#SAT-70

29.8K 1.1K 96
                                    

"Bie!!!!!!!"

Muka Dhia sudah berubah pucat. Sungguh dia terkedu melihat Afkar sudah terbaring lemah di atas jalan. Terus dia mendekati Afkar yang terbaring itu.

Dhia melihat muka Afkar yang pucat, bibirnya kebiruan. Tiada darah yang keluar. Dhia tidak pasti sama ada suatu petanda yg baik atau buruk melihat keadaan Afkar sekarang. Kemudia datang seorang pemuda, dia mengeluarkan telefonnya . Mungkin menelefon ambulance.

"Bie, bangun bie.." Dhia mengoncang badan Afkar..

Melihat Afkar yg masih tidak sedarkan diri itu, Dhia membuat keputusan untuk melakukan bantuan penafasan. Sekali.

Dua kali...

Kali ketiga, Dhia merasa kan seseorang memegang kepalanya.

"Bie!" Dhia melihat Afkar membuka matanya. Afkar tersenyum kepada Dhia. Airmata Dhia mengalir lagi.

"Im fine babygirl. Its okey." Kata Afkar dengan nada lemah.

"No, you're not. Tahan ye, kejap lagi ambulance datang." Kata Dhia pula.

"Sayang ni, muka ja innocent, rupa rupanya seorang pencuri." Kata Afkar.

Allahu, apa pulak mamat?! Tiba tiba pencuri bagai.

"Pencuri? Apa bie merepek ni?" Soal dia.

"Yelah, sayang dah curi hati bie."

Dhia sudah tersenyum. sempat lagi eh?! Dalam duk sakit tu buat pickupline haih!

Bunyi ambulance kedengaran, kemudian Dhia melihat paramedik datang dah menghampiri mereka. Dhia langsung tidak lepas dari memegang tangan Afkar. Sepanjang perjalanan dia berdoa supaya tiada perkara yang teruk terjadi kepada suaminya itu.



Sampai sahaja dihospital, Afkar dibawa ke bilik rawatan. Dhia menelefon semua ahli keluarga dan sahabat handai memberitahu tentang kemalangan yang menimpa Afkar itu.


"Papa akan okey, jangan risau eh anak mama.. Mama tau papa kuat.." Kata Dhia sambil mengusap lembut perutnya.

Kemudian Naquib datang bersama Pak Hamid.

"Macam mana dengan Afkar?" Soal Pak Hamid. Dia membawa Dhia kedalam pelukannya.

"Entah lah ayah, tadi dia sedar masa datang sini . Sekarang doktor tengah rawat dia. Adik takut.. Takut jadi apaa apa dekat Afkar.." Kata dhia lemah.

"InshaAllah Afkar takde papa.." Sambung Naquib.

Tidak lama kemudian pintu bilik dibuka, nurse yang bertugas datang dan menghampiri Dhia .

"Puan Dhia?" Soal nurse itu.

"Ya.saya.." Jawab Dhia.

"Hmm Puan boleh dah lawat suami Puan..doktor pun ada dekat dalam. Apa apa nanti puan boleh tanya doktor yang merawat suami puan itu." Kata nurse itu. Sempat dia melemparkan senyuman kepada Dhia sebelum berlalu dari situ.


Tanpa menunggu lama, Dhia terus masuk kedalam bilik yang menempatkan suaminya itu.

Ketika dia membuka pintu tersebut, kelihatan nurse yg bertugas itu sengaja menggatal dengan suaminya.
Dan disebelah kiri pula kelihatan doktor sedang mencatat sesuatu.

Ish , takkan tak perasan nurse tu nak menggatai dengan dia. Hmm


Sebaik sahaja Dhia masuk, Afkar terus tersenyum kepada isterinya itu.

Dhia terus meluru ke arah Afkar dan memeluk suaminya itu. Sejak mengandung ni, perasaan nya mudag sangat sensitif.

"Shhh , apa nangis ni, malu lah dekat doktor tu.." Usik Afkar. Dhia masih lagi nangis di bahu Afkar..

Kemudian Dhia mengangkat kepalanya dan memukul lembut bahu Afkar. Afkar hanya tersenyum.

"Sayang.. Tahu tak tadi.. Doktor x-ray hati bie.."

"Pastu cenna? Okey tak? Takda apapun kan? Bie sihat je kan?"belum sempat afkar habis bicara dia sudah memotong percakapannya.

"Hish .. Bie okey ja.. Tapi an, doktor jumpa sesuatu .."

"Jumpa apa?! " sekali lagi airmata dhia mengalir. Risau takut apa apa terjadi dekat suaminya itu.

"Jumpa saayang.." Kata Afkar sambil tersenyum sumbing. Dhia pula sudah menarik muncung panjang.

"Aduh.sakit lah sayang." Tak pasal pasal kena cubit. Tulaaa.

"Hish bie ni, sayang igt apa lah.. Dalam duk sakit pun boleh lagi na.." Kata Dhia geram.

Doktor yang masih lagi ada dekat bilik itu turut sama ketawa.

"Dato' tak apa apa pun. Cuba luka di bahagian lengan dan berkemungkinan kaki Dato' sedikit retak.. Jadi buat masa sekarang Dato' perlukan bantuan tongkat untuk berjalan.." Kata doktor tersebut.

Lega Dhia tiada sakit yang serius menimpa suaminya.

"See. Kan bie dah cakap bie okey. Bie kan kuat.." Kata Afkar.

"Hmm yela.."

"Jadi, dato' kami tahan dekat sini dua hari. Then boleh lah balik selepas tu." Pesan doktor tersebut sebelum keluar dari situ.

"I'll take care of you." Kata Dhia.

"But, bie yang sepatutnya jaga sayang. Bie okey jela.." Bangkang Afkar.

"No means no.." Kata dhia.

"Allah! Lupa , ayah dengan abang ada dekat luar.. Jap nak panggil diorang." Dhia bangun dari disis katil dan ingin berlalu keluar. Namun tangan sempat ditarik oleh Afkar membuatkan dia terjatuh atas badan Afkar.

"Rinduu.." Bisik Afkar ditelinga Dhia.

"Hish bie, kita kat hospital lah sekarang. Lagipun bie sakitkan sekarang." Kata Dhia lalu berusaha untuk bangun.

"Kejap lah. 5minit ja.." Kata Afkar sambil memeluk Dhia. Dhia hanya merelakan dirinya dipeluk sedemikian.



1...
2...
3....
4...

"Hmm patutlah tak keluar dari tadi, rupanya duk jejak kasih." Sampuk Naquib tetiba.

Terus Dhia terbangun dari badan Afkar. Kelihatan ayahnya, Naquib, Opah dan kawan mereka yang lain sedang berdiri di depan pintu. Merah sungguh muka Dhia ketika itu.



"Hish, wrong timing betui." Kata Afkar.

"Hahahaha." Pecah ketawa mereka yang ada dekat situ.





****


Hye

Sudah Aku TahuWhere stories live. Discover now