CRUSH 48•

17.7K 543 10
                                    


  Fakrul menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan.Pintu bilik dihadapannya dipandang tajam seperti mahu tembus.

  Hasya yang ingin melangkah keluar terhenti melangkah apabila melihat tubuh suaminya berdiri tegak di hadapan bilik tidur mereka.

  "Kemas baju,"kata Fakrul dingin.Kaki mengatur langkah ke almari mencapai tuala yang tersangkut.

  "K-kemas baju?"soal Hasya.

  "Kita pergi rumah Farran, dia ada buat doa selamat."

"Tidur sana ke?"

"Ya."

"Nak Hasya kemaskan baju awak?"

"Tak perlu, saya boleh buat sendiri."

 

  Perjalanan ke rumah Tuan Farhi dan Puan Faida mengambil masa dua jam.
Hasya sudah tidak selesa dengan bauan dari kereta Fakrul.

  Fakrul mengerling isterinya yang asyik bergerak membetulkan kedudukan.

  "Nah."plastik yang sempat diambil dihulurkan kepada Hasya.

  "Apa ni?"

  "Nampak tak selesa kalau nak muntah, muntah dalam ni."arah Fakrul.Hasya hanya menggenggam plastik tersebut.

  "Bau kereta awak ni busuk!"

  "Apa busuknya? Wangi kemain ada-ada je lah."kata Fakrul dingin.

"Saya tak suka, tutuplah aircond tu!"kata Hasya menahan gelodak di perutnya yang hampir naik.

  "Tak nak panas."

  Baru sahaja dia ingin membalas kata-kata suaminya dia terus termuntah.Nasib baik sempat buka plastik, kalau tak buka huaaa.

  Teragak-agak tangan Fakrul bergerak mengusap belakang Hasya.

  "Tak payah pegang!"tangan suaminya ditepis.Nak pegang isteri pun macam tak nak pegang. Kita terasa hati tau.Hasya mengelap air matanya.

Tak tahu lah kenapa sejak tahu diri tu mengandung cepat sangat sensitif.

"Dah kenapa nangis ni?"soal Fakrul pelik.

"Sakit ke?"

Hasya hanya diam menangis.

"Haih.."tangan bergerak membuka dashboard dihadapan Hasya.Gula-gula mint ditarik keluar lalu diberi kepada Hasya.

  "Makan ni hilangkan rasa mual tu."kata Fakrul.

"Dah lah nangis tu, abang nak drive lagi nak pujuk lagi."dagu Hasya ditarik.Sebelah tangan memegang stereng sebelah lagi laju menghapuskan air mata isterinya.

"Kalau nak apa-apa bagitahu abang."


Tuan Farhi memeluk erat Fakrul.Hasya pula hilang ke dalam pelukan Puan Faida.

"Hasya!"Azlin berlari ke arah Hasya.Mata Farran terbuntang memandang isterinya terus tangan naik mencekak pinggang.

  "Aip, apa lari-lari!"tegur Farran tegas.

  "Eeee comell!"Azlin mencubit pipi suaminya yang semakin tembam sebelum memeluk Hasya.

  Wajah Farran terus memerah membahang malu.Ee dia cubit kita pula tahulah sejak kahwin ni pipi dah macam pau.

"Tak ni siapa yang mengandung? Kau ke dia, apahal tembam kau lebih dari dia?"soal Fakrul tergelak kecil.

  "Kau ni kan, aku dah lama tinggal gym."

  "Hahahahaha comel sia kau dah lah putih, tembam macam tu."

  "Hish diamlah!"marah Farran sambil berpeluk tubuh dan berlalu pergi.

"Pembawakan budak ke tu?"soal Fakrul memuncung ke arah Farran.Azlin mengangguk tergelak kecil.

 

  "Mana isteri kamu Fakrul?"soal Puan Faida.
Azlin dan Aida menoleh memandang Fakrul.

"Dia tak turun ke?"soal Fakrul.

"Dia cakap nak tidur tadi."kata Aida.

"Takpa, biar rul tengok dia kejap."

  Pintu bilik dibuka.
Hasya yang sedang lena di atas katil dipandang sayu.

"Hasya.."dikejutkan isterinya berkali-kali.

"Bangunlah, taknak makan ke?"soal Fakrul.Hasya masih tidak sedar.

Fakrul berlalu keluar menuju ke meja makan kembali.

"Dia suruh makan dulu, nak rehat penat."kata Fakrul menceduk nasi ke dalam pinggan.

"Dah ada isi ke?"soal Azlin.

Fakrul hanya tersenyum.

Hasya tersedar apabila perutnya berbunyi lapar.Dia mengerling jam di dinding bilik.Sudah hampir dua jam dia tidur.

  Hasya mencari kelibat suaminya.Puan Faida yang melihatnya terus memanggil.

"Hasya, mari sini."Puan Faida mengeluarkan lauk yang disimpan.

"Hasya tak makan lagi kan? Umi dah simpankan untuk Hasya."

"Terima kasih umi, Fakrul dah makan?"soal Hasya perlahan.

"Dah, dia cakap Hasya penat nak rehat. Dia dekat luar tengah berbual dengan Farran dan Hazim."

"Rul, Hasya dah bangun!"kata Aida.

"Dia dekat mana?"soal Fakrul berdiri tegak.

"Tengah makan dekat meja."

Fakrul melangkah masuk ke dalam rumah.Lihat sahaja tubuh isterinya yang sedang menjamu selera terus dia tersenyum.

"Amboi makan tak tengok kiri kanan."Hasya menguyah perlahan.

"Kejap lagi nak pergi sungai. Hasya nak pergi tak?"

"Tengoklah dulu."

You Are My CrushWhere stories live. Discover now