#36

4.3K 302 16
                                    

BUNYI suara orang berbisik kedengaran di telinga. Suara yang aku kenal. Tetapi tidak dapat ku ingat siapa. Suara itu makin jauh dan tidak lagi kedengaran.

Kelopak mataku dibuka perlahan. Nafasku tercungap-cungap. Aku dapat merasakan peluhku mengalir di dahi. Aku bangun dari baringku. Cuba mengingati apa yang sedang berlaku. Atau apa yang telah berlaku.

Air mata jatuh tanpa aku sedar. Aku memeluk tubuhku. Tanganku meraba sekeliling untuk mencari telefon bimbit. Tetapi tiada. Pasti ada dibilikku. Kaki diturunkan daripada sofa.

"Argh," dahiku berkerut manahan sakit.

❀❩

BILIK tidur itu digeledah. Satu-persatu barang dikeluarkan daripada kotak. Matanya melihat sekeliling. Terasa seperti ada barangnya yang tidak cukup. Tapi dia masih ingat yang kotak itu dimasukkan sekali di dalam kereta pagi semalam.

"Argh! Stressnya!" jerit Darius lantas kotak itu disepaknya.

Rambutnya kusut seperti kotak fikirannya yang juga semak dengan masalah. Dia membuka matanya apabila tersedar sesuatu.

Darius bangun lantas keluar daripada bilik. Orang tuanya dicari. Tetapi tiada. Dia melihat Syamil yang sedang menyiapkan tugasannya di ruang tamu.

"Mama mana?" soal Darius.

Syamil berhenti menaip.

"Dekat bilik rasanya." jawab Syamil.

Darius menapak ke bilik mamanya. Pintu dibuka tanpa diketuk. Dia melihat mamanya yang sedang menelefon orang.

"Mana barang Darius??" soal Darius.

Wanita itu mematikan panggilan.

"Barang apa?" soalnya.

"Kotak Darius yang ada barang-barang lama." jawab Darius.

"Ouh.. mama tinggalkan dekat rumah."

Nafas lelaki itu turun naik. Geram akan tindakan mamanya.

"Siapa suruh mama tinggalkan? Darius dah masukkan dalam kereta kan haritu?" soal Darius. Dia masih cuba untuk tenangkan diri.

Wanita itu bangun dari duduknya. Dia mendekatkan diri dengan anak lelakinya itu.

"I told you. Lupakan kawan-kawan dekat sana. Susah sangat ke?" soal mamanya. Wajah wanita itu sudah berubah. Nadanya juga sudah dingin.

Darius memandang wajah wanita dihadapannya itu. Pandangan yang penuh rasa benci.

Mungkin dia lupa. Dia juga sudah bersetuju dengan mamanya yang dia akan lupakan mereka disana. Tapi mampukah? Adakah aku perlu mungkir janjiku sekali lagi?

❀❩

KESEMUA buku sudah habis dibaca. Novel itu aku letak disisiku. Mataku dipejam lama sebelum telinga mendengar ketukan pintu.

Mama datang pada aku membawa segelas air. Kemudian duduk di sebelahku. Wajah lesuku itu ditenung. Mata mama seperti mahu mengatakan sesuatu.

Tanganku dipegang erat.

"Mama minta maaf.." ujar mama. Serentak itu air matanya jatuh. Mama memandang aku dengan penuh rasa bersalah dan simpati.

Kolam mataku mula bertakung.

"Kalau mama ada kat rumah malam tu mesti Arfah tak macam ni." ujar mama lagi. Tetapi aku masih tidak berkata apa-apa. Air mataku sudah mengalir di pipi.

Tubuh orang tuaku itu aku peluk. Aku tidak mahu mama rasa bersalah lagi. Aku tidak suka.

"Arfah lupakan perkara tu ye? Mama dekat sini dengan Arfah.. Janganlah duduk dalam bilik ni lama-lama lagi. Mama rindu Arfah.." ujar mama. Aku hanya mengangguk perlahan lalu memeluk mama erat.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now