Puas dipujuk makan ubat, namun kawannya itu tak mahu. Mati akal Encik Furhad dibuatnya. Tak tahu cara apa lagi yang patut dia gunakan untuk pujuk Engku Walid.

"Papa.. tengok ni.."suara kecil Qaliesya memecahkan keheningan dalam bilik Engku Walid.

Kedua-dua pasang mata Engku Walid dan Encik Furhad beralih memandang ke arah Qaliesya yang tersenyum menampakkan lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya. Lukisan comot yang digambarnya tadi ditayangkan dengan rasa gembira.

"Pandai anak papa melukis. Erm.. Iesya teruskan melukis, jangan bising. Kawan papa nak rehat." amaran kecil diberikannya pada Qaliesya yang berusia 4 tahun itu.

Budak perempuan itu anggukkan kepala. Dia ketapkan bibirnya dan kembali menconteng kertas lukisan yang lain. Melihatkan itu, Engku Walid tersenyum.

Entah kenapa, tiba-tiba dia teringat kan pada anak lelakinya, Zafriel. Anaknya yang berusia 9 tahun itu kini berada di rumah nendanya. Ternampak Qaliesya, dia pula jadi rindu pada Zafriel.

Satu keluhan kecil dilepaskannya perlahan. Wajah Encik Furhad dipandangnya dengan penuh tersirat.

"Furhad, kan bagus kalau kita dapat jadi besan? Aku yakin keluarga kau akan jaga anak aku dengan lebih baik sepertimana kau jaga aku sekarang. Bila bayangkan itu, aku pula rasa seronok.."ujar Engku Walid. Bibir pucatnya menguntum senyum lebar.

Berkerut dahi Encik Furhad dibuat nya. "Janganlah meletak harapan yang tinggi pada keuarga kami, Walid."

Terus sebuah gelengan Engku Walid berikan. "Aku percayakan keluarga kau, Furhad. Aku yakin keluarga kau dapat jaga anak aku dengan baik sekali. Aku harap kita dapat jadi besan.."

Kerana permintaan Engku Walid itu, Encik Furhad sudah berjanji untuk tunaikan. Terpaksa Qaliesya dilibat kannya dalam perkahwinan paksa itu.

Teringatkan itu, Encik Furhad serba salah.
...
"Aku tak faham betullah dengan perempuan macam kau ni, Qal. Punyalah banyak perempuan yang nakkan suami kau itu tapi kau.. senang-senang aje lepaskan dia." leter Farah geram.

Rancangan Wanita Hari Ini yang bertayang di kaca tv langsung tak memancing minatnya. Apa yang menarik sekarang, dia nak membebel pada Qaliesya yang dah buat keputusan paling bodoh dalam hidup.

Yup, bodoh. Why?

Kerana suka hati perempuan itu lepaskan lelaki seperti Zafriel. Dia tak tahu ke yang lelaki seperti Zafriel itu ibarat satu dalam seribu? Mana ada lelaki seperti Zafriel?

Bukan setakat didatangkan dengan package muka tampan, kulit bersih malah lelaki itu dibonuskan dengan sifat baik hati, rendah diri, lepasan sekolah tahfiz dan yang paling penting penyabar orangnya. Apa bukti lelaki itu penyabar? Walaupun perangai Qaliesya macam hareemm tapi Zafriel masih boleh sabar.

Bukan setakat itu saja, yang makin buat Farah rasa nak hempuk Qaliesya dengan bantal sebab semudah itu dia lepaskan lelaki lepasan tahfiz itu. Argh!! Kalau Farah yang memiliki Zafriel, jangan harap dia bagi lelaki itu keluar rumah. Dia nak kurung aje.

Aku yang mendengar leteran mak nenek Farah hanya buat muka bosan. Sejak semalam, kawan aku itu tak habis-habis nak membebel. Tak habis-habis topik Zafriel yang dibahasnya. Bosan.

"Nak buat macam mana? Kalau hati aku dah tak suka, kau nak paksa aku macam mana pun.. aku takkan suka. Okey? Faham itu, cik Farah?" soalku dalam nada selamba.

"Aih, aku tak faham betullah kau ni. Kau buta ke apa? Punyalah elok Allah itu bagi kau suami macam Zafriel, kau buang. Kalau aku jadi kau, nak tinggalkan Zafriel itu pun aku taknak, tau?!" makin panjang leterannya itu.

Aku mendengus geram. Argh! Tak senang aku nak tengok tv kalau asyik dari tadi dengar si minah kepoh ni membebel.

"Kalau macam itu, kenapa tak dari awal aje kau kahwin dengan dia? Kalau kau beratur depan aku, confirm sekarang kau akan happy ending dengan Encik Zafriel kau itu! Erghh!!" perliku mengerling wajah Farah yang duduk di sebelah ku.

Chipsmore yang terhidang di atas meja aku capai lalu aku cicipi. Daripada melayan si Farah yang membebel tak kesudah itu, lebih baik aku tambah berat. Makan chipsmore.

Farah sudah bercekak pinggang. "Ha, yelah itu. Bagus juga kalau aku yang kahwin dengan dia. Tak adalah aku duduk serumah dengan kau. Haih, Qal-Qal.. lelaki macam si Zafriel itu kau tak nampak, lelaki macam Thaqif itu pandai pula kau pandang." ujar Farah masih tak kenal erti penat bercakap.

Tergamam aku tatkala Farah menyebut nama lelaki itu. Terus mataku beralih memandang Farah.

Sudah lama rasanya aku tak mendengar nama lelaki yang aku cintakan itu. Hmm.. satu keluhan aku lepaskan. Sebelum aku berkahwin dengan Zafriel, lelaki itulah yang mengisi hati aku.

Malah sampai sekarang hanya nama Thaqif yang akan selalu ada dalam hati aku. Walaupin hidup enam bulan bersama Zafriel, bayangan Thaqif langsung tak luntur daripada ingatanku. Hmm.. aku pula jadi rindu pada lelaki itu..

Apa khabarnya sekarang ni?
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now