghampiri aku segera. “Ada apa ini, kamu sakitkah? Muka kamu betul-betul pucat.”

Aku menggeleng lemah. “Tak ada apa-apalah, saya okay, kak.”

“Okay bagaimananya,” Tangan kirinya memegang belakang badan aku manakala tangan kanannya menyentuh kulit dahi aku. “Kamu berkeringat sejuk, dan badan kamu lembik macam sotong ini. Begitu kamu kata okay?”

Aku mendiamkan diri sambil masih bertahan di tepi sinki. Membaguskan rasa pening dan loya ini sekejap. Mata aku pejamkan beberapa ketika, sambil fikiran aku ligat memikirkan tentang punca keadaan aku begini.

Takkanlah aku. . . tidak tidak tidak!

Bukan itu, bukan. .harap ini hanya kerana aku lewat makan, dan kemudian masuk angin. Iya ya, itu puncanya.

“Mahu kak temankan pergi klinik tak?”

“Tak apa, kak. Saya cuma masuk angin ni, tiada apa-apa serius pun. Jangan risau, iya.”

Ya Tuhan, aku tidak mahu. . .

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now