#8

6K 384 29
                                    

ALAT kawalan jauh televisyen aku ambil untuk menukar siaran. Daripada ruang tamu saja aku sudah dapat hidu masakan mama di dapur. Bukan aku tidak tolong ya. Kalau aku tolong, boleh rosak masakan mama tu. Sebab aku tak pandai masak.

Jadi aku hanya tolong mengemas dan menyediakan apa yang patut. Oh! Aku ada bakar brownies. Tahu-tahulah brownies yang aku buat tu semua orang tergila-gilakan. Termasuklah Liana dan Adrian.

Suasana rumah agak bising dengan suara tetamu mama. Mereka mesti kawan pejabat yang mama katakan. Aku melihat jam. Sudah jam lapan setengah malam. Aku sudah jemput yang lain di group whatsapp. Katanya on the way.

Loceng rumah berbunyi. Cepat-cepat aku bangun dan berjalan ke pintu. Buka saja pintu, orang pertama yang aku lihat ialah Syahmi. Kemudian kelibat Adrian muncul dibelakang. Dia memakai baju melayu berwarna putih. Aku hanya memandang Adrian yang sedang berjalan tanpa mempedulikan Syahmi yang masih berdiri di muka pintu.

Indahnya ciptaan tuhan.

"Sorry Arfah. Lambat sikit, aku baru balik dari masjid ni." kata Adrian. Allahuakbar. Kau teguhkanlah iman aku Ya Allah.

"Liana mana?" soalku pada Adrian. Ingatkan diorang datang sama-sama.

"Parents dia hantarkan." jawab Adrian.

Tanpa membuang masa, aku menjemput mereka berdua untuk masuk. Mereka bersalam dengan mama yang sedang bersembang dengan tetamunya. Laju saja si Syahmi ke meja makan untuk melihat makanan. Dasar pelahap.

Aku kembali ke muka pintu sebaik saja mendengar suara Liana memberi salam.

"Lambat kau sampai." ujarku. Aku menjemputnya masuk.

"Ada masalah sikit tadi masa nak convince ibu aku." balas Liana. Dah agak dah. Bukan senang Liana nak pujuk ibunya untuk keluar malam.

Usai melahap makanan, kami duduk di ruang tamu selepas semua kawan pejabat ibu sudah pulang. Aku menghidangkan brownies di atas meja di hadapan televisyen itu.

Mama yang dari dapur membawa lasagna yang baharu di ruang tamu tempat kami duduk. Yang tadi sudah habis dikerjakan kawan pejabat mama.

"Tadi dah makan nasi, nah rasa lasagna makcik buat." ujar mama.

"Aik, bukan Arfah ke yang buat?" soal Syahmi. Aduh! Kantoi.

Mama memandangku pelik. Aku hanya tersengih sambil menggaru kepala.

"Kalau Arfah yang buat, mungkin dah hitam lasagna ni. Dia ni cuma tahu bakar kek je. Masak-masak macam ni.. rentung juga dapur makcik nanti." cerita mama.

"Amboi, mengumpat depan-depan ya mama." celahku. Malu habis apabila mereka gelak dengan cerita mama. Kantoi sudah yang aku ni tak reti masak.

"Awek kau tak ikut ke?" soal Syahmi pada Adrian. Aku yang sejak tadi memandang pintu terus beralih pada Adrian.

"Tak, sebab petang tadi dia dah gerak balik kampung dengan family dia." jawab Adrian. Ouh..

Mataku kembali pada muka pintu yang masih terbuka. Kemudian memandang jam. Hampir jam sepuluh malam. Tapi dia tak datang-datang.

"Kau tunggu siapa Arfah?" soal Liana.

"Tunggu crush dia ler.." Adrian yang tolong jawabkan.

"Darius tak ada cakap ke yang dia nak datang?" soalku pada Adrian yang sedang meneguk air laici.

"Tadi petang aku ada text dia, tapi tak balas. Baca pun tak rasanya." jawabnya.

Aku hanya mengeluh.

[C] Hate Or LoveNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