CRUSH 19•

21.6K 735 69
                                    


6 tahun kemudian..

Hazim membuka boot kereta lalu mengeluarkan empat bagasi.

"Hasya, bawa masuk semua ni.Abang nak pergi market kejap cari bahan masak malam ni."

"Baik abang."

"Hazim, nah senarai barang mama dah tuliskan semuanya."kata Puan Hani.Walaupun umur sudah mencecah angka 5 dan hampir ke angka 6 dia tetap kuat dan wajah masih tegang persis anak dara.

"Hasya nak makan apa malam ni? Mama nak masak."

"Masak je apa-apa, Hasya telan semua."kata Hasya tersengih kecil.

"Baik sayang."

  Hazim mencari bahan yang sudah ditulis di dalam sekeping kertas.Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ha sudah, ada ke lobak hijau?"

"Bukan ke lobak merah je ada?"dia mencapai lobak merah lalu dilempar masuk ke dalam troli.

"Mama ni, mana ada lobak hijau."cebik Hazim.

Bahunya dirempuh dari tepi dengan troli.Dia melihat wajah gerangan yang memakai baju kemeja dan bertali leher kemas.

"Fakrul?"

"Hazim!"

"Weh, lama siot tak jumpa kau!"kata Fakrul memeluk erat sahabatnya.Hazim tersenyum kecil.

"Makin handsome eh sekarang?"

"Aku terlepas sesuatu ke ni?"soal seseorang.Mereka berdua menoleh ke kanan melihat Farran sedang memegang bakul.

"Memang berjanji reunion dalam giant ke?"soal Farran.Serentak mereka bertiga ketawa.

"Kau banyak hutang dengan kita orang.Sumpah banyak."kata Farran ke arah Hazim.

"Aku tahu, nanti kejaplah tunggu aku belikan barang mama kita lepak okey?"

"Okey!"

Jus oren dihadapannya disedut.Dia memandang wajah Farran dan Fakrul yang menanti jawapannya.

"Ya lah-ya lah.Aku balik kampung nenek aku."

"6 tahun?!"soal Farran.

"Sebenarnya.."Hazim menarik nafas panjang.

"Hasya kena rogol."riak wajah Fakrul berubah.Dia mengerling Farran dan Hazim dihadapannya.

"Biar betul?!"soalnya cuba berdalih.

"Hm sejak kejadian tu, kita orang ambil keputusan untuk bawa Hasya ke kampung."Farran hanya mendiamkan diri memandang wajah Fakrul disebelahnya.

"Aku kesian dekat dia."

"Kau tak buat report?"soal Farran.Hazim menggeleng.

"Tak ada bukti."

"Aku tahu dia kena rogol tiga hari selepas tu.Kalau aku tahu dia kena rogol dah lama aku cari jantan tak guna tu dekat U juga!"

"Perogol tu budak U juga ke?"Hazim mengangguk.

"Siapa?"

"Tak kenal, Hasya tak bagitahu."Farran dan Hazim serentak memandang Fakrul yang menghembuskan nafas lega.

"Kau kenapa?"soal Hazim.

"Aku nak berak."Fakrul tersengih.

"Macam-macam lah kau ni rul, habistu Hasya macam mana sekarang?"soal Farran.

"Dia okey sikit tapi masih trauma dengan lelaki dengan aku pun kadang-kadang dia meracau."

"Masa balik kampung dulu, dia okey kejap.Lepas seminggu, ada budak kampung dua tiga orang kacau dia."

"Hari-hari datang melepak dengan aku.Aku ingatkan nak berkawan apa nak rembat Hasya."

"Lepastu?"

"Dia kacau Hasya yang paling aku geram, dia skodeng Hasya mandi.Memang teruk aku belasah mamat tu."

"Lepastu?"soal Fakrul.Hatinya berdebar-debar mendengar cerita daripada Hazim.

"Hasya meracau teruk. Dia baling semua barang.Makan minum tak sentuh langsung selama tiga hari."

"Sumpah kalau aku dapat budak yang rosakkan adik aku tu, aku tumbuk sampai hancur muka dia.Aku geram wey sumpah aku geram."

"Kau masih tak dapat tahu siapa yang buat kerja tu?"soal Farran.

"Tak, Hasya tak nak buka mulut langsung."

Fakrul berdehem.
Jus epal dihadapannya disedut perlahan.Bagus, Hasya masih simpan rahsia ni dengan kemas.

"Fara!"tubuhnya ditarik oleh lelaki itu.

"Amir, kenapa?"soal Fara perlahan.

"Fara dah nak balik ke? Amir hantarkan nak tak?"

"Takpa, Fara boleh balik naik teksi."

"Abang Fara takda ke harini?"soal Amir.Fara menggeleng.

"Dia kerja."

"Jom lah Amir hantarkan, lagipun sejalan je rumah kita."kata Amir.

"Takpa, Fara nak balik dulu.Terima kasih, jumpa esok."

"Bye Fara."Amir menghantar pemergian gadis itu lalu meloloskan diri ke dalam kereta.

Fara yang sudah mencecah 21 tahun itu sangat cantik dan sudah mencuit hatinya.Dah lah cantik, sopan pula tu.

"Mana teksi ni?"Fara menggaru kepala yang tidak gatal.Jam sudah mencecah 2 petang.

Tiba-tiba tubuhnya ditarik ke belakang.Mulutnya ditekup dengan kain dan diheret masuk ke dalam kereta.

Puan Zana melangkah keluar menuju ke tong sampah di luar rumah.Kakinya terhenti apabila melihat Fara terbaring lemah di hadapan rumahnya dengan keadaan yang sungguh mengaibkan.

"F-fara sayang kenapa ni?"

"I-ibu.."

"S-sakit."bisik Fara perlahan sebelum tangan melorot jatuh ke bawah.

"Ya Allah, abang!"

You Are My CrushWhere stories live. Discover now