CRUSH 32•

18.5K 668 23
                                    


"Hacum! Ha-hacum!"

Mata yang terpejam itu terbuka perlahan-lahan.Fakrul menenyeh matanya yang terasa agak pedih.

Terkelip-kelip dia memandang
lampu bilik yang terang terbuka.Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal.

Dia menoleh ke kanan.
Dahinya berkerut apabila tubuh Hasya tiada di situ.

"Hasya?"

"H-hacum!!"

Kaki mengatur langkah menuju ke bilik air.Pintu diketuk perlahan-lahan.

"Hasya ada dekat dalam ke?"soal Fakrul lembut.

"Em."walaupun perlahan Fakrul masih mendengarnya kerana bergema.

"Cepat sikit abang nak ambil wuduk."jam sudah hampir lima pagi lebih baik dia teruskan solat sunat dan membaca al quran untuk menunggu waktu subuh.

  "Has—"

Hasya melangkah keluar dengan tuala menutupi kepala.

"Kenapa mata hidung merah ni?"soal Fakrul.Hasya menggeleng tangan suaminya dibahu ditepis perlahan.

"Tak sihat ke? Ubat semalam telan tak?"Hasya hanya diam menyidai tuala dan terus kembali masuk ke dalam comforter.

Fakrul mengeluh.

"Sadakallahul'azim.."Al-Quran diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil.

"Hasya.."bahang panas dari tubuh isterinya terasa apabila duduk mendekat dengan Hasya.

"Tak nak bangun ke? Penat?"soal Fakrul.

"Diamlah, aku nak tidur."balas Hasya geram.

"Nak makan apa-apa tak? Abang buatkan bubur eh?"

"Tak payah, pandailah aku makan nanti."keras Hasya bersuara.

"Jangan lah macam ni, kena makan juga lagipun semalam Hasya terus tidur kan? Nasi pun tak makan."

"Aku cakap aku nak tidur kan?! Jangan bising lah. Berambus lagi baik!"halau Hasya.

Air muka Fakrul berubah keruh.

"Abang buatkan bubur, Hasya makan ya?"kata Fakrul lalu menutup pintu bilik dengan rapat.

"Fakrul, awalnya bangun?."soal Puan Hani.

"Nak buatkan Hasya bubur.
Mama masak apa?"

"Nasi lemak, teruk sangat ke si Hasya tu demam?"

"Teruk juga lah."kata Fakrul.

"Hm mama mana periuk?"

"Tu dalam laci dekat bawah. Kamu cari lah bahan dalam peti sejuk tu. Mama nak pergi siram bunga kejap."

"Baik mama."

Selesai berperang demi semangkuk bubur untuk si isteri terus dia menatang dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas susu panas.

Pintu bilik dibuka perlahan-lahan.

"Hasya, bangun makan bubur."kata Fakrul mengusap rambut isterinya.Tiada balasan dari Hasya membuatkan Fakrul menarik langsir yang menutupi tingkap dan terus sinaran cahaya matahari menerjah bilik itu.

"Apa benda n?"marah Hasya apabila wajahnya disuluh cahaya.

"Bangun, cuci muka lepastu makan bubu—"

PRANGG

"Aku dah cakap aku tak nak makan kan? Pekak ke bodoh?"marah Hasya sebelum kembali masuk ke dalam comforter.

"Astagfirullahalazim."Fakrul beristighfar menahan amarah yang hampir meletus.

Mangkuk dan gelas itu sudah pecah berderai di atas lantai.Perlahan-lahan dia duduk melutut mengutip serpihan kaca itu.

"Kalau tak nak tak payah buat macam ni. At least, makan lah sesudu kalau sakit siapa yang susah abang juga."balas Fakrul masih berlembut walaupun panas barannya hampir muncul kembali.

"Keluarlah!"marah Hasya.

"Orang sakit- sakit ni paksa makan itu ini."gumam Hasya.

"Abang keluar dulu, mama masak nasi lemak tadi. Kalau nak makan pergi mandi."kata Fakrul.

Kunci kereta di atas meja dicapai sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

"Kenapa pecah ni?!"soal Puan Hani.Fakrul tayang sengihan.

"Maaf mama, saya terjatuh tadi. Nanti saya ganti."

"Eh jatuh? Kamu macam mana okey tak?"soal Puan Hani.

"Okey, tak ada pun."

"Fakrul nak keluar kejap ambil angin ya?"kata Fakrul.Puan Hani memandang Fakrul yang berjalan keluar.

Dia mengeluh.

Bukan dia tak dengar suara Hasya memekik memarahi suami sendiri.

"Apa nak jadi ni Hasya Elina?"gumam Puan Hani dengan kaki diatur ke bilik Hasya.

Pintu bilik dibuka dengan kasar.Comforter yang menutupi tubuh Hasya ditarik kuat lalu dilempar di atas lantai.

"Kenapa kurang ajar macam ni?!"marah Puan Hani.

"Apa mama ni?"

"Adik tahu tak suami adik tu bersungguh masak bubur untuk adik. Kenapa adik buat macam tu? Tahu tak berdosa? Tak sabar sangat ke nak masuk neraka??"

"Hah bagus, semua lebihkan jantan tu kan? Semua yang baik dekat dia yang buruk dekat Hasya. Padahal dia tu bapak setan, lagi teruk dari semua orang!"

"HASYA ELINA!"jerkah Hazim yang mendengar segalanya di pintu bilik.

"Jangan kurang ajar macam tu dengan mama. Tak cukup lagi ke dosa kurang ajar dengan suami sampai nak cari dosa dengan mama pula ni?!"soal Hazim dengan suara meninggi.

"Semua orang nak backup jantan tak guna tu. Baru sehari lah kita orang kahwin. Oh kalau mama nak tahu sangat.."Hasya berdiri dari katil.

"Jantan tu, jantan tu yang rosakkan Hasya. Yang buatkan Hasya trauma untuk percayakan lelaki!"

Puan Hani tergamam.

You Are My CrushWhere stories live. Discover now