Enjin kereta dihidupkan. Kereta milik Avrin laju membelah jalan. Dia mencari kereta Range Rover bewarna putih agar mudah untuk menjejaki Aryan. Tiba-tiba iPhonenya berbunyi ringkas tanda whatsapp baru yang masuk. Avrin pantas mencapai iPhonenya.

Aku tak suruh kau keluar, tapi kau sendiri nak main game. Huhu
-unknown

Avrin menjadi takut selepas membaca whatsapp itu. Dia takut diburu dan dibunuh ! Where are you Aryan !!

Avrin takut untuk terus pulang ke rumahnya. Kereta dipandu menuju ke rumah Diana.

Pin.. Pin..!

Diana pantas keluar dari rumahnya. Dia terus membuka pagar untuk Avrin.

"Wei kau kenapa ni tiba-tiba datang rumah aku lewat malam macam ni ?", tanya Diana.

"Saja. Rindu. Aku tidur sini malam ni boleh tak ?", tanya Avrin selamba.

"Gila ke apa kau ni ?! Baju tak bawak pastu nak tidur rumah orang pulak", suara Diana jelas terkejut.

"Alah esok lepas subuh aku balik lah. Aku bosan lah duduk rumah tu. Alang-alang aku ada kat Malaysia ni, aku nak juga overnight kat rumah kau", tipu Avrin.

"Ha yelah yelah. Tapi aku tak boleh tidur lewat sangat. Esok aku kerja", kata Diana.

Avrin hanya mengangguk tanda faham. Rumah Diana menjadi mangsa kerana Diana seorang sahaja yang tinggal berseorangan manakala Arisa dan Zara masih tinggal dengan ibu bapa mereka. Diana lebih gemar hidup berdikari.

Jam sudah menganjak ke angka 3 pagi. Avrin masih belum mendapat apa-apa berita dari Aryan. Matanya langsung tidak mahu ditutup. Resah hatinya makin bertambah-tambah. Lama-lama dia pun terlena.

"Wei aku balik dulu lah" kata Avrin kepada Diana yang masih dibuai mimpi. Jam baru menunjukkan pukul 5.20 pagi.

"Emmmm", jawab Diana malas. Avrin terus mencapai kunci keretanya dan keluar dari rumah Diana. Dia memandang kiri dan kanan sebelum masuk ke dalam kereta. Risau-risau kalau ada orang yang mengekorinya.

Kereta dipandu laju.

Dia berniat untuk singgah ke 7-Eleven sebentar untuk membeli roti. Tiba-tiba perutnya berbunyi dengan kuat pula di pagi buta.

Setelah membayar roti yang dibeli. Avrin terus keluar dari kedai itu.

"Hi, Avrin anak Dato' Arfan", tegur suara garau itu.

Avrin pantas memandang ke arah suara itu. Mikael sedang bersandar di pintu kereta milik Avrin.

"Lapar ke pagi-pagi beli roti ni ?", tanya Mikael.

Avrin masih membatu. Seperti tidak percaya yang dia akan berjumpa dengan Mikael pada waktu sebegini.

"Kalau you lapar, i boleh kenyangkan. Nak ?", tanya Mikael. Tangan kirinya diusap-usap di celah kangkangnya.

Avrin tidak menjawab malah terus mengangkat kaki dan pecut dari situ.

Mikael terus mengejar Avrin yang berlari seperti baru lepas nampak hantu itu.

Avrin tidak tahu ingin lari ke arah mana. Dia kemudian laju menuju ke belakang lorong kedai yang gelap.

Ssupp !!

Tangan Avrin dipegang. Kuat.

"Argghhh !", Avrin menjerit sebelum dengan pantas Mikael menutup mulutnya. Kedua belah tangannya dipegang kuat oleh Mikael. Mikael menyandarkan Avrin ke dinding.

"Kenapa nak jerit-jerit ni ? Be a good girl, boleh ?", tanya Mikael lembut.

Avrin langsung tidak dapat berkata-kata apabila mulutnya ditutup kuat oleh tangan kanan Mikael. Kedua belah tangannya pula dipegang kuat oleh tangan kiri Mikael. Kedua belah kakinya pula disilang dengan kaki Mikael. Sudah lumrah kehidupan yang lelaki lebih kuat berbanding perempuan.

