✈️Bab 3🍭

4.4K 247 54
                                    

Mama berkira mahu berkata sesuatu pada aku tapi abah terlebih laju menjadi savior. Ditariknya mama masuk ke dalam dengan bersungguh. Walaupun abah pantas namun sempat jugaklah mama hantarkan isyarat pancung kepala kat aku sebelum bayangnya hilang sepenuhnya dari pandangan aku.

Pancung pun pancunglah. Kita bincang kemudian ya ma?

"O-key..." Aku gosok kedua-dua tapak tangan sekejap sebelum fokus aku beralih ke wajah err..., "Apa entah nama tadi?" Serius aku lupa.

"Uwais." Jawab dia perlahan. Dia tengok aku sekejap je sebelum alih pandangan arah lain.

Aku perasan dia macam cuak. Nak cuak apa brader? Gua makan nasi. Gua tak makan orang. Heh! "Oh, ya Encik Uwais. Saya sebenarnya dari mula-mula tengok awak lagi saya nak tanya awak satu soalan."

Pandangan ditala semula ke arah aku. "Apadia?"

Kedua-dua kaki aku tarik ke atas sofa dan buat lipat sila. "Kenapa eh?" Siku dipacak atas paha dan tangan yang sama aku menongkat dagu.

"Kenapa apa?"

Dengan refleks muka aku kedepankan.

Dan dengan refleks jugak dia kebelakangkan kepalanya sehingga badan dia bersandar pada sofa.

"Kenapa muka awak licin? Macam mana awak jaga? Produk apa awak pakai? Boleh tak share tips penjagaan muka dengan saya? Serius ah! Muka awak tak ada jerawat! Tak macam saya. Cer awak kira jerawat kat muka saya ni. Satu... dua.. tiga..." Aku tuding ke arah jerawat yang membiak mekar di kulit dahi aku untuk tatapan dia. "...empat..." Tundingan aku beralih pada pipi kanan. "...lima..." Bergerak pula pada dagu. "...enam, tujuh..." Dan destinasi terakhir tundingan aku adalah pada tepi bibir. "...lapan. Banyak gila kan?"

Dia cuma terdiam ditempatnya, kekal dengan riak yang sama. Terkedu dan tak terkata apa!

"Tengoklah yang atas dahi ni. Saya dah sapu oxy10 dua hari berturut-turut tau tapi taknak pecah pun. Haih..." Jerawat yang separuh masak itu aku kuis berkali-kali.

Rapatkan semua belakang badan aku pada sofa, kedua-dua tangan aku silang di dada. Dengan gaya berpeluk tubuh aku perhati dia. "Safi Rania ke?"

"Uh?"

"Ke... Bio Essence?"

"Err-"

"Tak pun... Biore?"

"Aa-"

"Hah! Saya rasa awak pakai Nivea. Betul?"

"Erm-"

"Ah! Tak kesahkan awak pakai apa pun. Saya taknak tahu. Yang saya nak tahu sekarang... kenapa pinang saya?"

"Uh?" Dia nampak terkejut. "Urmm-"

"Ah! Lantaklah awak masuk meminang pun. Yang penting saya nak awak tahu yang jawapan saya adalah tidak. No. Nehi. Takmau! Clear?"

Riak terkejut mulai hilang dari wajah. Timbul pula satu senyuman yang aku tak pasti jenis apa. "Tolong bagi saya bercakap pulak boleh?"

Soalan itu buat aku tersentak sekejap. Baru perasan asyik aku je bercakap dari tadi. Aku tanya dia tapi aku yang jawab. "Oh-haah. Cakaplah."

Masih menyimpul senyuman dan pandangan juga masih terarah pada aku. "Kenapa awak tolak pinangan saya?"

"Sebab saya taknak kahwin lagi."

"Kenapa taknak kahwin lagi?"

"Saya muda lagi kot!"

"Ramai je orang kahwin muda. Alasan lain?"

Aku merengus. Banyak cekadak ah dia ni! "Saya taknak kahwin dengan awak."

"Sebab?"

"Saya tak kenal awak."

"Kita boleh berkenalan lepas ni."

"Tapi saya tak suka awak."

"Awak boleh belajar suka saya lepas kita kahwin."

Banyak cantik cadangan dia!? "Awak tahu kan perasaan tak boleh dipaksa?"

"Dan saya juga tahu perasaan boleh dipupuk. Betul?"

Ish! Mamat muka jambu ni dah kenapa? "Saya tak nampak keserasian kita."

"Mana awak tahu? Kita belum berkenalan dengan lebih rapat lagi."

Dia ni tak reti nak give up ke hah? "Sebab saya masih muda."

"Awak dah bagi alasan tu tadi."

Oh haah. Ya tak ya jugak. "Sebab... erm.. sebab... saya tak kenal awak"

"Pun... saya dah pangkah alasan ni tadi."

Aku gigit bibir dan bawa mata ke atas. Ini adalah habit aku ketika berfikir. "Saya tak suka awak."

"Awak nak saya ulang jawapan yang sama ke?"

"Eeeshh!!" Rengusan keras aku hasilkan. Dua tangan aku mencekak pinggang. Pandangan maut aku halakan pada lelaki yang masih menyimpul senyum.

Yang peliknya lepas tengok senyum tu amarah aku bukan bertambah. Malah makin berkurang. Sikit demi sikit. "Encik Uwais tolonglah... Saya belum ada rasa nak kahwin lagi. Saya belum teringin nak jadi isteri orang. Saya ada banyak impian yang belum tercapai. Banyak lagi tau benda yang saya nak buat dalam hidup ni. Saya taknak disebabkan saya dah jadi isteri orang, kebebasan saya terhad. Lepas tu impian dan keinginan saya semua akan terkubur. Taknak! Taknak kahwin lagi! Saya tolak pinangan awak. Saya betul-betul tolak ni." Bersungguh aku tekankan empat ayat terakhir dengan harapan dia akan faham apa yang aku nak. Mata dia aku perhati dalam-dalam. Sepuluh jari aku susun depan muka dia, merayu. "Awak... tolonglah!  Tolong terima penolakan saya. Please..."

"Okey."

***

*To Be Continued

*To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[COMPLETED] Dia Semanis Gula Kapas Where stories live. Discover now