CRUSH 23•

19.2K 678 27
                                    


"Dah ambil wuduk?"soal Tuan Farhi.

"Dah walid."balas Fakrul menurunkan kaki seluarnya.

"Bagus, ada berapa puluh minit lagi ni boleh tak kalau walid nak dengar bacaan iftitah?"

"Boleh, saya dah hafal semalam."kata Fakrul tersenyum.Dia duduk bersila dihadapan TuanFahri.

"Allahu akbaru kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila.Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal musyrikin.Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lilahi rabbil-'alamin. La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin."

"Alhamdulillah bagus."

"Surah Al Kafirun dan hafal?"

"Dah-dah, semalam Farran kasi saya senarai surah saya dah hafal."

"Bagus, kita solat dulu lepastu sambung mengaji ya?"

"Baik walid."

"Farran, iqamat."arah Tuan Farhi.

"B-boleh tak kalau saya nak baca?"sampuk Fakrul.Farran tersenyum mengangguk laju.

"Boleh bacalah."

"Allahy akbar allahu akbar.
Asy-hadu alla ilaha illallah.
Asy-hadi anna Muhammadar rasulullah.Haiya 'alas-solah."

"Haiya 'alal-falah.
Qadqamatis-solah.Qadqamatis-solah.Allahu akbar Allahu akbar.La-ilaha illallah."

"Allahuakbar."takbir diangkat dan terus mereka menunaikan solat fardu maghrib bersama-sama.

"Macam mana? Best tak?"soal Farran menyarung baju t-shirt biasa ke tubuhnya.Fakrul mengangguk laju.

"Aku rasa tenang je padahal baru dua hari aku dekat sini."

"Aku tak sabar nak khatam Al-Quran."kata Fakrul.

"Takpa, perlahan-lahan."

"Kau ada contact Hazim?"soal Fakrul.Farran mengangguk.

"Aku call dia, dia langsung tak angkat."kaat Fakrul tersenyum kelat.

"Bagi dia tenang dulu rul, jangan kacau dia lagi.Nanti dia dah okey dia sendiri cari kau."

"Sekarang ni kau fokus ubah diri kau dulu.Belum terlambat lagi semua ni.InsyaAllah, kau boleh tebus kesalahan kau dengan dia orang."

"Thanks Farran, kau sudi tolong aku.Kenapa kau tak pernah buka mulut walaupun kau tahu pasal aku rogol Hasya?"soal Fakrul.

"Kan aku dah cakap, aku sayangkan persahabatan kita.Aku taknak disebabkan aku kita semua berpecah belah macam sekarang ni.Sekarang ni kita semua dah boleh berfikir secara matang."

"Umur pun dah nak masuk angka tiga."

"Haah, kau dengan Azlin macam mana?"soal Fakrul.Farran tersenyum.

Selesai menamatkan pengajian.
Gadis itu berani meluahkan perasaan kepada dirinya.
Sungguh, Farran tidak mahu menerima tetapi diberi peluang kepada gadis itu.

Kini sudah hampir lima tahun mereka berdua menjalinkan hubungan.Alhamdulillah, keluarga Azlin sudah mengenal Farran begitu juga dengan ahli keluarganya yang sangat berkenan dengan Azlin.

"Ni lah nak cakap, Aku nak bertunang dengan Azlin."

"Wah, sumpahlah?!"

Farran tersenyum mengangguk laju.

"Tahniah weh, bila nak bertunang?!"

"Hujung bulan depan."

"Sekarang ni masalah aku, Azlin tak nak bertunang kalau Hasya tak ada."

"Habistu macam mana?"

"Aku kena pujuk Hasya untuk datang ke majlis aku."

Fakrul menutup al-quran dihadapannya.Dia memandang tingkap yang terbuka luas menunjukkan bulan yang sangat cerah.

"Ya Allah."

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim."

"Ya Allah."

"Ya Allah."dia menunduk.Air mata sudah menitis jatuh.Tangannya mengepal penumbuk perlahan-lahan naik memukul pahanya.

"Ampunkan aku Ya Allah, ampunkan segala dosa aku.Aku tahu aku bersalah, aku pendosa aku perogol."

"Ya Allah, berikan aku hidayah mu Ya Allah.Berikan aku kekuatan untuk kembali ke jalan mu Ya Allah."Fakrul menangis teresak-esak di atas sejadah itu.

Wajah dan tangisan Hasya berlegar di dalam ingatannya.

"Ya Allah, terimalah aku kembali.Aku mohon keampunan dari mu Ya Allah.Permudahkanlah urusan aku."

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim."

Hampir sejam dia berteleku menangis di situ.Dia berdiri dan terus menunaikan solat taubat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." ~Surah al-Mulk, ayat 2.

Hazim mencapai air yang dipesan di kaunter.Terus minuman itu disedut dan berlalu keluar.

"Encik!"tubuhnya ditarik oleh seseorang.Wajah merah padam gadis itu memandangnya tajam.

"Apahal?"balas Hazim pelik.

"Encik dah salah ambil air, itu air saya!"kata gadis itu geram.

Dahi Hazim berkerut dia melihat tulisan yang diconteng di gelas minumannya.

AIDAh lama suka you.

"Apa ke pelik nama ni?"soal Hazim.

"Ni air encik, AbangJim ni!"gelas yang tertulis AbangJim diserahkan kepada Hazim.

"Air kita sama je kan?"soal Hazim.Gadis itu mengangguk.

"So, minum je lah."balas Hazim selamba.

"Eee poyo!"

"Wait, kau Aida ke? Kawan Hasya?"

Aida mengecilkan matanya untuk mengecam lelaki itu sebelum mulutnya terlopong.

"Abang Hazim!"

"Ha betul lah, ingat siapa dah tadi."kata Hazim kedua-dua tangan disilangkan sambil merenung Aida.

Wajah Aida membahang apabila lelaki itu tidak lepas merenungnya.

"Hasya dekat mana sekarang?"soal Aida perlahan.Hazim tersenyum senget.

"Sekarang baru nak cari dia? Dulu masa dia kena fitnah korang berdua ada ke dengan dia?"

"S-sorry, kita orang tak tahu Hasya tak bersalah."

"Korang berkawan dari sekolah rendah lagi.Patutnya korang lebih kenal dia dari orang lain."

"Abang cuma nak cakap."

"Hasya bukan macam dulu lagi.Abang minta izin dulu, assalamualaikum."

Nak next?
Boleh tapi,
Suggestkan nama lelaki.
Nama(maksud)

You Are My CrushWhere stories live. Discover now