#SAT-EPILOG (last)

21.1K 784 27
                                    

Sudah seminggu berlalu sejak dari kejadian Aiden tidak dapat menerima berita tentang kehamilan Dhia.

Dan selama seminggu itu juga lah hubungan Dhia dengan Aiden semakin dingin . Aiden hanya akan bercakap dengan Afkar sahaja . Setiap malam Dhia akan menangis sendirian mengenangkan anaknya itu tidak ingin bercakap dengannya.

Afkar puas menegur anak lelakinya itu , namun biasalah , budak budak . Sungguh dia kasihankan isterinya. Semoga isterinya tidak stress.


Suatu petang , Dhia pulang awal dari hospital dek kerana ingin membuat kek kesukaan Aiden. Dia sudah bertekad untuk membeli balik jiwa anaknya itu.

"Aiden , teka lah mama buat apa harini ?" Dhia mencuba menarik perhatian Aiden untuk bercakap dengan nya , namun reaksinya tetap sama macam seminggu yang lalu. Aiden masih tidak ingin bercakap dengannya.

Malah anaknya itu makin khusyuk bermain dengan permainannya .

Dhia tersenyum hambar . Dhia kemudian bergerak ke dapur untuk meletakkan barang kek yang dibelinya tadi. Pembantu rumah membantu Dhia menyimpan barang tersebut.

"Bik , nanti siap siap kan barang ni , saya nak naik atas kejap nak salin baju." Ujar Dhia kepada pembantu rumahnya sebelum naik ke kamar tidurnya.

Sebaik sahaja selesai menukar pakaian , Dhia ingin turun ke bawah. Ketika Dhia sedang menuruni tangga , kebetulan waktu itu Aiden tengah bermain dengan kereta mainannya . Entah dimana silapnya , kereta mainannya dipijak oleh Dhia , lalu Dhia jatuh terhempap dii tangga. Dhia mengaduh kesakitan . Bahagian pinggang dan ari arinya terasa sakit.

Wajah Aiden terkejut melihat mamanya yang jatuh itu. Lagi membuatkannya terkejut , ada darah mengalir di kaki mamanya dan baju mamanya sudah basah dengah darah.

"YA ALLAH SAYANG !" Jerit Afkar di sebaik sahaja dia melihat keadaan isterinya itu. Afkar terus menuju ke arah isterinya . Aiden kemudian menghampiri afkar dan Dhia.

"Bie , sakit." Adu Dhia.

"Ma..ma Aiden tak.. se..nga..ja.." Kata Aiden takut takut melihat keadaan mamanya itu.

Afkar kemudian mencempung Dhia dan membawanya ke arah kereta nya. Isterinya itu harus segera dibawa ke hospital.

Aiden mengekori jejak papanya. Dia sudah menangis teresak esak.

"Aiden , stay sini dengan bibik. Papa nak bawa pergi hospital.." Afkar menyuruh Aiden untuk tinggal dirumah bersama bibik. Sekarang ni dia bimbangkan isteri dan bakal anaknya itu.







****


Sudah dua jam Dhia berada di dalam wad kecemasan , Afkar sungguh tak tenang . Dia berdoa agar isteri dan anaknya tidak apa apa.
Afkar duduk diruang menunggu. Tanganya meraup mukanya.

"Papa!" Kelihatan Aiden sedang berlari lari anak menuju ke arahnya. Kelihatan juga Naquib dan ayah mertuanya turut sama hadir.

"Macam mana dengan adik.?" Soal Naquib risau.

"Taktahu lagi. Dari tadi lagi doc tak keluar dari wad kecemasan." Kata Afkar.

"Takpalah , kita doa semoga adik baik baik saja. And bakal cucu ayah selamat." Ucap Pak Hamid.

"Papaa," panggil Aiden. Afkar menatap wajah anak lelakinya itu.
"Ye sayang , ada apa ?"

"Mama okey ke ? Mama okey kan papa ? Aiden sayang mama . Aiden sayang mama.. aiden.. aiden taknak mama sakit.." ujar Aiden dengan wajah yang sedih. Afkar sebak mendengar kata kata anaknya itu. Dia kemudian membawa Aiden kedalam pelukannya. Ubun ubun anaknya dicium. Air mata kelakianya mengalir lagi ..







******



"Mama , mama bangun lah . Aiden datang ni." Aiden cuba bercakap dengan Dhia yang masih belum menyedarkan diri. Alhamdulillah , Dhia dan anaknya selamat. Cuma buat masa sekarang Dhia masih tidak menyedarkan diri.

"Aiden , shh nanti mama bangun . Sekarang bagi mama tidur dulu ye sayang.." pujuk Afkar . Dia tahu anak nya itu merindukan isterinya.

Aiden menghadiahkan satu ciuman di pipi Dhia.
"Mama , im sorry . I love you."

Baru sahaja Aiden ingin turun dari katil itu , tangannya dipaut oleh Dhia .
"Mama loves you too sayang." Dhia melemparkan satu senyuman kepada anaknya itu. Airmata kegembiraan mengalir di pipi.

"Mama ! Mama dah sedar ! Papa , mama dah bangun yeay!"

"Sayang ! Sayang okey ke ? Sayang nak apa apa ke ? Air ?" Afkar turut sama terkejut melihat isterinya itu sudah menyedarkan diri. Alhamdulillah isterinya sudah sedar .

Dhia menggelengkan kepalanya . Dia taknak apa apa , cukuplah suami dan anaknya ada disisinya.

"Aiden sayang mama. Aiden janji tak nakal dah." Aiden memeluk erat Dhia. Dhia mencium ubun ubun anaknya itu.

Afkar rasa terharu. Arghh , sekali lagi aku menangis.









-the end-
*******
Okey dah tamat. Terima kasih sebab sentiasa setia menunggu saya update . Terima kasih jugaaaa atas sokongan semua.😢. In sha Allah , ada cerita baru. Tapi tak janji hahaha. Okeylah . Byeeeeeee. Selamat tahun baru ❤️❤️

Sudah Aku TahuWhere stories live. Discover now