CRUSH 20•

21.7K 727 30
                                    


Jantung Fakrul berdegup laju dan berlari sekuat mungkin.
Tubuh Puan Zana dan Encik Fahmi di hadapan wad kecemasan dihampiri.

"Ibu, kenapa? Macam mana Fara?"

"Fakrul, Fara —"

"Keluarga pesakit?"seorang doktor melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Ya saya ayah dia."

"Maafkan saya, kami dah cuba untuk selamatkan dia.Tapi Allah lebih sayangkan dia.Hasil pemeriksaan kami, koyakkan di alat sulit anak tuan dan puan jelas menunjukkan dia dirogol bergilir-gilir dan ditusuk dengan benda yang sangat tajam."

"Ini menyebabkan pendarahan yang banyak sangat berlaku.Maafkan saya."

"Kalau tuan dan puan nak buat report boleh ikut saya.Saya akan—"

"Tak perlu, saya uruskan sendiri."kata Encik Fahmi.

"Allahuakbar anak ibu."Puan Zana melorot jatuh menangis teresak-esak.Fakrul yang masih terkedu itu terdiam.

"Ayah, kita kena bu-"

"Tak perlu Fakrul."

"Apa yang ayah mengarut ni?!"bentak Fakrul.

"Kita ada nama yang kena jaga.Kita kena rahsiakan perkara ni jangan bagitahu sesiapa.Syarikat kita tengah naik, ayah tak nak disebabkan perkara ni kita jatuh."

"Ayah!!"

"Rul tak kira, rul nak buat report !"

"Buat lah kalau nak kena halau rumah. Selama ni kamu hidup aku yang tanggung."amaran dari Encik Fahim membuatkan Fakrul terdiam.

Adik.

Pantas kakinya menuju ke bilik.Laptop di atas katil dibuka lalu mula memeriksa kamera CCTV yang diletakkan berhadapan dengan rumah.

"Jantan tak guna.."bisik Fakrul apabila melihat rakaman yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan Fara dihadapan pintu pagar.

Tangannya mengepal penumbuk.Jantan tak guna.
Kau tunggu aku akan pastikan hidup kau takkan bahagia.

Majlis pengebumian Fara berjalan dengan lancar.Encik Fahmi memberitahu bahawa Fara terlibat dengan kemalangan jalan raya sehinggakan meragut nyawa.

Farran dan Hazim mengambil tempat bersebelahan dengan Fakrul.

"Sabar rul."kata Hazim.

"Ujian rul, ingat ujian."

"Adik aku Farran, adik aku kena rogol sampai mati."kata Fakrul perlahan.Matanya penuh dengan dendam.

"Jangan risau, esok kita pergi cari mamat tu sama-sama."kata Hazim.

"Terima kasih korang."



"Astagfirullahalazim.. macam mana dengan Puan Zana?"

"Macam tu lah mama, masih menangis tak dapat terima lagi."kata Hazim.

"Kenapa ni?"soal Hasya yang baru turun ke ruang tamu.

"Adik Fakrul, Fara. Mati kena rogol tapi jangan bising sebab Encik Fahim rahsiakan perkara yang sebenar ni."

Hasya yang mendengar itu tersenyum sinis.

"Baguslah."gumamnya perlahan lalu berlalu ke dapur untuk meneguk susu putih.

Kejadian enam tahun lepas masih segar di dalam ingatannya semasa Fakrul mengerjakan tubuhnya.Dia sudah berjanji dan bersumpah yang Fakrul takkan hidup bahagia sampai bila-bila.

"Karma is real. Padan muka, baru kau tahu macam mana erti kehilangan."

"Aku takkan maafkan rul, takkan maafkan kau."

Nah ambik sikit je eh.
Next, kita tengok siapa jahat siapa baik. Boom!

You Are My CrushWhere stories live. Discover now