l i m a

885 114 5
                                    

media ; do jihan as hanseong.

aku bayangkan hanseong tu dia, aihh hahaha kena mukanya dengan watak lelaki tak guna itu, sorry jihan :3

*****

“Abang,” Panggil Kim Taehyung apabila matanya menangkap kelibat insan bergelar abang itu memasuki rumah. “Tunggu dulu, saya mahu cakap sesuatu.”

Si abang mengeluh kasar, bengang dengan Taehyung yang tidak mengerti bahasa. Sudah berkali-kali dia mengingatkan Taehyung supaya jangan memanggilnya abang, tetapi Taehyung degil. “Berhenti panggil aku abang, sebelum aku tumbuk muka kau.”

Taehyung tersengih sinis. “Tumbukan seorang gadis kecil pun, abang tidak dapat elak. Inikan pula mahu menumbuk saya?”

“Kau jangan cabar aku, Taehyung.”

“Saya bukan cabar abang, tapi saya katakan yang sesungguhnya. Tidak sangka lelaki berbadan besar seperti abang boleh tumbang di tangan seorang gadis yang kecil sahaja jika dibandingkan saiznya dengan abang. Tapikan, pandai abang putar belitkan fakta menampakkan seperti dia yang desperate nakkan abang. Hebat lakonan abang.”

Park Hanseong, merupakan abang tiri kepada Kim Taehyung. Dibesarkan bersama, namun sikap mereka berdua jauh berbeza. Park Hanseong tersenyum bangga. “Ini Park Hanseong, apa sahaja yang aku mahukan pasti dapat.”

“Iya, terlalu hebat sehingga saya tertanya-tanya apa agaknya reaksi mama dengan papa bila dapat tahu perangai abang ini.”

Hanseong menjadi geram dengan ugutan halus Kim Taehyung. Sedikit sebanyak, dia berasa tergugat. Kerana dia tahu, Taehyung sangat dipercayai oleh kedua orang tuanya. “Kau jangan ugut aku. Dan jangan berani kau buka mulut kalau tidak—”

“Kalau tidak, apa? Abang boleh buat apa?”

“Jangan berani Kim Taehyung..” Nada suara Hanseong mengeras memberikan amaran, namun sedikit pun Taehyung tidak menunjukkan yang dia takut.

“Jangan risaulah, buat masa sekarang ini, saya belum buat apa-apa lagi. Saya mahu tengok sejauh mana abang berkelakuan bodoh. Cuma satu saja, berhati-hati iya,” Taehyung menepuk bahu Hanseong sekali. “Cukuplah apa yang abang lakukan, kesian gadis tu. Dia tidak bersalah.”

Baru sahaja Taehyung mahu berlalu, Hanseong tergelak sinis yang menimbulkan perasaan aneh Taehyung. Dia berhenti berjalan dan berpaling memandang abangnya itu.

“Kenapa ketawa?”

“Aku sudah agak, ini mesti ada kaitan dengan perempuan itu. Kenapa, istimewa sangatkah perempuan itu di mata kau?” Duga Hanseong yang menyebabkan Taehyung meneguk liur pahit.

Melihatkan wajah gusar Taehyung, Hanseong seperti melihat peluang cerah untuk mendapat kemenangan. “Sayangnya, aku sudah satu langkah ke depan mendahului kau Taehyung. Sejak dulu lagi, aku memang selalu mendahului kau. Aku cuma mahu katakan satu saja, aku sudah meniduri gadis istimewa kau itu.

Taehyung mengepal penumbuknya, menahan marahnya. Jika bukan kerana hormatnya pada Hanseong selaku abangnya, sudah lama pipi lelaki itu ditumbuknya. Dia mengetap gigi.

“Saya pula, akan memastikan yang abang akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan abang. Tunggu dan lihat sahaja.”

Kim Taehyung terus berlalu meninggalkan Hanseong terpinga-pinga.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now