✈️Bab 8🍭

4.2K 233 140
                                    

PAPARAN laman web Jobstreet meraih penuh fokus aku. Tangan kanan menggerakkan tetikus menekan beberapa jawatan kosong yang tertera. Manakala tangan kiri gigih menyuap gula kapas ke dalam mulut.

Setelah dua hari ketenteraman aku diganggu akhirnya hari ini aku dapat bernafas dengan aman. Memang amanlah sebab mamat muka jambu tu dah kena pergi kerja pukul enam pagi tadi.

Itulah, siapa suruh nak cepat-cepat kahwin sangat kan? Sebulan sebelum baru nak apply cuti kahwin mana nak dapat. Nasib baik majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan bulan depan. Sempat sikit dia nak bernafas. Katanya dia dah dapat cuti dua minggu lepas majlis tu nanti.

Gila ah! Dua minggu tu! Baru kena hadap muka dia dua hari pun aku dah rasa tak betah. Caner nak hadap sampai dua minggu!?

Ah! Lantaklah! Itu kisah sebulan yang akan datang. Kisah hari ni aku tak perlu hadap muka mamat jambu tu dan tak perlu nak limitkan perbuatan,pergerakkan dan gaya pemakaian aku.

Sekarang aku bebas! Aku bebas! Bebas-sebebas-bebasnya!Muahahaha!

Bilik dah kembali menjadi milik aku yang mutlak!

Katil sepenuhnya menjadi kepunyaan aku balik.

Bilik air pun aku tak perlu nak kongsi dengan dia.

Bahagia! Memang bahagia!

Walaupun hanya empat hari dia kena terbang pergi Paris, tapi bagi aku dah macam empat tahun okey! Dan aku kena nikmati masa ketiadaan dia dengan sepenuhnya.

Ting!

Ting!

Bunyi itu menandakan bahawa ada pesanan dari group 'The Beagle Line'. Haih! Baru je gaya nak aman sikit dah ada yang kacau!

Tetikus aku lepas dan dengan tangan yang sama aku panjangkan ke meja tepi katil untuk capai smartphone. Huh! Aku dah agak!

IftiIcingCintaSelamanya91: Yuhuuu!

IftiIcingCintaSelamanya91: Pengantin baru mana pengantin baru? 😍😍

Aku tengah taip nak balas mesej Ifti tup tup Nisha pun muncul.

Nisha_KhaleedaAumAum : Pengantin baru masih hanimun. 🎊🎎

Nisha_KhaleedaAumAum : Namau kacau uhuk! Uhuk!💃💃

Tsk!

Khai_YodaKatak : Hanimunlah sangat! 😑

Khai_YodaKatak : Aku tengah hanimun kat web Jobstreet ni ha.

IftiIcingCintaSelamanya91 : Wow! 😱

IftiIcingCintaSelamanya91 : Tengah gigih apply kerja ke wei?

IftiIcingCintaSelamanya91 : Relaks ah. Pengantin baru dua hari kot 💖💋

Yaya_BrutalTemeIsBae : Kau biar betul tengah sibuk ngedate dengan Jobstreet?

Yaya_BrutalTemeIsBae : Tak ngedate dengan suami ke? 🤔

Oh ya, kalau tetiba korang rasa loya dan nak muntah lalat, dipersilakan. Aku faham. ID 'Line' kawan-kawan sakai aku memang me-menyampah-kan! Jenis tak reti nak guna ID pendek-pendek. masing-masing nak berlawan. Erm... samalah aku pun. Bleh!

IftiIcingCintaSelamanya91 : Tu yang aku pelik tu. Seriuslah!? 😱😱

Yaya_BrutalTemeIsBae : Tak manja-manja ke? Seriuslah!?😱😱

[COMPLETED] Dia Semanis Gula Kapas Where stories live. Discover now