Bab 12

137K 8.6K 2.1K
                                    

      Ding dong.. Ding dong..

"Rin tolong bukak pintu !!", arah Erin kepada Avrin yang sedang mengemas barang-barangnya untuk pindah ke rumah bakal suaminya.

'Ish minah ni. Ada kaki ada tangan tu bukak lah sendiri ! Bodoh !'. Lambat-lambat Avrin melangkah bergerak ke pintu. Pintu dibuka. Mata tidak berkelip melihat..

Suppp !!!

Tangan Avrin direntap kuat. Avrin ditolak masuk ke dalam rumah.

"Erin !!!!! Erin !!!! Tolong !!!!", Avrin menjerit meminta pertolongan.

Lelaki bertopeng itu masuk ke dalam rumah. Dengan kasar dia menyepak Avrin yang tersadai di atas lantai dek kerana ditolaknya tadi. Avrin mengaduh kesakitan.

Erin menghampiri dengan pakaian serba hitam.

"Erin !! Tolong !!", jeritan Avrin sudah semakin perlahan kerana perutnya ditendang beberapa kali.

Erin hanya tersenyum sinis kemudian menutup pintu hadapan yang terbuka tadi.

Avrin terkejut melihat perubahan rakannya itu.

Rambut Avrin ditarik kasar oleh lelaki itu. Dia kemudian menghayun Avrin ke meja dengan kuat. Avrin terhayun dan badannya terhentak meja kopi yang terletak di ruang tamu.

"Kill her", dengan mendengar arahan dari Erin itu, Avrin jadi terkesima.

'Aku bodoh sebab tak dengar cakap Aryan. Bodoh !!!'.

Lelaki bertopeng itu menganggukkan kepala kemudian mengeluarkan pisau dari belakang seluarnya. Dia berjalan ke arah Avrin dengan perlahan.

Avrin mengundur ke belakang dengan bantuan tangannya.

      Jayden yang berada di bawah telah lembik diterajang oleh empat lelaki bertopeng yang sedang menjaga di bawah.

       "Hi guys. Am i late ?", tanya Ariq yang baru muncul dari kereta Audi R8 itu.

Aryan juga keluar dari kereta. Melihat keadaan Jayden sebegitu rupa, dia tahu Avrin sedang dalam bahaya.

"Kau naik lah atas. Aku settlekan mangkuk ayun ni semua", kata Ariq.

Aryan hanya mengangguk.

Aryan pantas menuju ke lif. Lelaki yang cuba menghalang Aryan pantas ditendang oleh Ariq.

Ariq dengan senyuman terus beraksi menendang dan menumbuk empat orang 'mangkuk ayun'.

     Aryan menendang pintu rumah Erin. Dengan sekali tendangan. Pintu terbuka luas.

Erin yang berada di depan pintu agak terkejut tapi terus meluru Aryan dengan sebilah pisau.

Aryan pantas mengelak. Kaki Aryan pantas diayun kearah tangan Erin. Pisau tercampak jauh.

Erin nampak bengang.

Dengan pantas Erin ditolak keluar dari rumah.

"Aku tak pukul perempuan", kata Aryan lalu terus menutup pintu dan mengunci dari dalam. Erin menjerit diluar.

Aryan menoleh ke arah lelaki yang bertopeng. Lelaki itu nampak kaku. Iya sudah semestinya. Baru saja diterajang oleh Aryan di tempat letak kereta tadi, tetapi sekarang kena hadap lagi.

Aryan menoleh ke arah Avrin. Gadis itu seperti tidak sedarkan diri. Darah berlumuran dari kepalanya.

Aryan terus menjadi berang. Tangan digenggam kuat.

Dengan pantas Aryan meluru ke arah lelaki itu dan menendang pisau yang berada di tangan lelaki itu.

Mereka bergelut beberapa minit. Lelaki itu menendang perut Aryan dan Aryan jatuh tersungkur.

Lelaki itu dengan pantas mengambil pisaunya dan terus meluru ke arah Avrin.

Pranggg...

Pintu dipecah.

Bang !!

Tembakan dilepaskan.

Aryan hanya memerhati lelaki itu menyembah lantai. Aryan kemudian menoleh ke arah si penembak tadi.

    "Hi ! Am i late ?", tanya Isha.

Aryan melepaskan nafas panjang.

"Seriously akak. Apa akak buat ni ?", tanya Aryan kepada kakaknya.

"What ? Akak cuma buat apa yang patut akak buat. He almost kill Avrin ! Bakal adik ipar kakak !", kata Isha.

Isha terus meluru ke arah Avrin. Pipi Avrin ditepuk perlahan. Cuba untuk menyedarkan Avrin yang sedang tidak sedarkan diri.

Ariq yang datang bersama Jayden itu hanya memerhati Isha.

Aryan pantas mendapatkan Avrin.

"Kita kena bawak dia pergi hospital", Aryan bersuara.

Aryan kemudian mengangkat Avrin lembut.

"Kau bawak R8, ada dua seat je. Naik kereta akak", arah Isha.

Aryan hanya mengangguk.

"Fran, kau tolong kemaskan barang Avrin. Bawak semua sekali dengan kau", arah Aryan sebelum melangkah keluar dari rumah.

"Fuck ! Dia suruh aku ? Tak malu ke kalau aku pegang underwear bakal isteri dia", Ariq mengomel.

Jayden melepaskan tawa mendengar omelan Ariq.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now