BAB 32

35.7K 922 27
                                    

Majalah Pa & Ma keluaran bulan Jun aku belek sepintas lalu. Kalau ada part yang best, aku baca.. kalau tidak, aku akan langkau muka surat  tersebut. Sebenarnya, aku lebih tertarik kepada gambar-gambar baby comel yang menggayakan busana kecil mereka.

Suka betul aku tengok kaki dan tangan mereka yang comel itu dengan muka gembira. Senyuman mereka yang menaikkan lagi pipi pau mereka itu pun, buat aku rasa nak gigit aje. Gheramm!!

Kadang, aku bayang bagaimana rupa wajah anakku nanti. Erm, mesti mata dia cantik macam aku, bibirnya juga mungil macam aku.. kulit putih, senyuman pun cantik, kulit bersih dan ianya diwarisi daripada aku, si ibunya yang memang orang kenal memang cantik. Ahahah..

Sebenarnya, aku harapkan anak aku nanti adalah seorang perempuan. Senang sikit nak membesarkan anak perempuan ini. Ermm, wait. Maybe complicated sikit since nafsu perempuan ni lebih banyak daripada nafsu lelaki. Tapi.. kalau jantina anak aku perempuan saja, dia akan dapat mewarisi kecantikan aku ni. Pfftt..

Aku ketap bibir. Kalau lelaki, wajah anakku mesti sebiji sejibun dengan wajah ala-ala barat Zafriel. Rambut perang, bulu mata tebal sedikit, hidung mancung dan yang paling penting anak mata coklat cairnya itu. Hmm.. handsome? Mungkin dia akan warisi bibir aku yang nipis ni tapi pipi merah Zafriel pun dia akan warisi juga kot.

Tiba-tiba aku dapat terbayangkan wajah baby dambaan aku itu. Terus sahaja, bibirku menguntum senyuman lebar. Boleh tahan comel juga bakal anak aku itu. Cantik macam aku, ada campuran sikit macam si Zafriel.

"Tersenyum kan apa itu?"sapaan seseorang dari arah belakang serta-merta mematikan angan-angan yang aku bina tadi.

Segera, aku menolehkan kepalaku ke arah ibu yang sudahpun melangkah merapatiku. Bibirku menguntum senyum nipis tatkala dia sudahpun duduk mengambil tempat di sebelahku.

"Ini, Iesya tengok gambar-gambar baby. Comel. Rasa nak gigit aje pipi dia itu." dalihku sambil menuding ke arah gambar baby girl yang menggayakan dress merah jambu nya.

Ibu membelek gambar tersebut lalu bibirnya mengukir senyum. Wajah aku dipandangnya.

"Haah, comel. Hmm.. kalau Iesya nak tahu, muka Iesya waktu baby sama macam baby dalam gambar ni. Tembam dan sihat." ibu sudah mulai buka cerita.

Aku tersengih mendengar bicara ibu. Apa maksudnya itu dengan tembam dan sihat? Comel ke?

"Mana lagi comel, Iesya ke Fatihah?" sengaja aku mahu membandingkan diriku dengan Fatihah.

Ibu terus menampar bahuku. "Kamu ni.. haih, anak ibu semuanya comel-comel belaka. Sihat pula itu. Tak ada cacat celanya."puji ibu.

Aku tersenyum nipis. Terus aku kembali membelek semula majalah tersebut. Masih tak puas lagi rasanya nak membelek gambar baby yang comel-comel itu.

Tanpa aku sedari, ibu asyik merenung aku lama. Pelik mungkin kerana aku sudah bertukar selera. Sebelum ni, majalah yang aku akan pegang takkan jauh dari gosip-mosip dan tips kecantikan tetapi sekarang? Erm.. majalah baby pula dah.

"Sejak kebelakangan ni, ibu tengok kamu rajin sangat baca buku-buku tips kehamilan bagai ni. Kamu ada apa-apa ke?"aku tergamam tatkala mendengar soalan itu keluar dari mulut ibu.

Terus wajahnya aku pandang dengan rasa terkejut. Wajah ibu yang sudah berkerut hairan makin menambah resah dalam hati aku. Hmm, aku tak bersedia lagi nak beritahu ibu fasal kehamilan aku ni. Kalau aku beritahu, entah apalah reaksinya nanti..

"Ke-kenapa ibu tanya macam itu? Maksud ibu dengan ada apa-apa itu?"sengaja aku main tarik tali dengan ibu.

"Kamu rajin baca buku kehamilan ni. Ibu yang dah jadi ibu orang ni pun, tak rajin nak baca buku-buku ni bagai."ujar ibu menjelaskan kepelikannnya itu.

Aku ketap bibir. Otakku, aku kerah supaya dapat mencari jalan bernas untuk menghilangkan prasangka ibu itu. Phuh.. susah nak kelentong para ibu ni. Nalurinya kuat.

