CRUSH 24•

18.6K 651 18
                                    


Hasya mempercepatkan langkahnya.Beg di bahu dicabut lalu dipeluk erat.

"Sumpah aku menyesal lalu sini. Abang dekat mana!"gumam Hasya.
Langkahnya berhenti lalu berpaling ke belakang.

Tiada.

Baru sahaja kakinya mula mengatur langkah.Tubuhnya dipusing kebelakang dan belakangnya dihempas di dinding.

"T-tolong aku taknak!"jerit Hasya dengan mata terpejam rapat sambil mengangkat beg melindungi wajahnya.

"Hey, ni aku."

Mata dibuka perlahan-lahan.
Wajah tampan Adib dihadapannya dipandang.

"A-adib?"Adib tersenyum.
Hasya masih terpaku apabila wajah yang sudah lama tidak dilihat terpampang di matanya.

"Dah lama kita orang cari kau."kata Adib.

"A-aku.."

"Kau pergi mana selama ni Hasya?"soal Adib.

"Sorry, aku pergi dulu."ditarik tangannya lalu berlalu pergi dari situ.

"Hasya, kalau kau tak ready nak bagitahu lagi okey aku terima tapi tolong bagi nombor kau. Kita boleh berkumpul ramai-ramai nanti."

Hasya menggeleng kepalanya.

"Aku tak layak kawan dengan korang."kata Hasya meninggalkan Adib yang terpinga-pinga.

Hasya jatuh terduduk di tengah-tengah jalan.Wajahnya yang sudah basah dengan air mata dikesat kasar.

Terbayang wajah Aida dan Azlin yang memandang dirinya dengan senyuman sinis.

"Tsk..tskk."

"Dik, kenapa duduk sini?."soal lelaki itu dengan menunduk cuba mengintai wajah yang disebalik rambut panjang.

Hasya mendongak dengan gigilan ditubuhnya.

"H-Hasya?"Fakrul duduk mencangkung di hadapa Hasya.Bahu gadis itu disentuh tetapi ditepis kasar oleh Hasya lalu gadis itu berlari

"Hasya, tunggu kejap!"Fakrul mengejar langkah Hasya.

"Jangan kejar aku lah setan!"jerkah Hasya berpaling ke belakang.

Tiba-tiba wajahnya tersembam di dada bidang seseorang.

"Hasya, abang cari Hasya tahu tak?!"jerit Hazim kecil.Wajah Hasya yang basah dengan air mata dipandang pelik.

"H-hasya!"mata Hazim menangkap tubuh Fakrul yang menghampiri mereka.

"Kurang ajar!"

BUKK

Tubuh Fakrul jatuh terlentang ke tanah.Fakrul menyentuh bibirnya yang pedih.

"Abang!"

"Aku dah kata jangan kacau kita orang lagi kan? Kau tak faham bahasa ke?!"

"A-aku cuma."

"Abang cukup tu, jom kita balik."diheret lengan Hazim.

"Sekali lagi kau muncul depan aku ataupun Hasya kau siap!"kata Hazim dingin.

"Hazim, aku rindu kau yang dulu."kata Fakrul perlahan.

"Malangnya, aku tak pernah berharap untuk kau rindu aku.Aku jijik dengan kau sebab kau yang buat adik aku macam ni!"tangan Hasya digenggam lalu menarik adiknya kembali ke kereta.

Wajahnya merah menyala.
Hatinya masih geram kalau bukan sebab Hasya ada dah lama dia tumbuk muka tu sampai lunyai.

Fakrul bangun perlahan-lahan.Dia berdesis sakit apabila mulutnya terbuka luas.Jari dibawa menyentuh tempat luka.

Darah.

Kena tumbuk macam tu pun berdarah.Bertapa geramnya Hazim kepada dirinya.

Azlin memandang Farran dihadapannya tajam.Dia taknak bertunang kalau Hasya tak ada!

"Kenapa degil sangat ni? Hasya taknak jumpa awak, sayang."kata Farran.

Azlin mencebik.
Tangan disilangkan ke dada lalu berpaling ke kanan.

"Jangan nak merajuk sangat, kejap lagi pergi ambil baju tunang tu."

"Saya nak ada Hasya, kita orang dah berkawan lama kut."kata Azlin perlahan.

"Saya dah pujuk Hasya tapi dia taknak, sayang."

"Taknak tunang lah!"

Mata Farran membulat.
Dia memandang Azlin lama.

"Apa cakap macam tu?"

"Saya nak Hasya!"

"Bro."Hazim mengambil tempat bersebelahan dengan Farran.

"Ha macam mana kau dapat pujuk Hasya tak?"soal Farran.Hazim menggeleng lemah.

"Habistu macam mana?"soal Farran risau.

"Macam ni, malam nanti mama aku buat makan-makan. Dia suruh aku ajak korang so datanglah!"

"Fakrul?"

Hazim terdiam.Mata tajam memerhati Azlin.

"Jangan bawa mamat tu datang rumah aku."

"Kau marahkan dia lagi?"soal Farran perlahan.

"Zim, dia dah berubah.Walid sendiri yang tolong dia."

"Entah lah Farran, aku sakit hati sangat tengok dia.Dia tipu aku hidup-hidup."

"Maafkan dia?"

"Aku tak boleh, aku tak boleh tengok Hasya macam tu."

"Assalamualaikum."

Tiga pasang mata itu memandang Adib yang sedang berdiri tegak di tepi meja mereka.

"Wa-waalaikumussalam."

"Adib?!"jerit Azlin berdiri.
Adib tersenyum kepala Azlin yang berbalut tudung bawal digosok perlahan.

"Oi oi, bakal tunang aku."dibesarkan matanya memandang Adib.Adib tersengih kecil.

"Aku nak cakap sikit boleh?"soal Adib tepat memandang ke arah Hazim.

Hazim hanya mengangguk.

You Are My CrushWhere stories live. Discover now