Nuh tersenyum sinis mendengarkan kata kata Balqis. "Kau ingat aku ni apa? Kau campak bila kau tak perlukan dan kutip semula bila kau nak."

"Qis silap. Qis minta maaf. Qis tak patut tinggalkan Nuh." Balqis menunduk.

Keluhan dilepaskan. "Sudahlah Qis. Sama ada kau dah putus atau tak dengan Asri, aku tak peduli. Tak payah la kau nak merayu macam ni."


"Nuh..."

"Cukup. Aku tak nak dengar." Nuh mula bergerak mahu meninggalkan Balqis.

"Kenapa Nuh macam ni? Dulu Nuh merayu pada Qis supaya Qis tak tinggalkan Nuh. Sekarang, bila Qis nak kembali pada Nuh, Nuh tak pedulikan Qis pula. Apa ni?" Kuat bentakkan Balqis.

Nuh mengetap bibir. "Masa aku merayu dulu, ada kau pedulikan aku? Tak ada kan? Sekarang, bila perkara sama berlaku pada kau, kau nak salahkan aku pula?"

"Nuh nak balas dendam la ni?"

Nuh terdiam. Dendam? Dia sudah tak peduli. Hatinya sudah tawar untuk gadis itu.

"Qis tanya ni?" Sekali lagi, lengan Nuh dipaut.

"Aku tak pernah berdendam. Kau dengan hidup kau. Aku dah peduli." Tegang suara Nuh. Namun, hatinya berasa tidak senang.

Mungkinkah masih ada secebis perasaan untuk gadis ini?

"Nuh dah ada pengganti Qis ke? Nuh memang dah tak boleh terima Qis ke?" Daripada pautan, lengan Nuh mula dipeluk dari sisi.

Wajah Nuh dipandang, cuba meraih perhatian lelaki itu.

Nuh masih berdiam diri. Riak wajahnya kosong.

"Cik Hana tu... bukan sesiapa kan?"

Kali ini Nuh menoleh pada Balqis. "Kenapa nak kaitkan dengan cik Hana pula?" Nuh mengerutkan kening.

"Qis nampak Nuh kerap ada dengan dia kebelakangan ni."

"Stop it. Dia tak ada kaitan dalam hal kita. Kau jangan nak cemburu tak tentu pasal."

Balqis tersenyum. "Nuh masih pedulikan Qis?"

Nuh tersentak. Pandangannya dilarikan.

"Cik Hana suruh Qis nasihatkan Nuh, jangan malas malas belajar. Cik Hana ingat kita kawan tapi...kita lebih dari kawan kan?"

Nuh menjeling tajam padanya namun Balqis buat tak peduli.

"Cik Hana cakap Nuh macam ada masalah, Nuh selalu nampak susah hati. Nuh ada masalah ke? Ibu Nuh okey? Dah sihat? Ayah Nuh..macam mana? Kalau Nuh perlukan bantuan Qis, Nuh cakaplah. Nuh tahukan, Qis lebih kenal Nuh macam mana. Nuh boleh cerita apa apa saja pada Qis."

Nuh tidak memberi respon. Rahangnya bergerak menahan marah. Dia paling tidak suka orang mencampuri dan bercakap mengenai hal keluarganya.

Memang Balqis tahu mengenai keluarganya. Ayahnya yang pernah masuk lokap. Ibunya yang sakit. Dan kerana itu, Balqis meninggalkannya.

"Nuh?"

"Pergi."

"Nuh, apa ni?" Balqis merungut tidak berpuas hati.

"Aku cakap pergi dari sini!" Nuh menengking membuatkan Balqis merengus. Kakinya melangkah pergi dari taman itu.


🎸🎸🎸




Nuh tidak hadir ke kelasnya pada hari itu. Hana tertanya tanya. Sudahlah begitu saja pelajar itu meninggalkan kelasnya sebelum ini.

Sesusah kelas, tergerak hatinya untuk ke taman belakang kolej. Dan tepat telahannya, susuk tubuh Nuh kelihatan sebaik sahaja dia masuk ke taman.

"Merokok lagi Nuh?" Hana menegur. Tangannya disilangkan ke dada.

Nuh menoleh Hana sekilas. Asap rokok berterusan dihembus. Hana hanya memerhati. Beberapa kali sedutan akhirnya Nuh membuang puntung rokok itu.


Dia bangun untuk berlalu dari situ.

"Nuh." Hana memanggil mematikan langkah Nuh.

"Kenapa ni? Awak ada masalah ke? Kelas saya tadi awak tak masuk. Sebelum ni kenapa tinggalkan kelas macam tu saja? Kerja kerja awak saya yang tolong simpankan. Saya ni pensyarah awak, bukan orang gaji awak."

"Kalau cik Hana datang sini nak membebel, baik tak payah datang la. Buat semak saja. Bingit telinga saya ni." Kasar kata kata Nuh. Raut wajahnya juga kelihatan tegang.

"Tolong hormat sikit, Nuh. Jangan nak biadap sangat." Hana mencerlung.

"Jangan nak menyibuk hal saya. Saya tak minta cik bagi perhatian cik pada hal peribadi saya. Cik tak perlu tahu apa apa. Dan saya tak berminat untuk beritahu apa apa pada cik."

"Nuh, apa masalah awak ni?" Hana mulai mengesan perubahan tingkah Nuh.

"Cik tu hanya pensyarah. Jangan berlagak macam seorang famili atau kawan saya yang boleh bantu dalam masalah saya. Jangan ingat bila saya minta tolong cik beberapa kali, cik boleh rapat dengan saya dan campur urusan famili saya. You should know your place, cik Hana."

Nuh terus berlalu dari situ meninggalkan Hana yang termangu mangu.

Hana melepaskan keluhan. Dia terduduk di bangku. Hatinya panas dengan kata kata Nuh.





❄❄❄


I Like You | ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora