Prolog.

67K 2.3K 39
                                    

"Kau takut dengan aku?" Soalnya dengan wajah yang sinis. Jelas aku rasa gugup sekarang ni.

"Ta..tak." Jawab aku dengan suara yang terketar ketar. Dia makin mendekati aku perlahan lahan hingga aku rasa jarak antara dirinya begitu dekat sekali.

Sekali lagi senyuman sinis tersungging di bibirnya. Dia mencengkam kuat bahu aku. Muka ku sudah berkerut menahan sakit.

"Serius kau tak takut dengan aku Dhia?" Soalnya sekali lagi.

Kali ini aku benar benar rasa seram dengan dia. "Ta..takut.."
Cengkaman di bahu aku makin kuat. Pedih dan perit rasanya.

"Kau memang patut takut pun Dhia.. Sebab kau dah berkhawin dengan mimpi ngeri.. Kau takkan bahagia.. Kau akan menderita. Aku harap kau takkan menyesal dengan keputusan kau ni.." Katanya. Aku perasan dari riak bicara nya sepertinya dia menyembunyikan sesuatu. Matanya jelas menunjukkan betapa terlukanya dia.

Kali ini dia melarikan matanya dari memandang aku.

Ayuh Dhia. Kau boleh.. Hilangkan kesakitan dalam matanya itu.

Kali ini dengan berani nya aku membawa mukannya menghadap mukaku.

"Saya takkan menderita selagi orang yang akan membuat saya menderita itu bahagia. Kerana kebahagiaan dia, kebahagiaan saya juga. Kalau lah dengan membuat saya menderita buat awak bahagia, teruskan afkar.. Saya rela." Kataku sambil melemparkan senyuman yang paling manis kepadanya.

Dia melepaskan cengkaman di bahu aku. Sambil tersenyum sinis, dia berlalu pergi. Meninggalkan aku sendirian di dalam bilik.



****

Idk lah cerita ni best ke tak. Baca jela. Sebab sis gatai tangan sangat nak menulis haha

Sudah Aku TahuWhere stories live. Discover now