BAB 13

30K 919 30
                                    

Masuk kali ini, ini sudah kali ke-5 aku ulang alik dari tandas ke bilik. Urgh!! Tekakku maaih tidak hilang loyanya. Malah, makin menyesakkanku. Aku mengeluh kecil.

Dalam langkah lemah, aku bergerak ke katil semula. Perutku yang terasa sakit aku pegang. Kepalaku yang masih gamak sakitnya aku urut perlahan. Apalah jadi pada aku sekarang ni?

Semenjak dua menjak ni, loya ini rajin pula datang. Aku rasa pagi tadi, aku makan buah aje. Takkanlah buah pun ada tarikh luput. Adalah aku bedal Kuew Tiew goreng kerang yang aku beli dekat restoran kegemaran aku. Tapi.. takkanlah semata-mata sebab itu? Means, aku selalu aje order kuew tiew goreng kerang sebelum ni. Sihat Walafiat aje. Tak adalah muntah-muntah ke apa semua..

Entah kenapa, aku mulai rasa diterpa hairan. Kalau kekadang tak apalah juga. Ini..tidak. Selalu sangat aku loya lepas itu, pening kepala. Hello, aku tak selemah ini okey?!

Telefon pintarku jenama iPhone aku capai lalu carian google aku tekan. Aku taip 'mual dan sakit kepala'. Perkara pertama yang berada dalam carian adalah 'Simptom-simptom awal kehamilan.'.Tergamam aku dibuatnya.

Tidak menunggu masa yang lama, carian itu aku tekan. Setiap satu persatu simptom kehamilan yang terpapar aku baca dan fahamkan betul-betul. Serta-merta, aku terpaku..

Hampir kesemua simptom itu aku alami. Aku pun sudah dua bulan tidak datang bulan. Tak mungkin lah?! Tak-tak mungkin aku mengandung!!!

Perutku yang masih kempis aku pegang. Perasaanku berubah resah serta-merta. Peluh renek membasahi ubun kepalaku. Kalutku waktu itu hanya Tuhan saja yang tahu. Siapa tak risau kalau ada nyawa yang hidup dalam rahimnya.

Aku sudah ketap bibir. Nafas yang tidak teratur, aku atur tenang. Yurp, buat masa sekarang aku cuma perlu tenangkan fikiran. urgh!!! Macam mana nak tenang sekaran?!

Kalau betullah ak-aku mengandung sekarang jadi maknanya anak yang aku kandungkan ni.. a-anak aku dengan Zafriel. Hampir terlopong aku dibuatnya. Tak-tak mungkin?!! Terus aku gelengkan kepala. No-no way!!! Aku dengan Zafriel belum pernah..

Kali ini, aku rasa bodoh. Argh!! Macam mana aku boleh lupa malam itu, malam dimana aku jadi perempuan paling bodoh di dunia? Hah, kenapa aku boleh sampai terlupa yang aku sudah serahkan segalanya pada Zafriel malam itu. Malam dimana aku jatuh dalam godaannya.

"No, no, no!!! Nope. Aku tak mungkin mengandung! No, aku takkan mungkin mengandungkan anak Zafriel!!!"laungku resah. Rambutku sudah aku ramas seperti orang hilang akal.

Aku bangun dari katil. Ke hulur ke hilir aku mundar mandir. Kukuku  sudah aku gigit kecil. Cara paling buatkan kegusaranku redha 0.1% untuk masa sekarang ni.

Kepalaku sudah mencanang idea. Patut ke aku jumpa doktor untuk sahkan semua ni tapi.. aku takut! Aku takut kalau scan-scan, nampak benih. Aku tak sanggup nak tengok semua itu!

Cara simple yang tak perlukan doktor atau sesiapa untuk sahkan kehamilan aku. Alat penguji kehamilan. Yurp!!! Aku kena dapatkan benda itu, sekarang juga!

Segera aku capai kunci kereta lalu aku menyambar beg tanganku. Aku nak pergi farmasi berdekatan beli benda alah itu. Selagi berteka-teki macam ni, hati aku jadi tak tenang!
...
Cincin perak yang terselit di jari manisnya ditilik dengan senyuman lebar yang tak lekang di bibir. Akhirnya, setelah hampir empat tahun dia mengejar cinta Zafriel.. dia berjaya memiliki lelaki itu.

