#30

4.7K 300 3
                                    

BUNYI petikan jari menyedarkan aku daripada lamunan. Aku memandang orang di hadapan aku. Hampir saja aku tersedak apabila melihat wajah Darius yang tiba-tiba saja muncul di hadapan.

"Kau buat apa kat sini?" soalku. Tapi bila sedar dengan soalan bodohku itu, terasa bodoh pula. Sebab ini kan pejabat ayah dia. Tak peliklah kenapa dia ada dekat sini, kan?

"Saja. Lama tak jumpa kau. So, aku datang sini." jawab Darius seraya duduk di bangku di hadapanku. Aku hanya duduk di atas tong ais berwarna oren. Tidak bergerak kerana malas.

"Ouh, tapi kan. Macam mana kau tahu aku part time dekat sini?" soalku lagi. Takkan dia tanya mama?

"Aku yang dapatkan kau kerja ni. Mestilah aku tahu." jawab Darius.

Hah?

"Oh sebab kau lah ni mama aku paksa aku kerja sini." rungutku. Masih ingat lagi perbalahan aku bersama mama lima hari yang lepas. Waktu itu aku sudah minta kerja di kedai roti berdekatan sekolah. Tapi mama bertegas nak aku kerja di kafe pejabat dia.

"Eh hahahaha. Aku cadangkan je. Tak sangka pula yang mak kau paksa." ujar Darius.

Suasana diam. Dan aku kembali di dalam lamunanku. Air milo kotak yang sudah habis masih aku sedut. Straw yang sudah digigit-gigit itu aku keluarkan daripada mulut. Aku menghela nafas.

"Kau ada masalah ke? Ouh, kena marah dengan bos lah tu en?" soal Darius.

Aku memandang dia. Lama, untuk beberapa detik. Kemudin aku bangun dan menapak ke dapur. Barang-barangku dimasukkan ke dalam beg lalu aku mencabut apron yang tersangkut pada tubuh.

Apabila mata melihat mesej yang dihantar oleh mama beberapa minit lepas, aku terus bergerak keluar. Aku berjalan pergi meninggalkan Darius bagaikan dia tiada disitu.

Aku nampak dia bangun untuk mengejar langkahku. Tetapi aku masih tidak berhenti. Terasa tangan disambar seseorang cepat-cepat aku tepis kasar. Aku memandang wajah Darius yang terkejut dengan tindakanku.

Nafasku turun naik.

"Arfah, aku ada buat salah ke?" soal Darius.

"Aku nak balik. Mama dah tunggu." ujarku lantas membetulkan tali begku yang hampir terjatuh daripada bahu.

"Bagitahulah aku so aku tahu apa salah aku." kata Darius.

Aku pandang wajah dia.

"Lain kalilah. Aku penat ni." balasku seraya melangkah pergi.

Sampai saja dirumah, aku mencampak beg kecilku lalu mengehempaskan tubuhku di atas sofa. Mataku dipejam rapat. Iya, aku penat. Cukuplah hari ini.

"Nanti malam mama nak jumpa kawan mama dekat luar. Arfah nak ikut ke apa?" soal mama di dapur yang sedang meneguk segelas air masak.

Mata yang dipejam dibuka semula. Aku bangun dari baringku.

"Takpelah ma. Arfah nak tidur kot malam ni. Kalau lapar Arfah beli kat luar je nanti." balasku.

Mama tidak menjawab. Dia hanya mengangguk lalu naik ke atas. Aku melihat jam di dinding. Sudah pukul 5 petang. Beg aku ambil lalu naik ke bilik untuk mandi.

Usai membersihkan diri, telefon bimbit terus aku cari. Sejak daripada aku di dalam bilik mandi lagi ia sudah berdering. Tetapi hanya sekali sebelum panggilan itu mati. Entah siapa yang telefon pun aku tak tahu.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now