Perempuan yang dipanggil Bella itu mengangguk dan tersenyum kepada Aryan dan kemudian Avrin.

"Jom", Aryan mengajak Avrin masuk ke dalam biliknya. Avrin hanya mengekor.

"Duduklah dulu. Kejap lagi saya suruh Bella buatkan kopi untuk awak", Aryan menyuruh Avrin duduk di sofa empuk yang terletak di dalam biliknya.

Avrin mengambil tempat di atas sofa. Bilik yang besar itu diteliti berkali-kali.

"No, thanks saya taknak apa-apa. Saya teman awak je", Avrin menolak.

Aryan menghampiri Avrin. Dia mengambil tempat di sebelah Avrin.

"Macam mana awak nak tumpukan study awak kalau awak ada suami yang agak busy ?", tanya Aryan. Wajahnya serius.

"Tak mengganggu study saya pun", jawab Avrin tenang.

Aryan tersenyum kemudian terus bangun dari duduknya.

"Saya nak buat kerja sekejap. Awak baca lah majalah yang ada. Tengok tv pun boleh", beritahu Aryan. Dia kemudian duduk di kerusi berodanya. Fail-fail di atas meja dibuka.

  Avrin memerhati Aryan membuat kerjanya. Aryan nampak sangat kelelakian bila membuat kerja. Kemeja hitam lengan panjang tanpa tali leher dan kot itu nampak sangat sesuai dengannya. Kemeja di tuck-in ke dalam seluar slack hitamnya. Lengan kemeja itu pula dilipat beberapa lipatan, menampakkan jam tangannya yang juga berwarna hitam. Walaupun pemakaiannya all black, tetapi ia tetap nampak sesuai dengan Aryan kerana rambutnya berwarna perang seakan-akan berwarna kuning pudar itu. Matanya yang biru cair menambahkan lagi ketampanan wajahnya.

"Saya tahu la saya handsome, janganlah tenung saya macamtu. Tak selesa lah nak buat kerja", tiba-tiba Aryan menegur Avrin tetapi kepalanya masih memandang ke arah fail-fail di atas meja kerjanya.

Avrin pantas memandang ke arah lain. Kepala dilentokkan di penghadang tepi sofa. Dia pun terlelap...

      Avrin terjaga bila terdengar beberapa suara. Dia membuka matanya perlahan-lahan.

Aryan, Ariq dan Jayden sedang memandang kearahnya. Mereka nampak sangat kacak dengan pakaian kerja masing-masing. Cuma Aryan sahaja yang tidak memakai tali leher dan kot.

Ariq memakai kemeja lengan panjang berwarna biru cair, tali leher berwarna biru pekat dan vest berwarna hitam. Nampak sangat sesuai dengannya yang berperwatakan budak-budak. Tetapi masih tetap kacak.

Jayden pula memakai kemeja lengan panjang berwarna putih berbelang kecil berwarna hitam. Tali lehernya berwarna maroon. Kotnya sudah ditanggalkan dan disangkut di penyangkut di dalam bilik Aryan.

Menyedari dirinya masih dipandang oleh tiga jejaka tampan itu, Avrin cepat-cepat memandang ke arah lain.

"Good morning ! Nyenyak tidur ? Mimpi apa tadi ?", Ariq menegur Avrin dengan suara teruja.

Aryan hanya memerhati Avrin yang baru bangun tidur. Avrin hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Hay, so kita stick to the plan kita. Apa-apa nanti aku inform kau", kata Aryan kepada Hayden.

Hayden hanya mengangguk faham.

"Hay ?", tanya Avrin yang mendengari perbualan itu.

"Ohh... Ini Hayden. Dia abang kembar Jayden", terang Ariq.

Hayden kemudian melambai kearah Avrin. Aryan hanya memerhati.

Avrin membalas lambaian itu dengan senyuman manis.

"Korang balik lah dulu. Aku ada kerja perlu diuruskan lagi ni", arah Aryan kepada dua orang jejaka yang berada di hadapannya.

Hayden mengangguk kemudian terus keluar dari bilik. Ariq pula berjalan mendekati Avrin.

"Nak jalan-jalan tak nanti ? I boleh bawak you jalan hehe", ajak Ariq.

Avrin hanya tersenyum.

"Fran....", panjang Aryan menegur. Matanya bersabung dengan mata Ariq.

Ariq kemudian mengeluh dan terus melangkah menjauhi Avrin. Pintu dibuka, "usik sikit pun tak boleh. Nanti dah kahwin kau makanlah puas-puas. Bye !", kata Ariq sebelum keluar dan menutup pintu kembali.

Avrin hanya memerhati.

"Sorry dia mulut tong sampah sikit", Aryan berkata dari tempat duduknya.

Avrin hanya mengangguk faham.

"Saya ada kerja sikit lagi ni. Awak tengok tv tu dulu ye ?", Aryan berkata lalu terus membuka fail di tangan.

Avrin menonton televisyen dengan mata separa buka. Lama-lama... Dia terlelap semula...

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now