"Ermm.. ka-kawan Iesya ada yang dah mengandung. So, dia selalu juga baca buku ni. Bila Iesya tengok majalah-majalah ni, terus Iesya tertarik nak baca. Kan comel itu, ada gambar baby?" yurp, alasan munasab dan kuat. Respect to myself.

Ibu sekadar menganggukkan kepala. Tak semena-mena, satu keluhan ibu lepaskan. Matanya terus merenung ke arah gambar baby yang dipeluk oleh ibubapanya. Senyuman di bibir ibu terukir.

"Teringin lah juga ibu nak mendukung cucu sendiri. Ibu kadang cemburu tengok kawan-kawan seusia ibu sudah ada cucu. Ada yang dah tadika lagi itu. Kepingin lah juga ibu nak merasa." luah ibu dengan nada sebak.

Aku ketap bibir tatkala mendengar luahannya itu. Kasihannya ibu. Hmm.. mesti dia kecewa dengan aku. Yalah, dia memang nakkan cucu. Semasa aku berkahwin dengan Zafriel dulu pun, dia selalu cakap nak tengok aku mengandung bagai tapi waktu itu, aku tak ambil peduli. Kerana ego, aku biarkan hasrat ibu terkubur macam itu aje.

Bahu ibu aku belai lembut lalu kepalaku aku lentokkan dii bahunya. "Fati kan dah kahwin. Nanti, InsyaAllah kalau rezeki Fati dengan Am datang cepat.. nanti ibu dapatlah timang cucu, kan? Ibu doa aje." pujuk ku.

"Harap begitulah." jawab ibu cuba mengubat rasa sebak di dada.

Tanganku digenggamnya. Aku hanya mampu mengukir senyum nipis.

Maafkan Iesya, ibu. Buat masa sekarang, lebih baik Iesya diamkan kehamilan Iesya dulu.
...
Zafriel mengeluh perlahan. Gelagat Kartini yang begitu manja itu buat kan dia mulai naik rimas. Sikit-sikit sayang sikit-sikit abiy.. Erghh!! Berdesing telinga Zafriel bila suara manja Kartini itu menyapa halwa telinganya.

Lagi satu yang buat Zafriel mulai rasa tak selesa dengan Kartini adalah.. disebabkan gadis itu setiap masa setiap jam asyik nak berkepit dengan dia. Nak memilih baju dan beg untuk dibeli pun, minta pendapat Zafriel juga. Pfft.. macam dah tak ada benda lain saja Zafriel kena buat selain melayan karenah mengada nya itu.

Selesai sahaja membeli kasut, Kartini terus menarik lengan Zafriel menurutinya ke butik pakaian pula. Zafriel sekadar menuruti. Dia pun dah lali. Cakap banyak pun, Kartini still tak boleh jalan. Masih memanja kan sikapnya itu, walaupun sudah berkali-kali ditegur oleh Zafriel.

"Abiey, I nak pakaian yang macam itu masa wedding kita nanti. Cantik kan?" soalnya minta pendapat Zafriel.

Gaun putih kembang yang berkilau di bahagian bawahnya itu ditatap dengan penuh teruja. Membayang kan diri sendiri, menggayakan busana itu buatkan kebahagian di hari perkahwinan itu makin jelas dirasakan oleh Kartini.

Zafriel mengeluh perlahan. "Tini. Apa yang abang cakap dua hari lepas? Please, stop call me that silly name. Please.."keluh Zafriel perlahan.

Kartini menyungging sengih lalu menggelengkan kepala dengan gaya mengada.

"Nope. I akan call juga you, abiey. Since, dalam masa dua bulan lagi kita akan kahwin so.. I nak membiasakan diri I panggil you, abiey." ujarnya taknak kalah.

"Hmm.. abang tak sukalah gelaran itu. Entah apalah abiey apa semua itu. Panggil ajelah macam biasa.." Zafriel sudah mulai menegakkan luahan hatinya.

"You tak suka ke? Bukan lelaki suka ke kita panggil dia macam itu? Hmm.." soal Kartini sudah melepas kan pelukannya pada lengan Zafriel. Dia sudah berpeluk tubuh memandang lelaki itu hairan.

Pelik. Selama dia bercinta dengan lelaki sejak sekolah menengah, kebanyakan lelaki mahu bermanja dengan dia. Sayang dia, sentuh dia dan kadang.. ada yang minta untuk dicium. Tapi.. Zafriel? Lelaki itu pegang tangan pun tak mahu. Padahal, mereka sudahpun menjadi tunang.

"Abang tak suka."sepatah ayat cukup dijadikan jawapan oleh Zafriel.

Setelah itu, dia melangkah ke hadapan meninggalkan Kartini di belakang. Kartini sudah terpinga-pinga. Dia sudah hentak kaki kerana geram. Orang sekeliling yang sudah memandang pelik langsung tak dipedulikannya.

Erghh!! Susah betul nak tundukkan Engku Zafriel Syeikh ni! Tolonglah, Zafriel..

Bagi aku cinta kau bukannya ego kau..
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now