BAB 16

30.7K 946 22
                                    

"Nenda, cerita ni.. tajuk ni.. ini semua kerja nenda ke? Nenda ke yang buat semua ni?"soal Zafriel mahu memastikan.

Wajah Engku Ziemah yang kelihatan tenang dipandangnya dengan rasa bercampur baur. Mana taknya, pagi-pagi lagi dia dikejutkan dengan berita yang sangat panas. Yurp, memanaskan hati.

Entah bila pula dia berjumpa dengan wartawan dan kata benda merepek seperti yang dinyatakan dalam akhbar itu. Kalau boleh memang sehabis baik dia tidak mahu terserempak dengan pihak wartawan memandangkan kes penceraiannya dengan Qaliesya masih menjadi topik panas pihak netizen.

Kerana itulah, semenjak dua menjak ni Zafriel lebih suka duduk dalam rumah berbanding keluar. Kalau keluar, ada saja pihak wartawan yang akan bertanya itu dan ini. Huh, Zafriel malas nak melayan tapi kalau tak dilayan, makin itulah mereka akan semakin menyogok.

Engku Ziemah sekadar menjeling akhbar yang terpampang di depan mata. Penuh rasa tak minatnya. Dia meneruskan hirupannya yang terakhir sebelum meletakkan cawan kosong ke atas meja.

"Bukan itu ke yang kamu rasa, Zaf? Betul kan apa yang akhbar itu kata? Kamu memang nak gantikan kisah silam kamu tu,betul kan?" spontan soalan itu terpacul dari bibir wanita itu.

Zafriel ketap bibir. Satu keluhan dilepaskannya. Serta merta, dia ambil tempat di sebelah Engku Ziemah. Buat masa sekarang, dia tak mahu tunjuk kepala apinya. Sabar dulu, Zaf..

"Jadi, betullah nenda yang buat semua ni? Nenda yang minta pihak wartawan buat cerita fasal Zaf ni?" soalan berbalas soalan.

Engku Ziemah mengalihkan pandangan pada cucu kesayangan nya itu. Wajah serius Zafriel langsung tak mencuit rasa takut dan bersalah dalam dirinya.

"Nenda beritahu perkara yang betul. Lagipun, nenda yakin yang pihak netizen pun tahu kamu mangsa dalam perkahwinan kamu yang lepas. Betul tak apa yang nenda katakan ni?" ujar Engku Ziemah masih membela diri.

"Tapi, itu semua dah lepaslah nenda. Kalau nenda buka cerita ni balik, nenda tak fikir ke fasal pihak Qaliesya. Diorang yang kena nanti, nenda." Zafriel sudah sedikit bertegas.

Baginya, benda yang lepas memang tidak patut untuk diungkit. Buka situ, habis situ. Nendanya saja yang suka panjangkan masalah sampai benda itu jadi besar.

Walaupun Qaliesya bersalah namun Zafriel tak mahu gadis itu tanggung masalah. Yurp, dia nak bekas isteri nya itu hidup tanpa sebaranh masalah yang berkaitan hal rumahtangga mereka. Tapi.. bila Engku Ziemah masuk campur, Zafriel tak mampu untuk menghalang. Kerana baginya, nendanya itu licik orangnya.

"Kamu fikirkan mereka aje? Kamu tak fikir fasal diri kamu sendiri? Ke.. kamu dah lupa dengan apa yang perempuan itu cakap masa dia kat mahkamah dulu?!"makin menghangatkan suasana, Engku Ziemah makin berkeras.

Satu keluhan Zafriel lepaskan. "Dia masih muda, nenda. Dia pun kadang terlepas kata juga.."keluh Zafriel membela Qaliesya.

"Nope. Even she still young but she must learn how to hormat orang. You're her husband but what she did to you, I can't to accept it." kali ini Engku Ziemah sudah lantang bersuara.

Zafriel kelu. Dia sudah hilang kata bila wanita itu mula ungkit topik hormat. Yurp, selama mereka menjadi suami isteri pun.. Qaliesya tak menunjukkan sikap hormat itu. Walaupun Zafriel tua 5 tahun daripada gadis itu namun Qaliesya sering berdegil. Ikut kepalanya sendiri. Tak dengar kata..

"Tapi, keluarga Qaliesya juga kena tempiasnya nenda." ujar Zafriel masih menegakkan pihak yang disana.

Engku Ziemah berdecit sinis. Wajah Zafriel dipandangnya dengan sangat sinis.

"Itulah karma. Kamu fikirkan malu keluarga dia tapi kamu ada terfikir malu yang ditanggung nenda bila Qaliesya tuduh kamu macam-macam? Bila dia kata begitu, orang nampak silap nenda kerana nenda yang besarkan kamu selama ni. Kamu tak fikir semua itu, Zaf?" tutur wanita itu akhirnya buat Zafriel membisu.

