CRUSH 39•

18.2K 576 11
                                    


Hasya melipat sejadah yang terdampar di atas lantai.
Fakrul tersenyum melihat Hasya yang bertelekung bewarna ungu muda itu.

"Cantik isteri abang."

"Amboi, macam tak pernah tengok isteri pakai telekung."kata Neksu.

Fakrul dan Hasya terdiam.

"Jom Hasya, teman opah masak sarapan. Ha kamu nak makan apa?"soal Neksu ke arah Fakrul.

"Makan apa-apa pun boleh."

"Jadi ke nak pergi ke bandar tengahari ni?"

"Jadi, nak bawa budak tu naik menara."kata Fakrul.

"Opah, rul nak keluar ambil angin pagi kejap boleh?"

"Boleh, bagitahu Hasya dulu."

"Pergilah."balas Hasya.

"Thankyou, sayang!"dikucup sekilas pipi Hasya sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.

Mata Hasya terbuntang.Tangan dikepalkan menahan geram.

Mentang-mentang depan opah sesuka hati dia je ambil kesempatan ek!

  "Rul!!"Nizam berlari ke arah Fakrul yang berada di tepi jalan.

  "Kau apahal berjalan pagi-pagi ni?"soal Nizam.Fakrul menggeleng.Mata memandang pakaian Nizam.

  "Kau dari masjid ke?"soal Fakrul.Nizam mengangguk.

  "Weh, kau tak kenalkan aku dengan isteri kau lagi tau. Haritu, aku nak tegur dia dah lari."

  "Nanti aku bawa kau ya? Harini aku nak bawa dia pergi bandar sana."

  "Haaa honeymoon eh?"

  "Hahaha tak ada maknanya. Aku nak bawa dia jalan-jalan naik Tamin Sari, beca macam-macam lah."

  "Bagus!"

  "Semalam kan aku tengok kau bukan main kecewa muka.
Dah ada awek eh?"soal Fakrul.Nizam tersenyum kelat.

  "Haih, crush aku."

  "Kau ada crush? Hahahaha."

  "Aku tak bergurau tau, kita orang kawan. Kau tahu lah kan lelaki perempuan kalau berkawan mesti ada salah sorang tu suka."Fakrul mengangguk faham.

  "Macam tu lah keadaan aku sekarang, aku sukakan dia. Aku tak berani nak ungkapkan perasaan tu. Aku rasa baik aku pendam."

  "Bro, tak terlambat lagi tau. Nanti dia kahwin berputih mata lah kau."kata Fakrul.

  "Kalau aku confess aku juga yang sakit, baik aku diamkan diri. Lagipun muka macam aku ni tak ada orang nak."

  "Apa cakap macam tu? Jap aku scan haaa muka kau iras-iras Remy Ishak woi."kata Fakrul.

  "Ah, takyah ambil hati aku lah aku tak ada duit nak belanja kau minum."balas Nizam.

  Fakrul tergelak kecil.

"Aku balik dululah. Eh kau stay sini lama lagi kan? Bagitahu aku kalau nak balik."kata Nizam.

Fakrul mengangguk.

Hasya mengikat rambutnya yang beralun lembut.Fakrul menyelitkan rambut isterinya yang terjuntai.

"Kan bagus kalau pakai tudung.."

"Diam."balas Hasya.
Beberapa buah beca dihadapan telah berjaya menarik perhatian.

"Eh nak ke mana?"soal Fakrul.

"Nak naik tu."

"Kita naik Taming Sari dulu sayang, lepastu kita naik beca pusing satu bandar ni."

"Boleh!"balas Hasya ceria seperti sudah melupakan kesakitan yang dialami selama ini.

"Tadaaa ni tiket kita."Fakrul menunjukkan dua keping tiket ditangan.My Kad isterinya diberi kembali.

Semasa berjalan ke arah tempat penyerahan tiket mereka berdua disapa oleh jurugambar.

"Hai nak buat kenangan tak?
Boleh jadikan fridge magnet dan gambar besar."

"Nak?"soal Fakrul.Hasya menggeleng laju.

"Okey saya nak."balas Fakrul.Hasya memandang Fakrul dengan tajam.

"Kalau buat dua-dua berapa?"soal Fakrul.

"Rm50 sahaja."

"Okey boleh!"pinggang Hasya ditarik merapat.

"Pengantin baru ya? Merah lagi inai."kata Jurugambar itu.Fakrul tersengih.

"Smile!"

KLIK

"Lepas Encik dan Puan turun dari menara nanti sila datang ambil ya?"

"Baik terima kasih!"kata Fakrul menarik tangan Hasya.

Hampir sesak nafas Hasya melihat ruang di dalam menara itu sesak dengan ramai orang.

Pandang ke kanan terlihat sekumpulan remaja lelaki.Pandang ke sebelah kiri, penuh dengan orang asing.

"Haish."

"Sini sayang.."Fakrul yang perasan wajah tidak senang isterinya terus menarik Hasya mengikut langkahnya.

Akhirnya, mereka berdua berjaya meloloskan diri dan berada di tempat yang tidak sesak.

"Orang cakap naik menara ni waktu malam best, tapi bagi abang kalau cerah lagi best sebab boleh tengok semua. Malam tengok lampu je."

"Read—"terhenti terus bicaranya apabila Hasya memeluknya erat.

"K-kenapa.."

"Hahaha ready dah nak nakk berpusing dah."balas Fakrul.Tangan Hasya digenggam cuba menyalurkan kekuatan.Mata Hasya terpejam erat.

"Hey, taknak buka mata ke? Ruginya."pujuk Fakrul.

"Ehh tengok tu!!"

Hasya membuka mata perlahan-lahan.Genggaman tangannya mereka semakin dikuatkan oleh Hasya.

"Takut?"soal Fakrul.

Perlahan-lahan Hasya mengangguk.

"Tadi berani sangat, nak duduk ke?"Hasya menggeleng laju.

"Sayang, buka mata. Tengok depan jangan risau abang ada."

"Sayang kita dah nak turun ni tau tak? Menyesal nanti!"kata Fakrul.

"Y-ya.."

Tidak berkelip mata Hasya memandang pemandangan yang sangat indah dihadapannya.

"Cantiknyaa.."

"Cantikkan?"

"Sebab tu abang cakap malam tak best ada lampu je."

Tangan Hasya perlahan-lahan bergerak ke arah cermin dihadapannya.

"Sukanya dia.. tadi takut."

"Saya nak pergi situ.."kata Hasya menunjuk Kereta api yang lama.

"Okey nanti kejap lagi kita pergi naik beca hello kitty."usik Fakrul.

"Taknak!"kata Hasya.

"Kenapa pula?"

"Nak naik yang Didi & Friends."

"Ahahhahaa iyaaa sayang!"ditarik hidung isterinya.

You Are My CrushWhere stories live. Discover now