CRUSH 33•

18.2K 635 27
                                    


Fakrul tersenyum memandang Puan Hani dan Hazim yang sedang sibuk menanam bunga.

"Cantiknya bunga ni, semua mama tanam ke?"soal Fakrul memegang bunga ros merah.

"Hm."balas Puan Hani dingin sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Hazim mengeluh.

"Kenapa dengan mama tu?"soal Fakrul perlahan.

"Dia tahu kau rosakkan Hasya."

"Hah?"

"Hasya bagitahu semuanya tadi, mama marah dia sebab buat kau macam tu tapi lepas dia tahu pasal korang berdua dia jadi macam ni. Badmood semacam je."

Fakrul tersenyum pahit.

"Jomlah masuk, kau dah makan belum?"Fakrul menggeleng kepala.

"Marilah kita makan bersama-sama. I suap you, you suap I okey?"

"Geli lah!"marah Fakrul.Hazim tergelak kuat.

"Mama dah makan belum?"soal Hazim ke arah Puan Hani yang sibuk mengupas kulit telur.

"Dah, kamu berdua makanlah."balas Puan Hani.

"Mama marah rul ke?"soal Fakrul perlahan.

Tangan Puan Hani terhenti lalu dia mengeluh.Dia mendongak memandang anak mata menantunya.

"Mama kecewa sebab mama baru tahu semua cerita. Hazim tak pernah cerita dekat mama segalanya."

"Maafkan Hazim, mama. Hazim taknak mama sakit bila dapat tahu yang-"

"Mama tak marahkan sesiapa cuma mama bersyukur sebab Fakrul sudi bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat."

"Patut lah mama pelik, kenapa Hasya berperangai macam tu. Rupanya Fakrul yang haa sudah lah. Kamu berdua makan lah mama nak naik rehat."

"Maafkan rul, mama."

"Takpa, duduk makan."


Plastik roti Butterscotch Cheese Bun dikoyakkan.Ditarik roti Itu lalu dimasukkan ke Dalam mulut.Fakrul membuka pintu bilik dari luar.

"Makan roti je?"soal Fakrul.

"Diam."balas Hasya dengan mata tidak lepas memandang skrin laptop.

"Mama buat nasi lemak kenapa tak makan?"

"Ikut suka hati aku la nak makan ke tak!"marah Hasya.

"Abang tanya je. Ni dah mandi belum?"

"Dah."

"Jom pergi jalan-jalan nak?"

"Tak ada masa nak pergi jalan-jalan, sibuk."

"Haih."Fakrul menghempaskan tubuhnya di atas katil.Sebelah tangan Hasya dicapai lalu digenggam erat.

"Tak payah nak sentuh-sentuh lah!"marah Hasya.

"Dah halal kan..."

"Hahaha halal? Masa haram pun lebih dari ini kau buat."sinis Hasya berkata.

Wajah Fakrul berubah.Dia melepaskan tangan Hasya dan mengeluh kuat.

"Abang nak tidur, nanti azan zohor kejutkan abang."kata Fakrul berbaring membelakangi Hasya.

Hasya mencebik. Air mineral di sebelahnya dicapai lalu diteguk rakus.

Fakrul tersedar apabila terdengar azan zohor berkumandang.Mata yang terasa perit ditenyeh berkali-kali.

Dia menunduk melihat sesuatu menimpa dirinya yang membuatkan peha terasa berat.

Hasya tertidur di pehanya dengan laptop yang masih terbuka serta roti ditangan.

Bibir Fakrul tersenyum.

"Comel je isteri abang ni."dia mengangkat kepala isterinya lalu diletakkan bantal sebelum dia berdiri.

Laptop isterinya ditutup lalu mengemas kertas dan buku yang tersepah di atas katil itu.

Dia mencapai tuala sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

Selesai mengaminkan doa.
Dia menoleh melihat Hasya yang sudah tersedar dengan mata masih terkebil-kebil memandang kipas yang berpusing.

"Hasya, dah pukul berapa ni taknak makan lagi ke?"soal Fakrul.

Hasya hanya menggeleng.

"Nanti perut masuk angin macam mana?"

"Kalau aku lapar, aku cari makanan lah!"balas Hasya dengan suara kasar.

"Abang nak keluar kejap, ada nak kirim apa-apa?"

"Nak roti."

"Roti?"dahi Fakrul berkerut seribu.

"Roti ni!"ditunjuk plastik roti yang telah dihabiskan.

"Okey, abang belikan."

  Keluar sahaja Fakrul terus Hasya menghembuskan nafas lega.

"Macam mana aku boleh tertidur atas peha dia eh?"gumamnya.

"Tak boleh jadi ni. Bilik ni perlu ada sekatan!"

Tape bewarna merah di dalam laci dicapai lalu mula menjalankan tugasnya sementara Fakrul tiada.

"Assalamualaikum!"pintu bilik dibuka.Baru sahaja dia ingin menyeru Hasya dia terkedu melihat keadaan bilik itu.

"Waalaikumussalam."balas Hasya menepuk tangan tanda berpuas hati dengan hasil karyanya.

"Apa ni s-sayang?"soal Fakrul.Plastik putih ditangannya terjatuh.

"Ni sekatan, yang ada tape merah tu tempat aku. Kau jangan sesekali masuk. Almari aku jangan sentuh dan masa tidur jangan masuk tempat aku!"

"Kenapa kena buat macam ni?"soal Fakrul agak kecewa.

"Kau nak tahu something tak?"soal Hasya.Fakrul menanti kata-kata isterinya.

"Kau tak layak bahagia disebabkan kau rampas kebahagiaan aku jadi aku akan pulangkan semula kepada kau."

Fakrul menunduk.Dia mengeluh kuat cuba menguatkan hati yang terasa sangat sakit.

"Fine. Nah roti Hasya."kata Fakrul meletakkan plastik di atas katil itu.

"Kalau Hasya nak suruh abang pindah bilik pun bagitahu je lah senang. Tapi, takut Hasya pula tak boleh nak tidur ya lah sejak kahwin dah ada 'bantal' sendiri."sindir Fakrul sebelum berlalu keluar dari bilik itu.

Hasya mendengus.

Plastik di atas katil dicapai lalu dibuka.Ternganga mulutnya melihat pelbagai roti, snack, chocolate dan susu.

"Banyaknya, ni kalau habis gemuk aku."gumam Hasya.

You Are My CrushWhere stories live. Discover now