Suasana hening membelengu bila Zafriel sudah mulai diam tak membalas. Engku Ziemah mengeluh perlahan. Dia berdiri lalu bahu cucu lelakinya itu dipegang. Perlahan, Zafriel mendongak memandang nendanya.

"Kadang, kamu kena jadi kejam untuk dapatkan pembelaan, Zaf. Dalam semua hal, orang lain akan berlagak mereka adalah mangsa walaupun sebenarnya mereka adalah pesalah."ujar wanita itu dengan nada lembut.

Engku Ziemah terus berlalu ke dapur meninggalkan Zafriel tergamam di ruang makan.
...
Tangan Puan Ainun aku capai lalu aku kucup. Dari awal aku keluar dari kereta Myvi ku sampailah berjumpa ibuku itu, aku lihat riak muka terpesona ibu.

Mungkin dia terkejut kot bila tengok baju kurung berwarna maroon yang aku gayakan. Al-maklumlah, aku ni memang jarang pakai baju kurung ni sebab bagi aku fesyen nya sangatlah ketinggalan zaman. Last aku pakai baju kurung adalah semasa aku tingkatan 5, itupun selepas dipaksa ibu.

Sebenarnya, aku pakai baju kurung ni sebab nak limdungi perut aku yang sudah nampak buncitnya itu. Yurp, buat masa sekarang ahli keluarga aku tak perlu tahu fasal kehamilan aku. Cukuplah selama ini aku buat ibu dengan abah bersedih, aku taknak berita kehamilan aku menambahkan lagi kesedihan mereka berdua.

"Aih, manisnya anak ibu pakai baju kurung. Mimpi apa ni sampai terpakai baju kurung pula anak ibu petang ni?"seloroh ibu mengusik aku.

Beg roda aku tarik memasuki rumah. Langkahku menuruti ibu masuk ke dalam rumah. Rindu betul rumah, rasanya dah lama juga aku tak balik rumah ibu abah.

"Ibu ni, biasalah.. Iesya kan suka cari citarasa berbeza. Erm.. abah mana? Tak menyambut Iesya pun kan?!" soalku sudah meliar mencari kelibat abahku yang tercinta.

Puan Ainun hanya menyungging senyum kelat. Pinggangku dipeluknya membawa aku ke ruang tamu.

"Abah kamu itu masih kat pejabat lagi. Mungkin dalam pukul 10 nanti, dia balik." jawab ibu. Aku dimintanya untuk duduk.

Aku turuti arahan ibu. Sebuah anggukan aku berikan. "Fatihah?"

"Adik kamu itu ada aje dalam bilik. Entah apalah yang dia buat pun, ibu tak tahulah. Katanya ada kerja sikit." beritahu ibu.

"Bergayut lah itu, ibu. Macam lah ibu tak tahu anak ibu itu macam mana?" sengaja aku perli belakang. Biar tersedak terus si Fatihah itu dalam ibu.

Kata-kataku itu mengundang tawa ibu. Bila lihat ibu tertawa macam itu, entah kenapa rasa ringan pula beban dalam hati ini. Betullah, senyum tawa seorang ibu adalah pengubat masalah anak-anaknya.

Azan fardhu Isyak berkumandang kuat di corong speaker surau berhampiran kawasan perumahan kami. Untuk seketika, aku diam menghormati azan. Begitu juga dengan ibu.

"Ibu nak solat dululah, Iesya. Kamu nak ikut ibu sekali ke?"soal Puan Ainun sudah bangun dari duduknya.

Aku ketap bibir. Sebuah gelengan aku berikan sebagai jawapan. "Erm.. tak apalah. Ibu solatlah dulu. Nanti, Iesya solat." hmm.. entah bilalah nanti aku itu agaknya?

Sudah lama rasanya aku tinggalkan solat fardhu. Rasanya kali terakhir aku solat pun tahun lepas, solat raya. Itupun, sebab Farah yang ajak. Lepas solat raya, aku upload gambar dalam instagram. Tulis caption 'Done Solat Raya'. Padahal baru rakaat kedua, aku dah cabut. Panas. Hmm.. bila membayangkan itu, aku rasa seperti seorang munafik pula.

Ibu mengeluh perlahan. Rasanya, ibu fahamlah itu. Bahuku ditepuknya sebelum dia berlalu memanjat tangga.

Baru sahaja aku mahu mencapai remote control, aku terpaku pada akhbar. Akhbar semalam. Terus aku capai lalu aku belek. Huh.. nampak nya ibu pun tahu fasal berita ni.

Aku mengeluh lemah. Entah apalah reaksi ibu dan abah bila baca isi tajuknya. Mesti mereka terasa.. ya, tersangatlah terasa. Aku anak mereka yang mereka didik dari kecil. Bila cerita buruk fasal aku keluar, automatik orang akan salahkan mereka.

Tak gunanya aku. Yurp..
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now