e n a m b e l a s

514 76 5
                                    

“Awak diterima.”

Mata aku terus membulat mendengar apa yang baru sahaja staf itu katakan. Yang benar sahaja aku diterima? Padahal aku belum menjalani sebarang proses temuduga lagi. Bukankah ini sesuatu yang pelik dan aneh.

Aku terbata-bata mahu membalas. “B-biar betul ini, cik? Saya diterima?”

“Iya, awak diterima kerja di sini.”

“Tapi, bagaimana itu boleh terjadi sedangkan saya belum ditemuduga lagi?”

“Saya tidak tahu sebenarnya, cik. Saya hanya mengikut arahan dari pihak atasan,” Ujarnya sambil tersenyum manis. Aku pula berkerut wajah memikirkan semua ini. “Jadi, mari saya tunjukkan ruangan kerja cik, serta membawa cik untuk proses orientasi.”

“Uh-oh, baiklah. . .” Aku bingkas bangun untuk mengikut staf tersebut dari arah belakang. Dalam fikiran aku masih belum mendapat sebarang jawapan yang masuk akal tentang hal aku diterima kerja tanpa saringan. Bukan aku tidak bersyukur, sebaliknya hanya tertanya-tanya sahaja.

“Jadi,” Lamunan aku terus terputus bila dia berhenti di hadapan sebuah bilik kerja. “Di sinilah adalah bilik kerja awak. Bersebelahan dengan pejabat Pengarah Utama syarikat, supaya lebih mudah untuk awak jika ada hal yang penting.”

Aku terkebil-kebil mencuba menghadam ujarannya itu. “Kenapa pula saya kena buat begitu? Sebenarnya apa jawatan saya?”

“Awak adalah pembantu peribadi Pengarah Utama syarikat ini.”

Apa dia??

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now