Bab 49: Mati

Mulai dari awal
                                    

"Wow! Tak sangka ada pelayan macam ni sekali!" ucap Ikmal teruja.

"Kaum lelaki blok sana. Perempuan blok sini. Sebelah menyebelah jer! Lepas maghrib ni, Megat kata dia nak buat BBQ. Kita bakar sama-sama. Okey?" kata Najirah.

"Kau bawak kan benda yang aku suruh?" Megat Azizan disebelah berbisik pada Kamarul.

"Jangan risau bro. Aku nak turunkan resepi dari mak dan ayah aku!" bisik Kamarul membalas.

"Malam ni, kita kasi Izzat happy. Dia dah cukup sedih dengan kehilangan kakak dia," tuntas Megat Azizan pula.

Izzat tidak mengendahkan rakan-rakannya yang sedang berada di luar rumah kayu dua tingkat sebaliknya terus melangkah masuk ke dalam rumah kayu yang sedang menanti dirinya. Dia menolak, tidak berkunci. Udara sejuk dari penghawa dingin terus menyerbu ke wajahnya. Terus Izzat mencari sebuah bilik kosong dan melompat di atas katil empuk. Pekerja resort tadi terkial-kial mengejar langkah kaki.

"Saya letak barang-barang ni dekat sini dulu ya?" ucap pekerja resort. Izzat tidak membalas sebaliknya terus berbaring di atas katil. Bantal peluk yang panjang sekadar dipeluknya sambil matanya memerhati gambar-gambar dirinya dengan Kaira. Pintu bilik itu terbuka dan Megat Azizan mengambil tempat disebuah katil kosong yang terletak bersebelahan dengan katil tempat Izzat berbaring. Tidak mahu menganggu Izzat, Megat Azizan sekadar memerhati dari kejauhan.

"Nak aku bagi kata semangat tak?" gumam Megat Azizan.

Izzat yang sedang kusyuk menatap gambar-gambar lamanya dengan Kaira mendongak.

"Ya?" soal Izzat.

"Aku sengaja rancang percutian ni dengan Jierah sebab kami tak nak kau bersedih," tutur Megat Azizan.

"Terima kasih," tutur Izzat.

"Kami perlukan kau kembali kuat lepas ni. Kau ketua kami Izzat..."

Izzat membisu.

"Kau tahu kan betapa susah aku nak pujuk mak aku? Betapa susah jugak untuk kawan-kawan kita pujuk? Dengan pembunuh yang masih berkeliaran dekat Menggunung. Itu pun kena Datuk Nasir bagi jaminan yang dia akan pastikan kita semua selamat kat resort ni barulah kita boleh naik ke sini kan?"

"Aku tahu..."

"Jadi, aku nak kau jangan jadi cengeng. Kau kena kuat!" ucap Megat Azizan. Tidak semena-mena, Izzat yang sedang berbaring itu meluru ke arah Megat Azizan, mencapai koler bajunya lalu menolak tubuh tinggi lampai Megat Azizan lalu tubuh Megat Azizan tersandar di dinding. Menggigil jari-jemari Izzat ketika menggengam koler bajunya.

"Kau... tak tahu apa yang aku... hadapi sekarang celaka!" tempik Izzat.

"Aku tahu... sebab tu aku buat macam ni..."

"Tak! Kau orang tak faham! Aku hilang orang ketiga paling aku sayang dalam tahun ni lepas kakak dan mak kandung aku! Kenapa kau dengan yang lain-lain tak boleh faham? Tetap heret aku ke sini nak buat benda mengarut ni?"

"Izzat..."

"Celaka BBQ malam ni tetap tak dapat nak hidupkan kakak Kaira akulah sial!" Dinding disebelah Megat Azizan ditumbuk sekuat hati oleh Izzat membuatkan Ikmal dan Kamarul yang sedang berada di bilik di tingkat dua terus turun ke bawah sebelum mereka berdua berdiri di muka pintu bilik Izzat dan Megat Azizan. Untuk seketika, Izzat dan Megat Azizan menoleh ke arah Ikmal dan Kamarul.

Menggunung (Completed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang