✈️Bab 9🍭

3.7K 228 53
                                    

AKU terjaga sebab nak pergi tandas. Kedip mata berkali-kali untuk jelaskan penglihatan aku akibat suasana bilik yang gelap. Pukul berapa ni? Jam jenis glow in the dark yang tergantung pada dinding aku kerling. Dah pukul 3.50 pagi.

Masa nak mengeliat aku rasa macam ada orang kat belakang aku. Orang tu tengah peluk aku pulak tu! Tangan kanan kat pinggang aku, tangan kiri pula jadi bantal mengalas kepala aku.

Woah! Ada orang peluk aku lah! Tiba-tiba aku teringat kat Uwais. Alamak! Macam lupa pulak aku dah ada suami. Nasib baik aku tak histeria tadi. Eh jap! Dia dah balik ke? Bila dia sampai? Semalam masa tidur aku tidur sorang je. Sekarang bila bangun dah tidur berdua.

Haih! Tak reti nak inform ke nak balik sini? Dah ah aku pakai tak senonoh. Short-pant yang betul-betul bawah pinggul. Dah tu pulak baju tidur ni sendat semacam muat-muat ikut badan. Nasib baik gelap. Tak adalah aku nak hadap rasa malu besar tempayan!

Tangan dia kat pinggang aku, aku angkat lalu aku bangun perlahan-lahan. Fuh! Nasib baik lepas. Tak menunggu lama, aku meluru masuk ke dalam toilet. Pundi kencing dah sarat sangat ni. Kalau dibiar boleh jadi terburai kat sini. Tak ke naya?

Lepas keluar toilet, aku mengeluh berat. Posisi dia yang berada ditengah-tengah katil buat aku tak tahu nak tidur mana. Enam tujuh kali jugaklah aku berjalan kiri dan kanan kat depan katil.

Takkan aku nak tidur atas katil pulak? Kalau aku ambil tempat di sebelah kiri atau kanan dia, tak ada alasan lain. Mahu tak mahu, rela tak rela aku kena juga tidur menempel kat dia. Kalau tak potensi aku nak tergolek ke lantai adalah sangat positif!

Huwaa~~ Aku taknak menempel kat dia. Aku taknak tidur macam tadi lagi. Memanglah dah biasa dua malam tu dan masuk malam ni dah dikira tiga malam aku tidur dalam pelukan dia tapi itu bukan aku yang buat.

Bukan aku yang mulakan.

Bukan aku pergi peluk dia.

Dia yang mulakan.

Dia yang peluk aku!

Memang tak ah aku nak buat macam dia buat!

Rasanya aku tak ada pilihan lain. Sofa panjang kat sebelah katil tu jugaklah jadi pilihan aku. Sebelum tu aku buka pintu almari pakaian dan keluarkan sehelai seluar panjang. Selesai sarung seluar, aku ganti t-shirt sendat dengan baju lengan panjang.

Puas hati dengan penampilan yang dah senonoh, aku bergerak ke arah katil. Satu bantal dan sehelai selimut aku capai lalu berpatah balik ke arah sofa. Aku baringkan tubuh di situ, selimut aku tarik paras dada dan tak tahu berapa saat yang aku ambil. Sedar-sedar saja aku dah tak sedar.

***

"KHAIRINA... bangun sayang." Aku rasa ada orang pegang pipi aku. Aku cuba buka mata walaupun masih rasa mengantuk. Muka penuh dia menjengah depan mata aku.

"Bangun solat. Dah enam suku."

"Enam suku?" Serius aku sebenarnya tak larat nak celik mata luas-luas tapi aku tetap juga merespons.

"Ya, sayang. Bangun, kita solat jemaah."

Tak tahulah samada aku terlebih perasan atau apa, tapi kalau tak silap dah dua kali aku dengar dia panggil aku sayang. Ke sebab aku masih mamai? Sebab tu la aku dengar yang bukan-bukan. Okey, aku mamai. Muktamat!

Aku bangun sambil garu dagu yang tak gatal. Mata aku gosok dengan belakang tangan. Aku nampak Uwais dah pusing pergi kat katil. Dan aku apa lagi? Macam kena tarik dengan magnet, aku terus rebahkan tubuh ke sofa semula.

"Khairina... Bangun sekarang atau saya mandikan awak...?" Entah bila dia berdiri balik kat sebelah aku.

"Halah halah... saya bangun ni ha." Susah payah aku cuba bangun walaupun baru buka mata separuh. Aku berjalan pergi ambil tuala yang tersidai kat towel stand.

"That's mine. Nak share ke?"

"Uh?" Aku kerut kening. "Share apa?" Aku tanya sambil mengeliat malas.

Dia duduk kat hujung katil sambil pegang smartphone tapi mata menghala ke arah aku. "Towel tu... kalau nak share pun boleh."

Erk! Patut ah towel ni lembab. Salah ambil rupanya. Aku gigit lidah, balas pandangan dia. Aku nampak ada satu jenis senyuman yang aku tak tahu nak gambarkan jenis apa sedang terukit kat bibir dia sekarang.

Dengan kadar yang segera aku patah balik ke arah towel stand untuk tukar tuala sebelum meluru masuk ke dalam bilik air. malu duh nak tengok muka dia! Dah masuk bilik air, aku jadi teringat akan satu hal masa nak buka baju. Takkan aku nak pakai baju yang sama lepas mandi? Dan memang tak akan ah aku nak berkemban depan dia. Dah jadi satu hal pulak nak kena keluar balik.

"Cepatnya siap. Mandi cowboy ke?" Dia perli aku nampak!

"Nak ambil baju." Aku cuba buat muka biasa masa melintasi dia menuju ke arah almari.

"Tak pakai baju pun tak apa. Bukannya ada orang lain kat sini."

Refleks, aku toleh tengok dia lepas dengar dia cakap macam tu. Mata dia dah terpaku pada skrin smartphone tapi bibir dia mengulum senyum!

Smackdown kang ha!



***

*Korang... Ifti minta maaf eh. Rasanya cerita ni tak dapat nak complete seperti yang dijanjikan kat teaser tu. Ifti cakap maybe cerita ni cuma 10 chapter atau kalau lebih pun satu atau dua chapter je kan. Tapi tu la... dia kena melalut lagi panjang. Macam seronok la pulak merapu cerita Khairina-Uwais ni. Kalau ikut draft yang ada tak kurang dari 15 chapter dan tak lebih dari 20 chapter. Ha dah tu caner?

Okey camni la eh. Bagi yang nak terus baca, baca je sampai complete. Bagi yang pegang janji Ifti complete kat 10 chapter tu, baca je sampai situ. Tak payah baca lebih. Tak apa kiter oke je caner pun. Kiter ni ha yang tak pegang janji. Sorry.

[COMPLETED] Dia Semanis Gula Kapas Where stories live. Discover now