BAB 45

35.4K 835 10
                                    

Pintu rumah dihempas dari luar menyebabkan Zulaikha yang ketika itu sedang leka mengemas ruang tamu turut sama terkejut. Dia yang ketika itu sedang leka menyusun barang di kabinet tv terus memusingkan kepalanya ke belakang.

Wajah agresif Thaqif dipandangnya. Lelaki itu pula pantas mengorak langkah merapati Zulaikha. Tergamam Zulaikha dibuatnya. Apalagi silapnya? Di mana lagi salahnya?

"Bangun, cepat!"suara lantang Thaqif memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

Zulaikha yang masih duduk simpuh terus ditarik tangannya kasar. Terkebil-kebil Zulaikha mahu berdiri. Tubuh Zulaikha kemudiannya ditolak merapati dinding. Tergamam Zulaikha bila diperlakukan seperti itu.

"Kau ni tak habis-habis nak buat masalah dengan aku! Kau cerita apa aje hah pada mama sampai mama perli aku ni tak berguna?!" gertak Thaqif dalam nada geram.

Mana taknya, tadi pagi dia sempat menyinggah ke rumah bondanya. Awalnya, dia ingat nak menetap sehari dua tapi tiba-tiba sahaja bondanya ungkit tanggungjawab suami dan dosa seorang suami menganiaya perasaan isterinya. Kerana itu, Thaqif menduga Zulaikha buka cerita kisah rumah-tangga mereka pada bondanya.

Tergamam Zulaikha dibuatnya. Anak mata Thaqif yang mencerlung tajam anak matanya dipandang redup. Terlihat jelas sinar kebencian di mata lelaki itu.

"Sa-saya tak cerita apa-apa pun pada mama awak. Saya tak tipu!" Zulaikha mulai membela diri. Yurp, dia langsung tak pernah menjaja cerita hidupnya pada orang walaupun pada orang tua nya sekalipun.

Thaqif kacip gigi menahan geram. Tangannya terus mencengakam dagu Zulaikha kasar. Dia percaya Zulaikha tipu. Tak mungkin mamanya tanpa sengaja buka cerita itu,  betul tak? Mesti ada sumber yang mendorong mamanya buka cerita fasal suami bagai itu..

"Penipu! Kau jangan nak kelentong aku lah, perempuan! Aku tak bodoh macam kau.." hina Thaqif dalam nada geram.

Zulaikha hanya mampu menangis. Air matanya berbirai membasahi pipinya. Keadaan itu sedikit sebanyak menyesakkan tubuh Zulaikha. Beberapa kali Zulaikha meronta minta dijauhkan namun Thaqif masih begitu. Langsung tak berganjak.

"Saya tak tipu.. Saya tak pernah buka cerita perkahwinan saya pada orang. Abang percayalah Zu. Zu takkan sesekali buat benda itu." ujarnya menagih simpati.

Berharap ada sekelumit rasa percaya dalam jiwa Thaqif untuknya. Namun sayang, rasanya sekelumit pun tiada untuk Zulaikha. Bila benci menguasai, rasa percaya itu makin terkubur.

"Penipu! Huh, lantak kaulah nak buat apapun. Hmm.. kalau sekali lagi aku dengar mama hina aku macam itu, aku takkan teragak-agak halau kau dari rumah ni!" ugut Thaqif. Wajah Zulaikha ditolaknya kasar.

Air mata Zulaikha yang berhamburan langsung tak menagih simpatinya. Hatinya sudah keras. Jiwanya sudah mampan dengan rasa belas pada gadis bernama Zulaikha itu.

Belum sempat Thaqif berura mahu memanjat tangga, Zulaikha menyeru lembut nama Thaqif. Tak semena- mena Thaqif mematikan langkahnya. Zulaikha yang masih tidak berganjak dari tempatnya langsung tak dipandang.

"Abang, kalau abang tak sukakan saya, kenapa abang tak ceraikan saya?" soal Zulaikha diselangi sendu.

Di belakang, Thaqif tersengih sinis. Yurp, soalan Zulaikha berjaya terbitkan rasa lucu dalam hatinya. Wajah gadis itu dipandangnya.

"Kenapa? Kau dah tak tahan nak hidup satu bumbung dengan aku ke? Kau dah tak sanggup?" soal Thaqif dalam nada sinis.

Tergamam Zulaikha bila mendengar butir bicara Thaqif. Gelagat Thaqif sangat tidak waras.

Zulaikha ketap bibir. Wajah suaminya itu dipandang dalam sebelum air matanya yang tadi kering kembali berair. Tipulah kalau dia kata rasa cinta nya pada lelaki itu tak pernah ada. Bila kenal Thaqif, hatinya belajar untuk mengenali siapakah gerangan lelaki itu.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora