CRUSH 10•

22.7K 816 35
                                    


Hasya menarik kepala hoodie menutup kepalanya.Tali diikat kemas di bawah leher.Selipar disarungkan ke kaki lalu berjalan menuju ke tandas.

"Kenapa semua mandi dekat sini?"soal Hasya pelik melihat beberapa orang pelajar lelaki mandi di tepi sungai.

"Air tak ada."kata Aida.Hasya menoleh memandang wajah cemberut itu.

"Air tak ada?!"

"Hm, semua orang tengah pergi cari air dekat resort sana."

"Jom pergi dengan aku?"ajak Hasya.Aida menggeleng laju.

"Tak nak mandi lah aku, malas."balas Aida berjalan pulang ke khemah.

"Ey tak boleh jadi ni. Kalau tak mandi tak tidur aku malam ni."kata Hasya perlahan.

Dia tersenyum apabila idea muncul di kepalanya.Dia berlari ke arah khemah dan mencari perfume. Terus dia sembur ke seluruh badannya.

"Malam ni, masa orang takda kita boleh mandi!"kata Hasya perlahan.

Zip khemah ditarik keatas.
Wajah Fakrul terpampang di hadapan khemahnya.

"Ha, kau intai aku eh!"

"Tak ada maknanya, abang kau suruh panggil makan."kata Fakrul.Hasya mengangguk.

Hasya berjalan menuju ke arah bawah garaj kereta yang sudah terhidang makanan.

"Ambil pinggan, makan nasi."arah Hazim.Maizatul di sebelahnya dijeling.

"Tak nak makan nasi, nak makan kuih."kata Hasya mencapai beberapa biji karipap dan donut.

"Buang tebiat ke makan kuih petang macam ni?"

"Hello? Makan petang okey!"kata Hasya.Selesai mengambil sepinggan kuih berserta segelas air sirap terus dia mengambil tempat di tepi sungai.

Tengok student lelaki mandi sungai. Sambil makan boleh cuci mata! Ehek!

Baru sahaja dia menggigit karipap di tangan, pinggannya ditarik oleh seseorang.Wajah Fakrul dipandang geram.

"What?!"

Fakrul mengambil tempat di sebelah Hasya.Pinggan berisi nasi berlauk ayam masak merah diberi kepada Hasya.

"Makan nasi jangan makan kuih nanti kau lapar malam ni ada bubur kacang je."kata Fakrul menyuap donut ke dalam mulut.

"Aku taknak makan nasi, aku dah makan pagi tadi nasi lemak!"kata Hasya geram.

"Just eat and shut up."

"Fine, kau tak makan?"

"Tengah makan lah ni."kata Fakrul.Karipap yang terakhir di suap ke dalam mulutnya.

Hasya menelan nasi untuk kali yang ke tiga.Sudu diletak lalu air sirap dicapai dan diteguk rakus.

"Dah taknak."diberikan kembali pinggan berisi nasi ke arah Fakrul.

"Makanlah, aku dah kenyang."Hasya menggeleng laju.

"Taknak!"

"Ey budak ni."tanpa bantahan sesudu nasi disuap ke dalam mulutnya.Hasya mengerling lelaki itu yang selamba makan bekas dirinya.

"Kau tak geli ke?"soal Hasya.

"Geli apa?"soal Fakrul.Hasya menggeleng kepala.

"Aku dah kenyang."kata Hasya bersandar di kerusi bahu itu.Perutnya digosok-gosok.

"Makan separuh karipap dan nasi tiga sudu dah buat kau kenyang?"soal Fakrul.Hasya mengangguk.

"Senang betul pelihara kau."

"Eh apa kau ingat aku anjing?"

"Tak lah maksud aku cuba kau tengok Khaty."mulut dimucungkan ke arah Khaty yang sedang menjamu selera dengan comot tanpa memandang kiri kanan.

"Comot gila."kata Hasya.

"Yes. Perempuan cantik tak semestinya sopan."balas Fakrul.

"Kau buat apa makan dekat sini?"soal Fakrul.

"Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air."mulut dimuncungkan ke arah beberapa pelajar lelaki yang sedang bermandi manda.

"Owh cuci mata, i see.."

"Kenapa perfume kau kuat gila?!"

"Tak mandi."kata Hasya tersengih.

"Pengotor."

"Perempuan cantik tak mandi tau!"kata Hasya tergelak kecil.

"Ada-ada je."






  Zip khemah ditarik ke atas dengan perlahan-lahan.Nasib baik dia duduk seorang je dalam khemah tu.Dia memerhati sekeliling khemah
lalu berjalan keluar.

Tandas yang tersedia dituju.Langkahnya semakin laju apabila telinga menangkap bunyi pelik-pelik dari hutan sebelah.

"Ya Allah.."

PRAKK

"Argh—umpp!!"mulutnya ditekup oleh seseorang.Wajahnya menggeleng laju seakan air mata di pipinya.Lampu suluh di tangannya sudah terjatuh.

"Weh, ni aku."bisik Fakrul.
Hasya membuka mata.Wajah tersengih lelaki itu dipandang geram.

PAP

"Kau buat apa gila!"

"Kau tu buat apa sorang-sorang kat sini?"soal Fakrul.Tuala di bahunya dicapai mengelap rambut yang basah.

"A-aku nak pergi mandi."

"Sorang-sorang? Seriously?"

"Dah tu nak ajak siapa lagi, Aida dengan lin kumpulan lain."cebik Hasya.

"Pergi masuk mandi, aku tunggu kau dekat luar."

"Betul?!"

"Ya dah cepat!"

"Siapa tu?!"mata mereka berdua membulat.

"T-tu suara Madam Lina."kata Hasya.

"W-weh cepat masuk!!"ditarik tubuh Hasya ke dalam tandas.
Hasya menutup mulutnya dengan rapat.

Pintu tandas diketuk berkali-kali.

"Ada orang ke?"soal Madam Lina.

"M-macam mana ni??"soal Hasya cemas.

"Diam biar aku jawab."kata Fakrul.Hasya mengangguk.

"Saya Fakrul, Madam.Saya sakit perut."jerit Fakrul sedikit kuat.

"Owh Fakrul, ingatkan siapa dah tadi.Tak apa saya balik dulu."terdengar derap kaki Madam Lina semakin menghilang.Fakrul dan Hasya menghembuskan nafas lega.

"Kau pergi mandi aku tunggu luar."kata Fakrul.Hasya hanya mengangguk memandang Fakrul yang berjalan keluar.

Dia tersenyum.Jantungnya berdegup laju membuatkan dia tersenyum lebar.

Ah dia sukakan lelaki itu!

You Are My CrushWhere stories live. Discover now