BAB 11

30.2K 954 6
                                    

Dalam renyai hujan rintik-rintik, aku berlari sekuat hati tanpa ada hala tuju. Air mataku mengalir deras bersama turunnya hujan yang dimuntah langit. Hati aku runtun dan jiwa aku sakit.

Sanggup Thaqif buat aku macam ni? Dia kata dia cintakan aku, dia kata dia takkan lupakan aku dan dia kata dia hanya setia pada aku seorang saja tapi sekarang?? Kenapa!! Kenapa sekarang dia begitu senang gantikan tempat aku dengan seorang gadis?!

"Iesya?!"

"Kenapa you nampak terkejut sangat ni, babe? You lupa ke yang I pun alumni? So, how's long you tak contact I, hah babe?" ujarku dengan senyuman yang sangat lebar.

Siapa yang tak gembira bila berjumpa dengan lelaki yang dia sayang. Setelah hampir berbulan, akhirnya Tuhan berikan aku peluang ini untuk bersemuka dengan Thaqif. Lelaki yang tak pernah hilang namanya dari hati jambu aku ni.

"Sorry, sejak kebelakangan ni.. I-I terlampau busy dengan kerja I sampai I-I lupa siapa orang sekeliling I." hambur Thaqif dengan wajah yang sedikit bercampur baur.

Sedari tadi, matanya asyik dilarikan daripada aku. Dia pun.. nampak begitu janggal dengan aku. Nampak lain kemesraannya kali ini. Tak sama seperti dahulu. Jauh beza Thaqif yang dulu dengan Thaqif yang sekarang. Dia pun.. nampak sangat tak selesa bila bersama aku.

Tapi, ada aku kisah ke? Hmm.. mungkin hati Thaqif terluka? Yurp! Terluka sebab aku sudah berkahwin dengan lelaki lain. Hmm.. but now i'm single! So.. maybe...

"I dengar cerita yang you dah cerai dengan husband you. Erm.. I tak sangka you akan bercerai secepat tu dengan Zafriel."tambahnya dengan nada mendatar.

Aku meleret senyum. Wajahnya aku pandang suka. Bila nampak wajah Thaqif berjanggut ni, aku nampak wajah limnya di situ. Walau tak setampan dulu tapi.. nampak sudah kematangannya. Huh, nampaknya kehilangan aku disisi Thaqif berjaya ubahkan lelaki itu jadi yang lebih baik.

Fikirku, mungkin Thaqif terseksa. Yurp.. terseksa. Kami bercinta hampir tiga tahun dan tiba-tiba berita perkahwinan aku dengan Zafriel mematikan segalanya. Kerana Zafriel, aku kehilangan Thaqif. Lelaki itu bawa dirinya di hari pernikahan aku dan sejak itu kami tidak berhubungan sampailah ke hari ini.

"Yurp. I dah bercerai dengan dia. Now, I'm single. Selama I kahwin dengan dia, hati I bukan pada dia.. but, hati I pada you, babe. Even I nampak muka dia setiap hari, but apa yang ada dalam kepala I adalah kenangan kita waktu bersama dulu. I masih tak dapat lupakan you. But now, I nak bersama dengan you.. I nak jadi milik you semula." jelasku memandang anak matanya bila pandangan Thaqif berikan padaku.

Aku sangka Thaqif akan tersenyum bila aku hamburkan semuanya namun aku silap. Tiada senyuman timbul di bibirnya malah wajah Thaqif berubah resah. Anak matanya yang memandangku dijatuhkan ke tempat lain.

"I think that we cannot get back. Keadaan kita berdua sekarang dah tak sama macam dulu. I-I.." tergagap Thaqif mahu menyambung ayatnya.

Aku disebelah sudah berkerut dahi. Bila lihat wajah resah yang bermain di wajah lelaki itu, aku sudah tidak sedap hati. Reaksi yang Thaqif berikan berbeza dengan apa yang aku sangka.

Aku ingat dia akan gembira dan teruja tapi nampaknya apa yang aku kata mengundang pelbagai reaksi pelik dari lelaki itu.

"Abang... maaf sebab saya lambat. Saya pergi surau tadi." berdesing telingaku apabila ada suara lunak gadis menyapa.

Tergamam aku seketika apabila melihat apa yang dilakukan gadis bertudung labuh berwarna merah jambu itu. Tanpa signal apa, dia peluk lengan sasa Thaqif. Bibir gadis itu menguntum senyum bila lihat aku. Sangat mesra..

"Awak kawan suami saya ke?"

Suami?

Jantungku berdegup laju tatkala dengar pernyataan gadis itu. Su-suami? Thaqif sudah mengeluh berat. Matanya serba-serbi memandangku. Aku pula masih diam. Entah reaksi apa yang patut aku berikan pada dia sekarang. Yang pasti, senyuman gembiraku takkan menyinggah.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now