"Tak ada maknanya nak rindu la mummy," tutur Qey Ari dalam nada yang sengaja ditekan-tekan.

Avrin mula menyampah dengan abang sulungnya itu. Avrin melangkah kaki ke ibunya dan memeluk Datin Quin Avin dengan erat.

"I'll miss you mummy,"

"I'll miss you too baby. Kalau apa-apa Rin call je mummy tau!," pesan Datin Quin Avin sambil mencium kedua belah pipi satu-satunya anak perempuannya itu.

Kemudian Avrin melangkah pula ke ayahnya.

"I'll miss you daddy,"

"I'll miss you too dear. Dah sampai nanti jangan lupa call. Nah ambil ni. Ada duit belanja sikit dalam ni. Kalau credit card Rin ada problem ke apa, sekurangnya ada bekalan. By the way, kalau credit card Rin ada problem, jangan lupa call daddy terus tau," pesan Dato' Arfan kepada anak perempuannya.

Sampul surat coklat berisi duit USD bertukar tangan.

"Dah jom! Dah lambat ni," Qey Ari separa jerit.

Avrin terus memakai kasut casual high cut miliknya. Qey Aron juga keluar dari rumah untuk masuk ke dalam kereta BMW 10 series miliknya. Mereka akan membawa dua buah kereta kerana destinasi yang berlainan selepas menghantar adik bongsunya ke airport.

"Rin naik dengan Angah lah. Malas lah nak naik dengan Along. Menyakitkan hati je," tutur Rin manja sambil melangkah masuk ke dalam kereta milik Qey Aron.

Qey Aron hanya ketawa nipis selepas mendengar celoteh adiknya. BMW 10 series meluncur keluar rumah banglo tiga tingkat itu dengan laju mengekori Audi RS5 milik Qey Ari.

Telefon bimbit milik Avrin tiba-tiba berdering. Selepas membaca nama si pemanggil, Avrin terus menyambut panggilan itu dengan sangat teruja tahap budak SPM dapat straight A.

"Abang! Sampai hati baru harini call adik. Nak merajuk la macam ni," tutur Avrin dengan muka yang masam seperti abang ketiganya itu dapat melihat.

"Hahaha janganlah merajuk adik abang. Abang busy lah buat assignment berlambak," tutur Qey Aris yang berada di California kerana menyambung pelajarannya dalam bidang international business.

"Iyalah-iyalah. Maaf diterima even abang tak mintak maaf pun," tutur Avrin manja.

  "Nanti dah sampai New York abang belanja adik makan ye?," pujuk Qey Aris.

"Adik nak shopping," minta Avrin.

"Iyalah iyalah nanti abang bawa pergi shopping ye. Flight pukul berapa ni?," tanya Qey Aris kepada adik bongsunya. Mereka agak akrab kerana mempunyai sifat dan perangai yang sama.

Jejaka berumur 25 tahun itu mempunyai rambut yang berwarna coklat cair dan anak mata berwarna hazel cair. Warna rambutnya yang sama seperti Quin Avrin seakan-akan serupa dengan perangai dan sikap mereka yang seperti budak-budak 12 tahun. Qey Ari dan Qey Aron yang mempunyai rambut berwarna coklat pekat itu juga mempunyai personaliti yang sepadan. Matang dan sentiasa serius. Cuma Qey Aron tidak setegas Qey Ari dan tidak seserius Qey Ari yang tidak pernah bergurau.

"Flight pukul 12 tengahari. Satu jam lagi," jawab Avrin.

"Siapa yang hantar adik ke airport ?", soal Qey Aris.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now