✈Bab 17🍭

4.5K 224 130
                                    

#Almost 3K words. Sediakan baldi kat sebelah sebelum baca 😂😂

***

AKU tengok gaun putih aku sekali lagi lepas wedding planner bagitahu sekarang dah sampai giliran pasangan pengantin untuk masuk dewan. Gaun ni ikut badan aku dan panjangnya 1.8 meter. Lepastu ada ekor lagi semeter kat belakang. Meleret-leret masa berjalan.

Seriuslah sangat menyeksakan! Nasib baik Nadia sudi jadi pengapit. Dialah yang dok pegang kain aku. Dengan adik sendiri tak adalah aku rasa segan nak mengarah itu ini.

Mula-mula tahu majlis resepsi sebelah Uwais ni berkonsepkan western wedding,aku terus buat muka pelik. Aku ni dah lah pakai tudung. Baju pun tak reti nak pakai yang sendat-sendat. Kena ke dengan aku konsep macam ni?

Sakit kepala jugak ah memikirkan hal ni. Kalah president fikir masalah negara. Tapi bila dah pakai, tak nampak pelik pun. Gaun ni tak sendat dan selesa. Cuma tu la, dia punya labuh tu yang tak menahan. Dan sekali lagi aku nak cakap, nasib ada Nadia yang jadi superhero. Tetiba aku jadi sayang berganda kat adik aku tu.

Aku berjalan sambil pegang lengan kiri Uwais. Aku taknak puji sebenarnya tapi rasanya tak salah kalau aku setuju dengan kata-kata tiga manusia sakai tadi tu. Kata-kata pasal lelaki kat sebelah aku ni agak kacak malam ni.

Tuksedo warna hitam yang dia pakai betul-betul sepadan dengan aku. Dan sekarang aku nak feeling macam tuan puteri dalam cerita fairytail, tak ada salahnya bukan?

Eh biar ah! Yang nak dengki tu kenapa? Hari ni majlis aku tau! Dan aku raja sehari! So... problem!?

Aku ukir senyuman semanis mungkin masa menapak masuk ke dalam dewan. Senyuman yang tak dibuat-buat tau. Ikhlas. Lahir dari lubuk hati aku yang paling dalam. Perarakan didahului oleh sepuluh orang budak flower girls yang aku tak tahu anak-anak siapa pun tu. Tapi semua comel-comel belaka.

Dahlah masing-masing pakai gaun warna coklat muda. Sedondon dengan baju bridesmaids yang mengekor dari belakang. Selain Ifti, Yaya dan Nisha, ada lagi lapan orang bridesmaids lain yang terdorong dari kalangan kawan-kawan sekolah dan juga sepupu-sepupu aku. Boleh bayangkan tak tahap kecomelan perarakan pengantin tu tinggi mana? Tinggi Gunung Kinabalu bro!

Rasa segan pulak bila semua mata yang berada dalam dewan tu pandang aku dengan Uwais. Macam diri ni tarik perhatian betul! Berdebar je hati ni ha. Aku ni bukannya attention seeker. Tu sebab ah ada rasa serba tak kena. Segan semacam.

Tapikan kalau tak tengok pengantin, diorang nak tengok apa? Takkan nak tengok karpet dewan je? Lagipun aku dah penat-penat make up kot. Kalau tak tengok, aku cungkil biji mata. Huh!

Aku dan Uwais berjalan di sepanjang karpet merah. Kat tepi laluan tu penuh dengan bunga-bunga ros pelbagail warna. Ada juga bunga tulip dan daisy. Semua bunga segar. Serius wei! Lawa gila. Rasa macam nak kutip je bunga-bunga tu bawak balik rumah. Aku dah la suka bunga tulip. Lahai, ruginya bila terbayangkan bunga-bunga tu bakal layu dan akan dibuang lepas majlis ni tamat nanti. Tak membazir ke?

Sampai dipelamin, aku dipapah oleh Uwais untuk memanjat tangga pentas. Persis Cinderella dipapah oleh puteranya untuk naik kereta kuda. Wah! Berangan itu indah bukan? Dah lah indah, percuma tak perlu keluar duit pulak tu. Jadi korang, marilah kita pakat-pakat berangan.

Kerusi besar pengantin aku duduk dengan berhati-hati. Aktiviti di atas pelamin adalah bacaan doa selamat dan bersanding ringkas. Adalah kot dalam setengah jam kitorang di atas pelamin, lepastu MC pun mengumumkan masa untuk menjamu hidangan sudah tiba.

Fuh!

Lega!

Aku dah kebulur tahap nak gigit Uwais kat sebelah!  Perut aku dah masuk mode tak boleh bincang! Masa kat pelamin aku dok ushar je meja-meja tetamu. Sampai kat meja Ifti, Yaya, Nisha, aku rasa macam nak pelangkung para sahabat di majlis resepsi sendiri.

[COMPLETED] Dia Semanis Gula Kapas Where stories live. Discover now