e m p a t b e l a s

595 80 0
                                    

Aku keringkan rambut dengan sehelai tuala kecil selepas menukar pakaian dengan baju aku semula. Punggung aku labuhkan atas kerusi kayu panjang yang berada di hadapan loker. Keluhan berat meluncur keluar dari mulut aku. Antara marah dan sedih, aku lebih berasa hendak menangis dan meraung di sini. Hati aku terlampau perit dan sakit.

Memikirkan sahaja apa yang terjadi menyebabkan dada aku berasa sesak.

Jadi tanpa aku pinta, mata aku sudah mula dipenuhi dengan cecair jernih bergelar airmata ini. Mengapa hidup aku menjadi sesulit ini? Sebenarnya apa salah aku pada mereka?

Apa mereka fikir aku mahukan semua ini terjadi?

Eunji. . .

Memang, amat sukar untuk mempercayai sesiapa yang bergelar kawan. Boleh jadi sahaja ada niat disebalik niat baik mereka. Seperti Eunji. Entah apa salah aku pada dia. . .

Untuk masa yang lama, aku hanya menatap ke pintu loker aku, melamun. Sehingga aku tersedar, ada satu nota kecil yang melekat pada pintunya. Aku bergerak untuk melihatnya lebih dekat.

Senyum Shin :)

Aku membuka loker segera kerana kata hati aku mengatakan terdapat sesuatu di dalamnya. Dan tekaan aku benar. Ada sekeping surat berwarna merah jambu bersama dua keping gambar polaroid di situ. Secara langsung tangan aku mengambilnya.

 Secara langsung tangan aku mengambilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

awak sedang tersenyumkan, shin?saya tahu awak senyum :)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

awak sedang tersenyumkan, shin?
saya tahu awak senyum :)

Taehyung betul, aku sedang tersenyum. Semua kerana dia. . .

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now