Aryan dan Avrin masuk ke dalam kereta jenama Lexus itu. Avrin sedar yang itu adalah kereta yang dibawa oleh Ariq tempoh hari semasa mengambil dia dan Aryan dari airport.

         "Ni bukan kereta Ariq ke ?", tanya Avrin.

Kereta jenama Lexus itu meluncur keluar dari tempat parking Pavilion Condominium.

         "Haah. Saya bawa kereta dia", jawab Aryan sambil memandu.

          "Kenapa bawa kereta dia ? Dia tak guna ke ?", tanya Avrin lagi ingin tahu.

          "Hahaha. Dia ada banyak lagi kereta lah. Dia tak kisah pun saya rembat satu", jawab Aryan dengan gelaknya.

          "Kenapa bawa kereta dia ? Kenapa tak guna kereta awak je ?", tanya Avrin lagi.

          "Kereta saya semua jenis sport. Macam tak padan pula kalau nak bawa awak", jelas Aryan.

          "Saya okay je naik R8 awak haritu", Avrin berkata lagi.

          "Awak suka naik Audi ke ? Ke R8 tu je yang awak suka ?", giliran Aryan pula menanyakan soalan.

          "Suka. Kat Malaysia saya pakai Audi lah. Abang Long saya pun minat pakai Audi", jelas Avrin.

          "Ohh. Awak pakai Audi apa kat Malaysia ?", Aryan masih dengan soalan. Mencuba untuk tidak berhenti dari berborak.

         "TT", ringkas Avrin jawab.

         "Nak bawak saya kemana ni ?", akhirnya Avrin bersuara tentang destinasi mereka.

          "Beli phone baru. Awak tukar number lain jelah ye. Nanti saya settlekan hal number lama awak tu", jelas Aryan.

        "Kenapa awak baik sangat ?", tanya Avrin lalu menoleh ke arah Aryan yang sedang memandu.

Lelaki itu masih nampak bergaya walau hanya memakai t shirt Polo berwarna hitam. Kaca mata hitam yang dipakai oleh lelaki itu lagi menambahkan kekacakan lelaki itu.

           "Saya tahu saya handsome, janganlah pandang saya macamtu. Bukan apa, takut accident je nanti", usik Aryan yang menyedari dirinya diperhatikan.

Avrin pantas menoleh kearah berlainan. Soalannya tadi tidak terjawab.

           "Kita pergi NYC Mall dulu ye ?", soal Aryan selepas beberapa minit hanya mendiamkan diri.

           "Okay. Kenapa awak cakap kat Erin yang awak tu boyfriend saya ?", tanya Avrin yang mengigati tentang kata-kata Erin di rumah tadi.  

           "Untuk keselamatan awak. Jangan tanya apa-apa dah lepasni. Saya cuma mintak awak percayakan saya je. Boleh ?", Aryan berbicara dengan sangat lembut.

          "Hah ? Saya tak fahamlah", suara Avrin makin meninggi.

          "Nanti saya terangkan, tapi bukan sekarang. Sampai masanya saya akan terangkan, okay ? Buat masa sekarang tolong percayakan saya. Boleh ?" pinta Aryan lagi. Nada suara masih lembut.

           "Kenapa pulak ?" tanya Avrin seperti anak kecil.  

           "Please Avrin...", Aryan sedikit merayu.

          "Okay okay saya percayakan awak", Avrin bersuara.

Dia pun jadi cair bila Aryan membuat suara begitu menggoda. Tidak sampai hati pula kacau dikecewakan. Aryan tersenyum selepas Avrin akhirnya mempercayainya.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin