#SAT/29

25.9K 1.1K 11
                                    

Dah rindu ke? Haha sorry sorry sis busyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy sikit! Haha. Nah belanja satu.



****



Dhia masih mundar mandir didepan pintu kecemasan. Cemas sahaja mukanya saat ini. Airmata di pipi nya sudah kering.

Dekat 2jam jugalah Afkar didalam bilik pembedahan.



"Dhia!" Dhia berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Kelihatan Naquib sedang berjalan mendekatinya.

"Naquib.." Airmata Dhia sudah bergenang di tubir mata.

"Hmm macam mana dengan Afkar? Dia tak keluar lagi dari bilik pembedahan ni?" Soal Naquib. Dhia menggeleng lemah.


Naquib meraup kasar rambutnya. "Damn!"

"Hmm Dhia, apa kata awak pergi bersihkan diri awak dulu. Nah ambil ni pakai. Pergi tukar baju awak penuh dengan darah tu ha.." Naquib menghulurkan satu beg kertas kepada Dhia. Dhia menyambut huluran Naquib itu.

"Hmm tapi saya nak tunggu Afkar." Kata Dhia pula.

"Hmm awak pergi tukar baju awak dulu Dhia. Tu tudung awak dan baju awak semua penuh dengan darah ha. Jangan risau saya ada kat sini.. Dah pergi tukar cepat!" Arah Naquib..


Tanpa banyak soal,Dhia terus bergerak ke tandas berdekatan untuk menukar pakaiannya.





****

Tidak lama kemudian , doktor yang merawat Afkar keluar dari bilik pembedahan.

Naquib yang tadinya duduk diruang menunggu terus bangun dan mendekati doktor tersebut.

"Doktor! Macam mana dengan kawan saya." Soal Naquib risau.


"Hmm Encik Afkar dah melepasi tahap kritikal. Kami dah buang darah beku yang berada dalam kepalanya. Buat masa sekarang Afkar hanya perlu rehat yang secukupnya. " kata Doktor tersebut. Naquib menarik nafas syukur.

Kebetulan waktu itu Dhia sudah siap menukar pakaian nya.

"Macam mana dengan Afkar Naquib?" Soal Dhia.

"Dhia.. Afkar tak apa apa. Doktor dah buang darah beku dalam kepala dia. Buat masa sekarang dia perlukan rehat yang secukupnya." Kata Naquib lalu menghadiahkan satu senyuman yang manis pada Dhia.

Dhia menarik nafas lega. "Alhamdulillah. Em boleh saya tengok dia?"

"Boleh Dhia. Awakkan isteri dia , kejap lagi awak boleh tengok dia. Sekarang ni nurse tengah pindahkan dia ke wad vip. Nanti kita sama sama pergi tengok dia ya." Kata Naquib cuba menenangkan Dhia. Dhia akhirnya tersenyum.


*****


Terpaksa update pendek. Sebab.. Sebab ... Sebab.. Sebab sis takde idea! Hahahahahah sorry.

Sudah Aku TahuWhere stories live. Discover now