#SAT-EPILOG-ii

15.3K 577 4
                                    


Afkar membantu Dhia memicit kakinya yang lenguh itu. Ketika itu waktu malam sudah menjengah dan mereka sudah berkira kira untuk tidur .

"Bie .. cenna kita nak bagitahu Aiden yang dia bakal jadi abang ? Bie rasa dia okey ke ? Hm.." soal Dhia . Afkar yang sedang mengurut kaki isterinya itu tersenyum mendengar pertanyaan isterinya itu.

"Hey , of course lah dia akan terima. Kenapa pula dia tak terima. Bie yakin , Aiden mesti happy . Yelah nanti dia ada geng nak main." Ujar Afkar. Afkar berhenti dari mengurut kaki isterinya . Kemudian dia beralih baring sama di sebelah isterinya . Dia membawa isterinya kedalam pelukannya.

"Dont worry sayang , Aiden tu walaupun dia nakal tapi hati dia lembut. Bie yakin dia mampu jadi abang yang baik boleh lead bakal adik adik dia ni nanti.." tangan Afkar kemudian mengusap perut Dhia yang kelihatan sedikit baby bump itu.

"Thank you bie... sayang cuma takut Aiden takleh terima jaa.." ujar Dhia sedikit sebak. I told ya ! Perempuan ni memang sensitif nak nak yang mengandung ni haih ! Sis lemah betul . Hahahahah.




*****



"Aiden , mai makan dulu sayang.." puas Dhia memanggil Aiden yang sedang khusyuk menonton televisyen untuk bersarapan , namun anaknya tidak mengendahkan panggilannya itu.

"Aiden....." kali ini panggilannya agak meleret melihat Aiden yang masih tidak berganjak.

Baru saja Dhia ingin mengeluh , satu tangan melekap di bahunya . Dia memandang Afkar dengan wajah yang sukar ditafsirkan . Afkar pula kesian akan isterinya itu. Sememangnya Aiden itu agak susah nak dengar kata isterinya.

Tidak ingin membuat isterinya makin stress , Afkar memainkan peranannya.
"Aiden sayang, mai makan dulu. Kejap lagi boleh sambung tengok. Kan benda tu papa dah record.." panggil Afkar .

"Okey papa , im coming.."
Nah ! Sekali panggil ja , Aiden sudah ada di meja makan .
Dhia sedikit terasa dengan tingkah anaknya itu. Dia cuba untuk sembunyikan rasa sedihnya itu. Tidak ingin suaminya ketahuan.

Sayangnya Afkar menyedari hal itu. Dia juga turut rasa bersalah dan kesian akan isterinya itu. Sudahlah Dhia berbadan dua , dengan Aiden yang susah mendengar kata isterinya lagi.. adui.

"Aiden , papa nak bagitahu something ni.. and papa garenti Aiden mesti suka punya.."

"Yeayy.. apa dia papa ? Papa belikan Aiden mainan baru ka ?" Soal Aiden gembira.

Afkar memandang isterinya , tangan Dhia yang terletak di atas meja itu digenggamnya seakan cuba mencari kekuatan untuk memberitahu hal tersebut kepada anaknya .

"Aiden bakal jadi abang.." ucao Afkar dengan gembira. Dhia tersenyum kelat sebaik sahaja melihat ekspresi di wajah Aiden. Tiada tanda bahagia.

"Aiden , Aiden tak suka ka Aiden akan dapat adik ? Nanti ada geng nak main sama sama." Kini Dhia pula yang bersuara.

"Taknak! Aiden taknak adik ! Aiden tak suka!" Kini Aiden sudah menghilang ke bilik nya . Dhia di sebelah sudah ingin mengalirkan airmata. Benda yang dia takutkan selamani ternyata benar terjadi.

"Shh dont cry baby, nanti bie cakap nga dia elok elok.. alaa budak budak biasalah tu. Nanti dia okey.. shh jangan lah nangis . Susah hati bie." Afkar membawa Dhia yang menangis utu kedalam pelukannya .



'Macam mana ni ?'

Sudah Aku TahuWhere stories live. Discover now