Maya menoleh kepadanya, memohon perngertian. Namun Ryu hanya memandang tegak ke hadapan, dan menariknya pergi.

Petang itu...selepas satu tahun, Maya keluar buat kali kedua. Juga kerana seorang lelaki bernama Ryu.

*****

DARI kejauhan, gadis yang sedang mengambil potongan makanan jalanan untuk dicuba diperhati tanpa kelip. Keterujaan jelas kelihatan di segenap wajah. Sekejap-kejap gadis itu tersenyum, sekejap-kejap tergelak dan kemudian terangguk-angguk. Namun tidak sekalipun, dia bertutur. Sekejapan, muncul rasa tidak enak di dada Ryu. Maya, gadis yang cukup manis. Tetapi sayang, tidak boleh bercakap dan mendengar. Jelas Maya, dia pekak dan bisu sejak dari kecil.

Mungkin keadaan itu yang membuatkan Ryu tidak pernah berkasar dengan Maya. Walhal jika diikutkan hakikat sebenar, wanita itu boleh dikira sebagai orang tahanannya. Dan yang lebih pelik, Ryu sanggup belajar bahasa isyarat demi memudahkan komunikasi mereka.

"Aku tak cukup penyabar, untuk tunggu kau tulis nota tiap kali nak bercakap."

Itu katanya bila Maya menyoal. Entahlah, dia juga tidak mengerti akan dirinya sendiri. Kenapa dia sanggup bersusah-payah demi Maya? Kenapa dia selalu mahu menggembirakan gadis yang tidak diketahui asal-usulnya itu? Kenapa dia terkesan benar dengan reaksi Maya atas apa yang berlaku?

Dia sepatutnya tidak peduli. Dia sepatutnya persetankan sahaja apa pun yang orang fikir tentang dia. Tetapi tidak! Bukan itu yang berlaku sekarang. Bukan dengan Maya. Kalau tidak, kenapa dia beriya benar mahu Maya keluar dengannya? Kenapa dia mahu Maya gembira untuknya?

Gembira.

Hujung bibir Ryu herot sebelah. Perkataan yang disebut-sebut Luo Ming dan jadi bahan pertuturan antara dia dan Maya. Perkataan yang sudah lama nyah dari seluruh kehidupannya, dan kini dipaksa ke atas Maya. Padahal, dia tahu. Maya takkan pernah gembira atas apa yang sudah dia buat. Maya belum cukup mati jiwanya, untuk berasa gembira atas kematian orang lain. Lebih-lebih lagi, bila orang itu direnggut nyawanya tanpa rela.

Maya bukan seperti Ryu.

Buat kesekian kali sejak kebelakangan ini, jiwa mati Ryu rasa pedih. Dia kembali tala pandangan ke depan. Terus, terbeliak. Jantung terhentak kuat. Kaki terangkat ke depan. Kepala berlingas ke kiri kanan, mencari Maya yang sudah tidak ada di tempat tadi. Baru beberapa tapak berjalan, langkahnya terpasung semula. Kepala tertoleh ke sebelah. Pada lengannya yang dicengkam dari belakang. Maya senyum depan mata. Terkelip-kelip dengan wajah tidak bersalah.

Ryu hembus nafas kuat-kuat, dan terus merengkuh gadis itu ke dalam pelukan. Wajahnya disembam ke leher Maya. Mata terkatup melepas kelegaan.

Maya ada di sini. Masih ada dengan dia. Masih ada...

Tangan Ryu menarik Maya lebih rapat. Menerima tamparan di belakang badan. Berkali-kali. Telinganya juga mendengar bunyi desah nafas Maya yang kuat. Seperti sedang kesesakan.

Mata Ryu terbuka semula. Sedar apa yang sedang dia buat. Cepat-cepat, dia melepaskan Maya. Gadis itu undur diri ke belakang, bersama muka merah padam. Sebelah tangan menggosok lengan.

Ryu angkat kaki setapak ke hadapan.

"Kuat sangat ke..."

Sampai di sekerat kata, dia menukar isinya.

"Siapa suruh kau hilang? Kan aku dah cakap? Jangan jauh daripada aku!"

Maya mendengus. Masih dengan muka cemberut. Kemudian, gadis itu mengangkat tangan ke depan Ryu. Terpegang di situ, satu keping tart telur yang sememangnya terkenal di Macau.

"Kau...beli ini untuk aku?" teka Ryu. Perlahan tidak lagi mengherdik.

Maya mengangguk.

"Hmm..."

I'M NOT A MONSTER (Published)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz