"Nanti kita jumpa lagi." ujarku. Dia mengangguk. Aku memeluk sahabat lamaku yang sudah sekian lama tidak berjumpa. Hanya kerana satu peristiwa. Kami terpaksa bertukar haluan dan terpisah.

Liana yang sedar akan kehadiran Syahmi terus bertukar terkejut. Tubuhnya mengeras.

"Tahniah Liana!" ucap Syahmi. Mayleen juga mengucapkan tahniah.

"Syahmi.." Liana mula mengatakan sesuatu.

"Kahwin tak cakap eh? Terkejut aku. Hahaha." cantas Syahmi. Kemudian pura-pura ketawa.

Liana hanya melihat wajah Syahmi. Wajahnya itu buatkan aku tersedar. Mustahil Liana masih ada perasaan pada Syahmi sedangkan dia sudah menjadi isteri kepada lelaki lain. Ah, tak mungkinlah.

"Apa ni Syamil. Awak nak kahwin tak khabar kat saya pun." ujarku pada Syamil yang baru saja selesai menyambut tetamu lain.

Dia hanya sengih sambil menggaru kepalanya.

"Maaflah, Arfah.. Bukan nak berahsia, tapi.. surprise! Hahaha." Syamil mula dengan guraunnya.

Aku juga ketawa.

"Saya harap awak gembira dan dapat bahagiakan kawan saya Liana.." ujarku.

Syamil mengangguk.

Kami bersalam dengan keluarga kepada dua-dua belah pasangan. Mereka hanya senyum pada kami. Tangan ibu kepada Darius aku cium. Wanita itu memandang aku. Aku hanya senyum dan dia tidak membalasnya. Wajahnya kosong seperti tidak tahu mahu bereaksi seperti apa.

Aku berdiri di tengah-tengah dewan menunggu Syahmi dan Mayleen yang entah ke mana hilangnya. Liana dan Syamil masih melayan tetamu yang hadir. Keluarganya berada diluar sedang menjemput tetamu. Tetapi aku tidak nampak dia. Adakah aku silap lihat? Atau dia hanya bayangan imaginasiku?

Tanganku disambar seseorang. Menarikku bersama dia keluar daripada dewan besar ini. Jantungku laju berdetak melihat orang yang menarikku.

"Darius." aku menyebut namanya. Tetapi dia tidak membalas apa-apa dan terus menarikku. Aku hanya mengikutinya sehingga ke tempat letak kereta.

Aku menarik semula tanganku.

Kami bertentang mata sebelum aku memulakan kata.

"Kau nak apa??" marahku.

"Aku nak jumpa kau." jawab Darius. Wajahnya yang tegang tadi berubah redup.

"Untuk apa?" soalku sinis.

"Sebab aku rindu kau." balas Darius.

Aku diam. Dan masih memandang wajahnya.

"Kita bukannya ada apa-apa." ujarku.

Darius tersentak.

"And aku nak minta maaf. Sebab tak datang malam tu." ujarku seraya berjalan untuk pergi. Tetapi Darius menghalang.

"Aku pergi rumah kau. Tapi kau takda." ujar Darius.

Aku mengeluh.

"Kitorang dah pindah. Aku sekarang duduk dengan Mayleen dekat rumah sewa. And kau lambat." ujarku.

Wajah Darius berubah.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now