I already found that girl -Aryan

       Seriously ? -Hayden

       I'll tell you later. Keep in touch.                          Cau -Aryan

        Ding dong... Ding dong...

"Rin ! Boyfriend kau dah sampai ni !", Erin terjerit.

"Masuklah dulu", pelawa Erin yang hanya mempelawa tanpa memandang kearah Aryan.

Aryan hanya mengatur langkahnya masuk ke dalam rumah. Aryan duduk di atas sofa empuk milik Erin. Matanya meliar seperti mencari sesuatu.

Avrin melangkah ke ruang tamu. Hari ini dia memakai baju yang selesa sahaja oleh kerana dia akan pergi ke California bersama Aryan. T shirt plain berwarna putih dipakai dengan cardigan jaring bewarna krim. Seluar skinny putih susu dijadikan padanan dengan bajunya. Kasut Converse high cut berwarna putih dipakai. Rambutnya dibiarkan bebas.

Avrin terus duduk di sebelah Aryan tanpa toleh dan teguran. Uk tidak ak pun tidak. Jadi bisu.

Aryan menoleh kesebelah. Kening dinaikkan sebelah.

"Marah lagi ke ni ?" tanya Aryan.

"Jom lah karang lambat pulak nak sampai Cali", ajak Avrin.

Avrin menggalas begnya kemudian bergerak ke arah pintu.

Aryan hanya memerhati tanpa gerakan. Avrin kemudian menoleh.

"Memang nak tercegat dekat situ jeke ?", tanya Avrin tegas. Kening sudah dikerutkan.

Aryan bangun dari kedudukan. Pantas bergerak ke arah pintu.

"Erin !! Aku gerak dulu !!", jerit Avrin kepada Erin yang sedang menjamu selera di dapur.

"Okay ! Take care !", pesan Erin dengan pelat dek penuh makanan di dalam mulut. 'Take care konon. Puih....' getus Aryan.

Aryan dan Avrin masuk ke dalam kereta Mercedes milik Aryan.

"Kita nak pergi sana dengan kereta ke ?", tanya Avrin sejurus selepas masuk ke dalam kereta.

"Tak. Jet", jawab Aryan.

"Saya pantang betul kalau saya tanya tapi orang buat main tau", suara Avrin sudah dinaikkan satu oktaf.

Aryan kemudian hanya tersenyum dan meneruskan pemanduannya.

"Kat mana ni ?", tanya Avrin selepas mereka tiba di satu tempat kelihatan seperti lapangan terbang tetapi hanya beberapa makhluk saja yang terdapat disitu. Bangunan itu tampak mewah dan gah.

"Sini lah terletaknya private jet", jawab Aryan sambil memarkir keretanya di basement.

"Habistu kita buat apa kat sini ?", tanya Avrin. Mukanya jelas kebingungan.

"Saya dah kata kita akan naik jet kan", jawab Aryan selamba.

'Okay this is crazy' getus Avrin.

"Jom", Aryan membuka pintu kereta.

Aryan dan Avrin jalan beriringan masuk ke dalam bangunan mewah itu. Selepas Aryan menyelesaikan hal-hal di kaunter.

Avrin sempat meneroka ruangan yang besar disitu. Dia pernah naik private jet bersama daddynya suatu ketika dahulu. Tetapi tempat penerbangan di Kuala Lumpur tidaklah sebesar ini.  Tiba-tiba...

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now