Tak semena-mena cincin itu dikucupnya lembut. Sukanya dia pada cincin itu sampaikan berat hatinya mahu lepaskan cincin keramat itu. Kalau boleh, dia mahu cincin itu terus ada terselit di jari manisnya. Itu saja dia mahukan.

Sekurang-kurangnya kalau Zafriel tiada di sisi, cincin itu ada sebagai peneman. Tak kisahlah cuma cincin tunang pun, tapi.. itu susah cukup buatkan Kartini angau tiap malam.

Tak lama lagi, dia bakal memiliki, Zafriel. Hanya tinggal dua bulan saja lagi, dia bakal sah menjadi isteri kepada lelaki itu. Huh, seronoknya tak mampu dia ungkapkan melalui kata-kata.

"Haih, tersenyum seorang nampak nya anak mama ni. Teringatkan fiance dia lah itu." galak Puan Faridah menyakat anak tunggalnya itu.

Kartini yang mendengar bicara Puan Faridah sudah tersengih kerang. Bahu mamanya itu disandarkan kepalanya.

"Seronok ma. Akhirnya, Tini akan kahwin dengan abang Zaf." ujar Kartini masih bermain dengan cincin pertunangannya itu.

Puan Faridah mengangguk perlahan. Ubun kepala Kartini dibelainya lembut.Sayangnya dia pada gadis itu, sampai apa kehendak Kartini diturutinya. Al-maklumlah, Kartini satu-satunya anak tunggal yang dia miliki. Tak ada yang lain.

"Mama gembira kalau tengok Tini gembira. Nanti, sekali sekala kamu ajaklah Zaf makan sekali dengan kita."ujar Puan Faridah.

Kartini menganggukkan kepala. "Tengoklah macam mana, ma. Abang Zaf sejak kebelakangan ni sibuk dengan business cafenya itu, tak menyempat. Kasihan Tini tengok dia."ujar gadis itu dengan nada manja.

"Biasalah, orang business kan? Selepas kamu jadi isteri dia, kamu kena cuba faham Zaf tu macam mana. Mama nak ingatkan kamu, lelaki ini tak suka didesak." tegur Puan Faridah sedikit memberi peringatan pada Kartini.

Kartini mengangkat kepalanya. Wajah Puan Faridah ditatapnya dengan dahi berkerut.

"Kenapa pula, ma? Even dia tak ada masa untuk kita pun, kita tak boleh nak desak dia ke, ma?" soal Kartini ingin tahu. Owh..

"Biasalah. Bagi diorang, apa yang diorang miliki semuanya privasi. Walaupun masa, itu penting untuk diorang. Nanti bila Tini dah jadi isteri Zaf, Tini tahulah nanti.." ujar Puan Faridah dengan senyuman nipis terukir di birai bibirnya.

"Maybe, sebab itulah abang Zaf ceraikan Qaliesya itu. Dia mendesak.."tak semena-mena nama Qaliesya disebut oleh Kartini spontan.

Puan Faridah berkerut dahi. Sudah lama rasanya dia tak mendengar nama gadis itu. Nama gadis yang pernah menjadi isteri kepada Engku Zafriel Syeikh.

"Hmm.. bila kamu sebut fasal dia, baru mama ingat. Yurp, maybe. Kamu pun tahu Qaliesya tu macam mana. Cara pakaian dia, gaya dia.. tak kena dengan apa yang Zafriel mahukan. Zaf itu kan beragama sedikit, mungkin sebab itu dia ceraikan Qaliesya.." ujar Puan Faridah memberi pendapat.

Bukan dia tak tahu Qaliesya tu perangainya macam mana. Teruk! Yurp, hanya perkataan itu layak untuk dia hamburkan pada perangai dan gaya Qaliesya. Dengan tak menutup auratnya, tak jaga batasnya.. bukan seorang perempuan yang sesuai untuk digandingkan dengan Engku Zafriel Syeikh.

Bila dengar mamanya memerli Qaliesya, bibir Kartini menguntum senyum sinis.

"Itulah namanya perempuan tak sedar diri,ma. Rasa diri itu bagus padahal zero.."tuturnya dengan sinis.
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now