✈️Bab 1🍭

5.7K 272 46
                                    

"KHAIRINA FARTINI!"

Rengusan tak puas hati aku lepas dari bibir. Mata aku tajam perhati muka bengis mama. Nampaknya aktiviti pujuk memujuk hati kebal Puan Aiza tak membuahkan hasil.

"Maaaa..." Sengaja aku lanjutkan suara. Biasa kalau aku buat macam tu, hati mama boleh jadi lembut. Dari marah boleh jadi tak marah.

"Kakak, please..."

Okey, macam menjadi je. Riak muka mama dah berubah. Dah tak sebengis tadi.

Aku bangun dari katil untuk mendapatkan mama. Pinggang wanita yang paling aku sayang dalam dunia ini aku raih dan aku peluk erat. Muka aku sembam di tengah-tengah antara leher dan bahu mama. Haruman semulajadi dari tubuh mama tak pernah jadijemu pada deria bau aku. Rasa tenang dan mendamaikan.

"Mama please... jangan paksa kakak. Kakak taknak buat benda ni."

Terasa ada tepukan lembut pada belakang sebelum beralih di kepala aku. "Kakak, dengar sini eh." Mama tolak perlahan tubuh aku sehingga pelukan terlerai. Kedua-dua tangan lembut menyentuh dua pipi aku. Mata redup mama tepat pada mata aku. "Mama bukan nak paksa kakak terima terus. Mama cuma minta tengok dulu. Jumpa dulu. Kenal dulu. Lepastu terpulang kat kakak samada nak teruskan atau tak. Kalau suka, go ahead. Kalau tak suka, it's okay. Mama ada sepuluh calon lagi."

Cadangan itu aku balas dengan decitan dua kali. Cadangan yang sangat tak memberangsangkan. "The problem is... kakak belum bersedia nak tukar status lagi, ma."

"The problem is... umur macam kakak ni patutnya dah bertukar status dah."

Aku menjegil besar. "Ma. Kakak baru dua puluh dua tahun kot."

"Mama dulu sembilan belas dah jadi bini orang. Dua puluh dah lahirkan kakak."

"Kakak baru je dua minggu habis belajar. Konvo pun belum lagi. Kerja pun belum cari."

"Kahwin dulu. Kerja nanti lepas kahwin boleh apply."

"Maaaa..."

"I don't care. Whether you agree or not kakak kena jumpa calon yang maksu-paksu cadangkan ni." Tegas mama, menekan kuat kedua-dua pipi aku.

"Maaaa..."

"Pergi tukar baju sekarang!"

***

*To Be Continued

[COMPLETED] Dia Semanis Gula Kapas Donde viven las historias. Descúbrelo ahora