"I dah lama tak rasa you. Makin mantap la you punya dada sekarang", Mikael berkata dengan selamba.

"Sebab you dah nak jadi isteri orang, apa kata kalau i rasmi you dulu ?", Mikael tanya dengan lembut.

Avrin mengalirkan air matanya kerana ketakutan.

"Hey hey.. Janganlah nangis, sayang. I buat dengan gentle, okay ?", pujuk Mikael.

Avrin menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

Mikael tidak mempedulikannya, tangan Mikael yang memegang kedua belah tangan Avrin terus diletakkan di celah kangkangnya. Memberi tangan Avrin merasa aset lelakinya itu.

Avrin menggenggam tangannya kerana tidak mahu merasa benda jijik milik Mikael itu.

"Usap la, sayang. I dah keras ni", Mikael menggerak-gerakkan tangannya.

"Boleh i rasa ?", tanya Mikael lembut. Kepalanya ditundukkan dekat dengan dada Avrin. Makin banyak air mata Avrin mengalir.

"Hi. Am i late ?". Mikael terus menoleh ke arah suara itu. Avrin juga turut menoleh.

"Apa kau buat ni, lelaki bangsat ?", Aryan bertanya. Mukanya nampak tenang. Mikael terus melepaskan Avrin. Avrin terduduk disitu. Letih.

"Hah ! Hero kita dah sampai !! Tepat pada masanya. Jom kita ratah bakal isteri kau ni sama-sama nak ?", tanya Mikael selamba.

Aryan tidak menampakkan apa-apa reaksi. Tetapi matanya berapi.

"Hey. Nanti kat batu nisan nak tulis apa ? Mikael atau Syaitan yang hodoh bernafsu kuda malah lagi hodoh dari biawak ?", tanya Ariq yang tiba-tiba datang dari tepi kedai.

"Hah ? Apa kau cakap ni ?", tanya Mikael dengan bodoh.

Ariq tersenyum sinis. Dia kemudian menggerakkan tangannya ke belakang badan kemudian terus menghadap ke depan dengan selaras pistol bewarna putih. Bibir masih menayangkan senyuman yang cukup sinis tetapi maut.

Mikael terkedu.

"Jangan risau, kami orang kaya. Semua kos kematian kau nanti kami tanggung, okay ? Kami akan salurkan duit dekat family kau tiap-tiap bulan, okay?", Ariq berkata sambil kaki semakin dekat melangkah ke Mikael.

"Fran.. Sudah", Aryan memegang tangan Ariq.

Mikael terus lari dengan pecut. Tahu pun takut mati.

Ariq melepaskan tawanya dengan kuat. Aryan pula melepaskan keluhan.

Avrin masih menggigil di tempat yang sama. Kaki dipeluk erat.

Aryan melangkah dengan perlahan ke arah Avrin.

Ariq hanya mengekor seperti anak ayam yang hodoh.

"Awak tak apa-apa ?", tanya Aryan prihatin. Air matanya hampir menitis melihat keadaan Avrin yang ketakutan itu.

Avrin terus memeluk tubuh Aryan dengan erat. Kepalanya di letakkan di batang leher Aryan.

Aryan hanya terkedu. Tangannya perlahan-lahan mengusap kepala Avrin.

"Saya sentiasa ada bila awak perlukan saya, ingat tu", pujuk Aryan lembut.

Avrin melepaskan pelukan.

"Macam mana... awak...." Avrin ingin bertanya tetapi masih tersekat-sekat.

"Shhh.. Nanti kita cakap. Sekarang kita balik dulu ye ? Awak tengah trauma lagi ni", Aryan berkata dengan lembut.

Avrin hanya mengangguk.

"Fran, kau bawak kereta Avrin. Biar Avrin naik dengan aku", arah Aryan kepada adiknya.

"Kita nak pergi mana ?", tanya Ariq.

"Balik rumah kita. Tak selamat nak balik rumah parents Avrin buat masa sekarang", jelas Aryan.

Ariq hanya mengangguk tanda faham.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now