Bab 19

133K 7.8K 339
                                    

"Hi", sapa lelaki berambut hitam lurus kepada Avrin, Arisa, Diana dan Zara.

Mereka bertiga menoleh dan terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Lama dah tak jumpa, kan ?", lelaki itu tersenyum sinis. Tangannya pantas mencapai kerusi yang berada di meja sebelah dan diletakkan di tepi Avrin, bersebelahan dengan Arisa. Avrin hanya menjeling.

"You buat apa kat sini, Mika ?", tanya Avrin dengan suara yang mendatar. Tangannya dilipat ke dada tanda tidak suka dengan kehadiran lelaki berhati busuk itu.

"I datang sini sebab rindu you. You tak rindu kat i ke ?", tanya Mikael selamba. Tangan di letakkan di atas meja.

"You ni tak faham bahasa ke ? Rin dah taknak dekat you, so you tak payah lah acah nak rindu dekat dia. Dia tak hadap lah dekat you. Muka macam you tu, bersepah kat tepi jalan tu, tau tak ?!", Diana separa jerit. Tangannya juga dilipat ke dada.

Mikael tergelak sinis.

"But she used to love me", kata Mikael dengan wajah yang bongkak.

"Entah-entah sekarang ni pun dia tak dapat lupakan i lagi, kan sayang ?", sambung Mikael lagi. Tangannya cuba untuk mengusap rambut Avrin tapi pantas ditepis oleh Avrin.

"You jangan nak macam-macam dekat sini, Mika !", marah Avrin. Matanya berapi.

Mikael tersenyum sinis mendengarnya.

"Habistu you nak buat dekat mana ? Hotel mana yang you nak ? I boleh book", Mikael berkata dengan selamba. Tangannya cuba untuk memegang tangan Avrin tetapi pantas dihalang.

"Hey bro. Apa kau buat ni ?", tanya Aryan dengan tenang. Tangannya masih memegang tangan Mikael yang cuba untuk memegang tangan bakal isterinya itu.

Mikael ingin melepaskan tangannya tetapi tenaga lelaki barat ini lebih kuat berbanding tenaganya yang ciput itu. Avrin hanya tersenyum melihat.

Arisa, Diana dan Zara juga tergelak melihat muka pucat Mikael.

"Tu lah.. Lain kali jangan kacau bakal isteri orang ! Padan muka !", Diana berkata dengan tawanya yang masih bersisa.

"Bakal isteri ?", tanya Mikael. Tangannya masih berada dalam genggaman lelaki mat saleh celup itu.

Aryan menunduk dan mendekatkan mukanya ke muka Mikael. Hanya beberapa inci sahaja jarak antara mereka. Mikael terdiam sendiri.

"Dengar tak tu ? So, lepasni jangan kacau my future wife. Faham ?", Aryan memberi amaran kemudian melepaskan tangan Mikael dengan kasar. Kemerah-merahan kulit tangan Mikael yang putih itu.

Mikael pantas bangun dan berlalu pergi. Pandangan tajam sempat dihadiahkan kepada Avrin.

Mereka berpandangan sesama sendiri.

Satu minit...

Dua minit...

Tiga minit...

"Err.. Duduklah. Saya nak kenalkan awak dengan kawan-kawan saya", Avrin mempelawa bakal suaminya untuk mengambil tempat Mikael tadi.

Tanpa membuka mulut, Aryan hanya patuh.

Arisa, Diana dan Zara tersenyum-senyum. "Ehem...", Zara acah batuk. "Kenapa diam je ni ? Kenalkan lah tunang kau ni kat kitorang", kata Arisa pula. Aryan langsung tidak memandang ke arah kawan-kawan Avrin. Matanya hanya tertumpu pada Avrin.

"Err.. Awak. Ni kawan-kawan saya. Arisa, Diana dan ni Zara. Diorang semua sama umur dengan saya. Masing-masing dah ada boyfriend cuma belum kahwin lagi", kata Avrin sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah mereka bertiga.

"Hi !", mereka menyapa serentak.

Aryan akhirnya memandang ke arah tiga gadis muda itu. Bibir mengukir senyum.

"Hi. Aryan", Aryan memperkenalkan dirinya dengan ringkas.

"Tahu. Avrin dah cerita pasal you kat kitorang", Diana berkata sambil tangannya menunjuk ke arah Avrin.

"Ish, kau ni", marah Avrin. Aryan tersenyum mendengarkannya.

"Awak cerita pasal saya ? Segan lah saya", kata Aryan sambil menunduk kebawah.

"Manada lah ! Ish kau ni Diana !", marah Avrin kepada Diana. Diana melepaskan tawanya.

Aryan tersenyum melihat Avrin yang tersipu malu.

"So, siapa mamat tadi tu ?", tanya Aryan. Matanya hanya memandang ke arah minuman yang telah dibeli tadi. Avrin terkedu.

Diana, Zara dan Arisa memandang sesama sendiri.

"Err...", Avrin teragak-agak untuk memberitahu. Aryan memandang ke arah Avrin. Keningnya dinaikkan beberapa kali sambil menunggu jawapan.

"Dia ex-boyfriend saya", Avrin akhirnya menjawab soalan Aryan.

Aryan hanya menganggukkan kepala beberapa kali tanda faham.

"Seems like i didn't know some things about you", Aryan bersuara sambil menikmati airnya.

Avrin mengeluh.

"We talk about this later okay ?", kata Avrin.

Arisa, Diana dan Zana saling berpandangan.

"Err.. Kitorang balik dulu lah eh ? Korang bincang lah apa yang perlu. Apa-apa roger tau, Rin ! Bye !", kata Diana sambil berdiri dari kedudukannya. Arisa dan Zara pun turut bangun dan melangkah pergi.

"Nak saya ceritakan ke ?", tanya Avrin selepas kawan-kawannya hilang dari pandangan.

"Jomlah. Cerita kat rumah nanti", tegas suara Aryan tetapi mukanya masih tenang.

Aryan terus bangun dan meninggalkan Avrin terpinga-pinga di belakang. 'Dia marah aku ke ni ??'.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now