Otw ! 10 minutes ! -Avrin

Dia terus mencampakkan telefon pintarnya ke tempat duduk penumpang di sebelah. Kereta yang dipandu laju keluar dari perkarangan rumahnya.

Aryan yang memerhati kereta Avrin keluar dari kawasan rumah terus duduk di sofa ruang tamu itu semula. IPhone miliknya dibelek. Otak ligat berfikir dimana Erin berada. Mata Aryan pantas terbuka luas. Dia baru teringatkan sesuatu. 'Akak Isha' ditekan.

"Hello", Aryan menyapa selepas panggilannya disahut.

"Hey, dude. Apa cerita ni tiba-tiba je call akak ?", tanya Isha di hujung panggilan.

"Akak, boleh tolong check tak nama-nama penumpang Louise Airlines dalam beberapa hari ni", pinta Aryan.

"Kenapa ?", tanya Isha hairan.

"Ar rasa Erin ikut Ar dengan Avrin balik Malaysia", jelas Aryan.

"Oh.. Okay okay akak akan check. Nanti apa-apa akak inform secepat mungkin", jawab Isha.

"Okay bye", Aryan memutuskan panggilannya.

Kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik Avrin. Niatnya hanya ingin mengambil kunci kereta yang diletakkan di atas almari solek bilik gadis itu. Bau haruman Bombshell dari Victoria Secret menusuk hidungnya. Kakinya terus melangkah ke almari solek milik gadis itu. Kunci kereta Range Rover dicapai. Matanya terpandang gambar Avrin. Avrin dengan seorang lelaki. Dia cukup mengenali lelaki itu siapa. Aryan terus keluar dari bilik gadis itu. Kaki pantas bergerak ke arah kereta putih di garaj rumah itu.

        "Hey guys !!", Avrin separa jerit kepada kawan-kawannya yang berada di dalam Starbuck di Sunway Piramid itu.

"Hey. Tak pernah punctual langsung lah kau ni", tegur Arisa. Arisa yang berumur 23 tahun itu sudah bekerja di starikat ayah kawannya, iaitu Diana. Gadis berambut hitam beralun itu memang seorang yang sangat menepati masa.

"Sorry la aku ada kerja tadi", jawab Avrin menipu, sedangkan dia yang sengaja malas gerak awal. Avrin mengambil tempat di sebelah Zara, berhadapan dengan Arisa.

"So apa cerita ? Kenapa balik Malaysia ? Bukan ke sepatutnya tengah ada kat dalam kelas sekarang ?", tanya Diana. Diana ialah seorang gadis berumur 23 tahun yang telah bekerja di Puncak Angkasa Holdings milik penuh papanya.

"Aku ajak lepak ni sebab nak bagitahu satu berita ni", jawab Avrin. Tangannya memegang minuman yang dibeli sebelum datang ke meja yang diduduk oleh kawan-kawannya itu.

"Okay now tell us, apa beritanya", Zara bersuara selepas beberapa minit hanya mendiamkan diri. Zara gadis berumur 23 tahun yang sedang menganggur kerana masih tidak berminat untuk menyambung perniagaan ibunya. Senang cerita dia ialah gadis kaya yang paling pemalas diantara mereka berempat.

"Kalau aku bagitahu, korang jangan terkejut tau !", Avrin berkata sambil tangannya seperti sedang menepuk angin.

"Cakap jelah", Arisa berkata.

"Aku akan kahwin", Avrin berkata selamba.

Arisa, Diana dan Zara jelas menunjukkan riak terkejut. Gila ke tak terkejut ? Kawan rapat pergi New York sebab nak sambung belajar, tiba-tiba balik Malaysia, lepastu ajak lepak, then cakap nak kahwin. Gila.

"Serius lah Rin ! Dengan siapa ?"

"Macam mana boleh nak kahwin pulak ni ?"

"Dengan lelaki mana ? Hensem tak ?"

"Kaya ke dia ?"

"Dengan orang sana ke ?"

"Umur dia berapa ?"

Bertubi-tubi soalan keluar tanpa sempat Avrin menjawab.

Avrin hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum menjawab, "aku serius lah. Jodoh dah sampai nak buat macam mana. Dengan orang sana, tapi dia islam. Nama dia Aryan Froy Louise. Aku rasa dia cukup hensem, kekadang aku pun cair. Umur dia sama macam angah aku, 27 tahun. Jangan risau, dia pun anak orang kaya so dia takkan kikis aku macam lelaki-lelaki bangsat tu buat. Dia bukan setakat anak orang kaya, dia sendiri pun kaya. Dia dah ada syarikat dia sendiri", jawab Avrin panjang lebar.

"Wahhh !! Macam tak percaya lah kawan aku ni dah nak kahwin", kata Diana teruja.

"Bila tarikhnya ?", tanya Zara.

"Parents kau dah tahu ke ?", tanya Arisa pula.

"Tarikh baru nak decide. Dah. Minggu ni parents Aryan tu datang masuk meminang. Tapi rasanya kitorang takkan tunang lama-lama. Aryan nak percepatkan tarikh kahwin", jawab Avrin.

"Kenapa ? Kau dah bunting ke ?", tanya Arisa celupar.

"Wehh elok sikit okay. Aku bukan perempuan yang macamtu. Aryan tu ada banyak kerja kat America. Kalau boleh benda macam ni dia nak buat cepat lah", jawab Avrin tidak jujur. Dia pun tidak tahu kenapa Aryan mahu mempercepatkan tarikh kahwinnya. Malah dia malas bertanya.

"So majlisnya macam mana ?", tanya Diana teruja.

"Aryan cadang buat dua majlis. Kat Malaysia pastu kat Amerika. Majlis kat sini parents aku sponsor dan uruskan. Majlis kat sana parents Aryan yang akan sponsor and uruskan", jawab Avrin.

"Wahh bestnya ! Kitorang jadi bridesmaid kau lah kan ?", tanya Zara teruja.

"Eh of course lah ! Nanti korang tolong aku cari dress untuk bridesmaid", jawab Avrin teruja. IPhone miliknya tiba-tiba berdering. 'Aryan Froy'. Avrin terus menyambut panggilan dari bakal suaminya itu. Jari telunjuknya memberi isyarat kepada kawan-kawannya supaya diam.

"Hey"

"Saya ada dengan kawan-kawan saya"

Arisa, Diana dan Zara hanya membuat isyarat tangan 'bakal suami dah call' sesama sendiri. Avrin hanya tersenyum melihat telatah kawan-kawannya.

"Dekat starbuck Sunway. Kenapa ?"

"Awak nak datang ? Kenapa nak datang sini ?"

"Ha yelah saya tunggu"

Panggilan dimatikan.

"Future husband nak datang ke ?", tanya Diana dengan sengaja menekankan perkataan future husband.

"Dia sampai kejap lagi. Korang jangan cakap benda-benda pelik dekat dia pulak ! Dan lagi satu, jangan sebut nama Mikael depan dia, dia tak tahu pasal lelaki tu", Avrin memberi amaran. Kawan-kawannya hanya mennganggukkan kepala tanda faham.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now