Bab 10

150K 8.3K 1.2K
                                    

       Avrin tidak dapat mengelipkan mata setelah tiba di bangunan yang gah itu. Bangunan itu dua kali ganda lebih lebar berbanding bangunan kepunyaan keluarganya di Malaysia.

Di depan pagar tadi terdapat papan tertulis THE LOUISE. Memang bangunan ini milik kepunyaan keluarga Aryan. Cuma Aryan dibahagikan tugas untuk menguruskan syarikat ini manakala kak Isha sedang belajar menguruskan syarikat penerbangan The Louise Airlines yang dibantu oleh bapanya sendiri. Ariq pula menguruskan bahagian brand berjenama di peringkat antarabangsa dengan dibantu oleh Mrs Keren.

"Jom masuk", ajak Aryan. Kereta Audi R8 hitam miliknya diparkir betul-betul depan bangunan.

Siapa berani marah kalau dia menghalang laluan orang pun kan ? Menganggur lah makanya mereka yang berani marah.

Avrin hanya mengekor di belakang Aryan. Ramai yang memandang ke arahnya. Avrin buat-buat tidak tahu sahaja. Terdapat lima orang pekerja perempuan dengan rambut yang pelbagai warna sedang menjeling tajam ke arah Avrin. Avrin jadi tidak senang. Tetapi ada benda yang buat Avrin terkejut.

  "What are you guys doing ? Is there nothing to do more ? Have you guys done your works ?!", Aryan berbicara dengan tenang pada awalnya dan menengking di akhir ayat.

Avrin terkejut dengan sikap Aryan yang tiba-tiba berubah itu. Avrin masih berdiri tercegat di belakang Aryan. Tidak berani untuk berada di sisi lelaki itu.

Lima orang perempuan itu menunduk dan memohon maaf, kemudian terus berlalu pergi. 

"Bodoh", Aryan berkata perlahan seakan berbisik.

"Apa ?", Avrin bertanya selepas mendengar Aryan mencarut buat pertama kalinya.

Aryan menoleh ke arah Avrin. Senyuman paling manis diukir di bibir.

"Jom. Bilik saya kat tingkat 35", kata Aryan. Kaki melangkah ke lif yang tertulis 'For CEO only'. Avrin hanya mengekor.

"Kenapa tak masuk ?", tanya Aryan kepada Avrin yang masih tercegat diluar lif.

"Saya bukan CEO", comel Avrin menjawab.

Aryan tersenyum lebar. Ingin tergelak pun ada.

"Awak bakal isteri CEO. Nanti saya suruh staff tukar jadi 'For CEO and his wife only', okay ?" Aryan tersenyum.

Avrin melepaskan tawanya. Dia akhirnya masuk ke dalam lif.

Mereka keluar dari lif seiringan selepas sampai di tingkat 35. Pekerja di situ memandang ke arah Avrin. Seorang pekerja perempuan menghampiri Aryan.

"Sir, your documents are on your table. Some of them need to be transfer today", kata perempuan berkaca mata itu. Rambut coklat pekatnya yang lurus tampak kemas diikat tocang satu. Pakaiannya memang menunjukkan yang dia mempunyai jawatan yang tinggi di syarikat yang besar ini.

Avrin yang mendengar perbualan itu terus menjarakkan diri sedikit. Tingkat 35 itu diteliti. Sedang Aryan membelek file di meja PAnya, perempuan berkaca mata tadi datang menghampiri Avrin.

"Yes miss, can i help you ? Who are you looking for ?", tanya perempuan itu.

"Aryan.. I mean,.. Froy" jawab Avrin teragak-agak.

"Oh sorry miss, but you need to make an appointment first if you want to meet him", jawab gadis itu.

Avrin menggeleng kepala.

"I don't want to meet him.. I..", Avrin tidak sempat menghabiskan ayatnya.

"She came with me. Thanks Bella. I'm in my room. Anything just tell me okay ?", Aryan mencelah entah dari mana.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now