'6 missed call from Aryan Froy'

'Dah kenapa call aku banyak kali ni. Ah lantaklah malas ambil peduli'

Avrin terus meletakkan iPhone miliknya keatas meja. Jadual kelas dia untuk minggu hadapan diperhatikan dengan penuh minat. 'Benda penting ialah kena cari rumah sewa. Takkan nak tumpang rumah Erin dua tahun lebih kut' terdetik di hati Avrin.

"Please.. Please don't hurt me"

"You're rubbish you know ! You don't deserve here ! Get out of here before i kick you out !" 

Pang !!!

Sedari tadi Avrin mendengar perbualan orang seperti sedang bertengkar. Tetapi selepas mendengar bunyi meja terbalik,

Avrin terus menoleh ke arah bunyi tersebut. Seorang perempuan dalam lingkungan umurnya seperti sedang dibuli oleh 6 orang lelaki.

Nampak gaya keenam-enam seperti lingkungan umurnya. Yang Avrin musykil, tiada seorang pun yang berani melawan keenam-enam lelaki itu.

Semua bagaikan terpaku. Selepas seorang dari keenam lelaki tersebut menarik selendang perempuan itu, Avrin bingkas bangun dan berjalan menghampiri. Barang-barangnya ditinggalkan di mejanya.

"What are you guys doing ?!"

"Wow seems like there's someone here was born to be a heroin !! You looked beautiful girl", ucap salah seorang lelaki disitu sambil menarik rambut Avrin hingga Avrin terdorong ke depan.

"Stop it !! You're son of a bitch !!", Avrin tidak dapat mengawal amarahnya lagi.

Dia dengan pantas mengambil air kopi milik pelanggan di situ dan menyimbah ke muka si lelaki yang menarik rambutnya.

"Arghhhh !!", mangsa Avrin itu menjerit.

Avrin sudah ketakutan melihat lelaki itu menjadi semakin marah.

Secara tiba-tiba, lelaki itu mengeluarkan pisau yang disimpan di dalam kocek seluarnya.

Avrin menggigil.

"I'll kill you bitch", kata lelaki itu sebelum bergerak dengan laju untuk menyerang Avrin.

Pelanggan di situ semua sudah bertempiaran lari. Avrin buka langkah seribu tetapi dia terjatuh. Apabila dia toleh kebelakang..

'Aryan !!' jerit hati Avrin. Apabila Avrin memerhati dengan teliti. Bukan Aryan yang berada dalam bahaya, terapi lelaki bersenjata tadi yang berada dalam bahaya.

Aryan memegang kedua belah tangan lelaki tersebut dengan menggunakan tangan kanannya dan tangan kiri pula ditekan pada leher lelaki itu.

'Aryan tak sendirian', getus hati Avrin setelah melihat Ariq dan seorang lagi lelaki berambut perang sedang memegang keenam-enam pembuli tadi.

"Touch her and i'll kill you. Did you hear that ?", bisik Aryan ke telinga lelaki yang cuba untuk membunuh Avrin di tempat awam itu tadi.

Cukup perlahan sehingga hanya lelaki itu sahaja dapat mendengarinya. Lelaki itu mengangguk dengan laju. Laju dia seperti 560km/j fuhhh.

Aryan melepaskan lelaki itu tadi dan serentak juga Ariq dan Jayden melepaskan mangsa masing-masing.

Avrin masih berdiri tegak di tempat dia jatuh tadi. Masih agak terkejut dengan apa yang berlaku. Mungkin juga sudah trauma.

Aryan menghampiri Avrin.

"Awak okay ?", tanya Aryan prihatin.

Avrin seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi. Dia masih kaku.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now